Sunday, September 2, 2012

walimatulurus di Taman Kaya Taiping

Semalam mM ada 2 jemputan kenduri kahwin. Mujurlah ada kaklang nak bawa mM pergi sebab aD pula ikut kakngah (yang bertugas sempena merdeka di Stadium Bukit Jalil) balik beraya ke kampungnya di Nilai Ng.9.

1 kenduri menyambut menantu kat Taman Intan Bg. Serai, rumah cikguMat (anak2 gelar cikgu Mat Spring: sebab rambutnya ke?) dan isterinya kakMun (entah apa nama sebenarnya!). Pengantin lelakinya ni kawan sekolah anak2 mM.
1 lagi kenduri di Taman Kaya, Simpang, Taiping; jemputan dari Mahanie, junior sekolah semasa mM Form5 kat SMJK(I) Bagan Serai tahun 1977 dulu.
walaupun dijemput ke majlis akad nikah sehari sebelum tu,
tapi mM tak dapat menghadirkan diri.
Jenuh jugalah nak mencari rumahnya.Taman Kaya tu dah jumpa tapi rumah kenduri pula terpaksa berkali2 tawaf taman. Dalam taman tu ada 2 kenduri, tu yang tak berani nak berhenti tu takut tersalah singgah, walau memang dah berkali-kali melalui rumah Mahanie ni....Itulah jadinya kalau terlupa nak simpan nama pengantin; kan di banner bunga manggar tak letak nama ibubapa!
Mahanie ni seorang polis kat IPD Taiping, suaminya askar. Peramah dan cepat mesra orangnya; dulu2 dia ni lah runner dan atlet harapan sekolah. Sekarang pun bukan main cergas juga lagi, walau umur sudah masuk 50.
Makanan pun sedap, masak gotong-royong; menu kampung gitu...tu yang berselera tu!
Ada rebung lemak kuning, kerabu pucuk paku, sayur asam keladi dan ulam2an.
 Semua hidangannya berlainan dari menu kenduri yang tipikal tu.

Mereka ni semua adik2 junior mM masa kat SMJK(I)BgSerai dulu...
Norlia, Halina, Faridah, Che Pura, Mahanie, Zarina,  Noraidah & Noraziah.                           

gorjes & anggun
Yang bestnya lagi, dapat berjumpa kawan2 lama; junior mM. Ada juga tuan Syed yang khabarnya memang sibuk giler dengan segala persiapan jabatannya; selain sambutan merdeka, juga hal2 nak pilihanraya. Ramai yang datang sejauh KL seperti Mohd Rafi, Aziah dan Lia.
atok2 & bakal atok yang stylo..
Rafi, Lia, Mahanie, pengantin, Noor Naji, - , Aziah.

Keletihan & kekenyangan jugalah bila sampai rumah petang tu...


1 comment:

  1. Awat lama cheq tak update blog ni? Tak ada yang baru dah nk dibaca. Tulihlah lagi apa-apa cerita terkini. Nk pi sembang x smpat. Baca blog tgh mlm tp x kan nk pi sembng tgh mlm kut. Gelak kuat nnti org igt hantu ka...

    ReplyDelete