Friday, May 31, 2013

jalan2 ambil angin..

Makan angin ke PULAU PINANG
Heheheh...bunyi macam melancong makan angin ke luar negara! 
Padahalnya, sebelah negeri kediaman jeee..

30/5/2013; anakmenantu bawa mM dan adikAisyah jalan2 ke Pulau Pinang; sebagai ganti sebab kami tak jadi nak ke rumah mereka di Johor Bharu sempena cuti sekolah ni atas sebab2 tertentu yang tak dapat dielakkan. Turut juga dibawa bersama besan mM,; kakLin.
Asal2nya janji pada tarikh ni mM dan aD akan hadir ke Gurun Kedah, ada jemputan kenduri kahwin kawan2 kami yang juga pasangan staff aD semasa dia jadi pengurus bank di cawangan Guar Chempedak, Kedah sekitar 1985-87 dulu. Dek kerana tak ada yang dapat menemani dan menjadi 'co-pilot' (sebenarnya aD yang dah jadi co-pilot tu! mM juga yang jadi mem..puan besar gitu, hehehe)...jadi tak dapatlah nak pergi.
 Naik Bukit Bendera...

Tak ke mana pun kat atas tu...
...sekadar jalan2, makan2 dan solat ja kat atas tu.
Pemandangan dari atas bukit...


Cantik pemandangannya, yang lebih menarik tu keretapinya...
dulu special & slow; sekarang dah laju..sebab tu orang sebut kereta kabel kot!
adikAisyah lah yang seronoknya...
Turun saja dari bukit tu, kami pusing keliling pulau dengan kereta...ikut jalan pantai; cantik sangat pemandangannya. Ikut jalan Tanjung Bunga, Teluk Bahang...menarik sungguh.... nampak pantai dan laut.
Cuma jalan berliku dan agak merbahaya. Kesian adikAisyah, sampai termuntah2 mabuk perjalanan.

Berhenti di Taman Rama-Rama, nak masuk pun berkira2...mahal sangat sebab rasanya macam tak berbaloi kalau sekadar nak tengok rama2..kat taman bunga mM pun berlambak rama2, ulat beluncas, kepompong, sesumpah, tebuan dan seumpamanya tuuu...hehhheeehhh, dasar kedekut! Lagipun adikAisyah kata, dia dah masuk kat dalam tu semasa ikut rombongan sekolah.

Lepas tu pergi pula ke Muzium TOY.
Pun mahal juga....alaaaa, semuanya nak murah! Kalau tak mahu berbelanja; duduk kat rumah ja lah mM ooi...




Nahhhh tengoklah....antara mainan & boneka yang dipamerkan. Mesti ada kanak2 yang datang mengamuk guling2 di lantai sebab nak kan barang tu!

Letih tapi seronok, maklumlah setidak-tidaknya berpeluh jugalah mM..yang lama dah tak berjogging ni.

Terimakasih banyak2 Kamal Sofien dan ateh Fiza Akmar.

Monday, May 27, 2013

kenduri kahwin di Slim River

Hari ahad 26/5/2013...banyak jemputan kenduri kahwin yang mM tak dapat hadir sebab menghadiri kenduri di Slim River; kenduri anak ke2 besan mM; keluarga sebelah isteri acikAfizul.
Sedap...dalca campur pisang, sayur asam keladi, ulam2an, sambal belacan, ikan masin, kerabu pucuk2kayu selain masakan wajib kenduri kahwin.
baby Aqil...seronok dikilek ramai
best mamanya makan sebab tak terganggu dek baby


Aqil yang jadi perhatian...
bergambar bersama pengantin
meja guest-book/ tempat tetamu mencatat kenangan..
cantik pelamin; di luar rumah:
bertemakan pink biru
berkenankan warna lembut bunga ni!
Buat pasangan pengantin baru; Pka & Abu..
Semuga berbahagia hingga ke hujung nyawa...

Friday, May 24, 2013

berehat di Sg.Sedim


Hari sabtu lepas, mM dan adikAisyah ikut kaklangAizatul berombongan ke Sg. Sedim, Kulim, Kedah untuk acara Hari Keluarga pejabatnya.
Sebenarnya, 3 tahun sudah, mM dah sampai dah ke sini. Datang seisi keluarga tapi tak tido..saja jalan2 je, lagipun adik mM pun tinggal berhampiran sini juga, di Karangan.
Kali ni mM bertiga menginap di sini. Best, udaranya sejuk dan nyaman. Tiada tv, tiada internet dan juga tiada @ payah nak dapat talian talipon. Kiranya, kalau betul2 nak berehat, nak melarikan diri dari hiruk-pikuk dan pencemaran bunyi serta udara...mai la sini!
Pemandangan air terjun dari beranda chalet penginapan kami.
Pemandangan sungai dan airterjun dari cafe.

 Tangga titi menyeberangi anak sungai.
Kalau berhajat nak menulis novel ke...elok sangatlah!

Sebelah malamnya, ada BBQ...


comel sangat kaki pasu tu..tu yang ambik gambarnya tu..
Pagi esoknya pula selain bermandi-main air, ada yang berkayak.
macam ni...
AdikAisyah dan kaklang memang tak lepaskan peluang...
mM tidaklah...mandi ke main air ke memang tak gemar; dari muda2  dulu pun gitu..malu kot!
Sekadar suka makan angin je!

Sebelum balik, kami berjalan di sini...berjalan di udara..hehehhe sebab kaki dah nak sama pucuk pokok!
Ni lah dia...titi gantung!

ni peta perjalanannya!
dari daerah Kulim sampai ke Baling, tau!
adikAisyah...syioknya!
mM & aA
berehat sekejap selepas tamat perjalanan...

Seronok...menikmati keindahan alam ciptaan Illahi!

Monday, May 20, 2013

alFatihah

Al-Fatihah, buat keluarga bisan mM; kakLin yang kehilangan adik iparnya, en.Din protokol yang telah kembali ke Rahmatullah sabtu lepas.