Thursday, September 27, 2012

bendera...& kerinduan...


SALAM HARI MALAYSIA.....

Draf punya lah lama, konon2 untuk post masa 16hb September tempohari, tiba2 terlupa pulak.

Hari ni dah minggu penghujung September; bendera Jalur Gemilang kat rumah mM ada yang masih lagi berkibar dengan megahnya dan ada juga yang dah tumbang dik pukulan angin kencang sebab hujan lebat sejak beberapa hari ni. Alamatnya, kalau nak turunkan pun kena tunggu anak lelaki; Along tu balik lah,  InsyaAllah raya haji ni. Itupun kalau sempat nak diuruskan semua tu. Kalau tidak, entah2 sampai tahun depan pun dok macam tu juga lahhhhh.

 Sekadar memesan untuk diri sendiri...

Sekarang ni mesti ibu-bapa sibuk dok bagi 'personal-tuition' kat anak2 yang akan menghadapi examination hujung tahun nanti. Teringat dulu2, mM pun begitu juga semasa mereka di sekolah rendah. Bila dah masuk asrama, tiap2 hujung minggu nak pergi melawat atau outing, juga nak mengambil menghantar dari rumah ke asrama. Sekarang, dah tinggal nostalgia pulak dah...; dah jadi rindu pula nak melalui itu semua kembali!
Apa2pun, bersyukur di atas segala rahmat dan kurniaan Illahi..amin.





No comments:

Post a Comment