Sunday, September 9, 2012

pelamin oh pelamin....


Dah pukul berapa dah ni mM belum tidur lagi; tak dapat nak lelapkan mata, banyak yang bermain di kepala-otak mM ni. Manakan dok memikirkan masa yang berjalan begitu cepat sekali...aduyaiiii kurang 100 hari lagi ni...
dah dekat sangat dah nak kenduri ...
Tengahari tadi selepas ke jamuan hariraya di dewan taman kediaman mM, sempatlah juga ke pekan Bg Serai, servey2 harga pelamin dan baju pengantin. Terkejut juga, rupa2nya kedai2 yang memang tak ada star pun harganya, mak oii mengalahkan butik AnjungAmie dan butik Zoul Berlian rupanya!

Sebaik saja sampai rumah, mulalah mM membuat perbandingan harga dan tawaran pakej mereka. Bukan apa, kalau boleh nak yang budget rendah sebab sayang duit, nak berhabis ribu2 hanya untuk sehari tu ja..sedangkn nak hidup kemudian harinya terpaksa mengikat perut pulak; sudahlah sebelum kenduri dok ikat perut sebab nak kumpul duit...

Hati ibu ni, macammana pun sulit dan sukar, memang nak bagi kegembiraan pada anak2nya. Lagipun, bab2 kendurikahwin ni, kalau kita buat besar2an mewah2an pun orang umpat, apatah lagi kalau dibuat ala kadar kecil2an..lagilah diumpatkeji! Jadi, kita kena ukur baju di badan sendiri lah. Yang wajib dan paling pentingnya, AKADNIKAH.

Kalau ikutkan anak mM tu, disuruh d.i.y. je semua macam along dulu tu. Cuma mM memikirkan nak kena beli kain2nya tu (bunga2 mM ada banyak!); dah tu tentang stage/ pentas pelamin tu...sebab dulu tu, jurugambar komplen nak ambil gambar susah sebab rendah, tak ada pentas pelamin. Jadi mM ni kalau boleh tak nak komen sebegitu didengari lagi kali ni..
Cerita fasal pentas/stage pelamin ni; ada tak u'ols apa2 idea, hah? Nak guna papan lapis/ plywood letak atas batu-bata kah? atau ambil papan katil? atau cari papan yang digunakan dalam kontaner/lori semasa angkat & susun barang2 tu (tak tahu apake dipanggil benda tu!) atau pun pergi tempah kat tukang kayu, atau buat dari besi dan selepas tu boleh buat para letak pasu2 pokok bunga, kan?
plywood/papan lapis
guna besi


inilah papan yang selalu orang buat letak barang kat gudang/ lori
Dalam masa yang sama, mM dok menggoogle2 jugalah mencari gambar2 pelamin yang simple dan mudah tapi cantik...cari2 idea dengan harapan lepas tu boleh ditokoktambah serta ditolakcampur yang mana sesuai.



Ini semuanya contoh2 mini pelamin sebab tak ada kerusi pengantin. Boleh je, jadikan pelamin betul2 tu..
Yang pentingnya tak ada tiang2 pillar  sebab mana nak pi cari kalau nak d.i.y. pelamin ni, kan?
Lagipun senang sikit, cuma gantung2 tirai macam pasang langsir je....bukan apa mM ni sejak2 dah masuk umur 50an ni dah tak berapa berani memanjat tangga; gayat...maklumlah badan pun dah semakin gempal.
ini pelamin kat rumah menantu mM tempohari

ini pelamin ateh dulu



Kami sekeluarga bercadang nak buat majlis pertunangan kaklang pada keesokan harinya, InsyaAllah; jadi eloklah buat pelamin yang dengan mudah boleh ditukar serba sedikit dengan kadar yang segera menjadi mini pelamin pulak.

Hahhh, nak kenduri lagi? Heee...tak letihkah? Teruknya?

Biarpun nampak dan terasa memenat dan melelahkan, semua ini mM anggap adalah sebahagian dari tanggungjawab seorang ibu....malah mM seronok melakukannya! 
juga sebagai ibu,
rasa bimbang masa bersama anak2 tinggal beberapa detik saja..
HANYA ALLAH MAHA MENGETAHUI

No comments:

Post a Comment