Wednesday, September 5, 2012

BERADAP JANGAN BIADAP....

Lama dah mM nak menulis fasal kibarkan JALUR GEMILANG ni tapi pada masa tu banyak lagi cerita yang konon2nya lebih memerlukan perhatian untuk dipost seperti masak-makan (maklumlah bulan puasa); itu yang mM biarkan dulu tu...Target datenya sebelum 15hb. September.
Memang sejak bulan puasa sehinggalah seminggu lepas raya, mM bercadang nak menulis tentang bendera JALUR GEMILANG, sebabnya seperti tahun2 lepas, di taman kediaman mM ni, memang payah nak jumpa setiap lorong/jalan sekurang2nya terdapat 3 rumah yang mengibarkan bendera Malaysia sempena Hari Kebangsaan/Kemerdekaan negara.
Apakah susah sangat nak pasang macam ni pun?
Rasa terganggu sungguh memikirkan sikap ketidakprihatinan masyarakat Malaysia padahal bukanlah mahal sangatpun harga sehelai bendera tu. Lansung tak ada semangat kenegaraan @ sifat patriotik kah di dalam diri warganegara ini? Kalaulah semangat patriotik tu ada, masa bila lagi nak kita tunjukkan kalau bukan sempena 31hb Ogos itu? Dengar ceritanya pejabat penerangan pun ada mengagihkan bendera percuma. Pokok pangkalnya, kemahuan diri. Bukan di taman mM saja begini, di mana2 pun sama. Selain rumah kediaman; kedai & pusat2 perniagaan, bangunan2 pejabat swasta (pejabat kerajaan juga?) pun sama; terlupa (?) nak pasang bendera ni....

Kediaman mM pasang dan kibarkan bendera Jalur Gemilang tu..Bukan tujuan untuk menang pertandingan sebab Taman Serai Permai tak buat pertandingan pasang bendera seperti taman2 lain. Rasanya kalau diadakan pertandingan tu pun, rumah mM tak layak nak sertainya sebab jabatan kakngah anak mM yang jadi penganjurnya... Disebabkan ada pertandingan ni, ada pula berlaku kecurian bendera.. Astafirullahul 'Azim...apa punya mela'un lah manusia di dunia ni..!
ni asalnya letak kat pintu pagar,
tapi asyik nak tumbang..
last2 ikat kat pintu rumah je lah..
nak ambil gambar dari luar rumah..
malulah pulak;
orang tak tahu mM syiok sendiri
 -nak masuk blog jeee
gambar2 tak terang,
mM tak pandai nak shoot & edit
 Sebenarnya kat tingkat atas, di ruang penyidai kain, ada sehelai lagi bendera yang dikibarkan dengan menggunakan buluh/galah panjang.. tapi tak dapat nak ambil gambarnya, tinggi sangat. huh, sesekali tengok; wahhh....macam nak berlawan dengan bendera2 parti politik yang berceragah dipasang atas pokok dalam taman mM ni pulak.

Rupa2nya ada lagi perkara yang menggangu fikiran mM kerana bendera Jalur Gemilang & Hari Kemerdekaan tahun ni...
Terbakar hati di dalam dada melihat insan2 (bolehkah dipanggil insan?) yang sangat2 biadap, kurang ajar, tidak bermaruah, tidak tahu malu dan lansung tidak beradap, (apatah lagi bersopan!) yang memijak gambar PM, berhajat nak tukar Jalur Gemilang dan sanggup tunjuk PUNGGUNG  depan umum ...... maaf, nak cerita lebih2 pun mM jadi mual, nak termuntah dan selebihnya jenuh mengurut dada...minta jangan kena serangan jantung.
Sudah hilangkah jiwa nasionalisme & patriotisme dalam diri kita?


3 gambar dari uncle google...fikir2kan lah

Benderaku oh Benderaku...
Ketaatan kepada bendera, sama tarafnya seperti mentaati bangsa dan negara; sebab itu sejak dari dulu lagi, baik semasa peperangan bangsa apapun (kita juga tahu tentang sejarah peperangan Islam), bendera akan dijulang sehingga ke titisan darah terakhir.....

Pengisian 55 tahun kemerdekaan
Benar, kemerdekaan tidak boleh ditukarganti. Kestabilan, keamanan, kemakmuran dan kehidupan muhibah tidak boleh dipisahkan apatah lagi untuk dikorbankan. Ingatlah , matlamat TIDAK BOLEH & JANGAN SESEKALI dibiarkan menghalalkan cara.....

'Satu malam porak-perandakan negara'
JALUR GEMILANG adalah hak milik setiap rakyat Malaysia. Ia bukannya bendera parti politik yang perlu diubah mengikut citarasa pemerintah/pemimpin. Tolonglah, sesiapapun jangan gadaikan keamanan dan keharmonian negara kita ini dengan taktik2 kotor anda.  Is it too much to ask?

Dikata negara paling biadap? Betulkah?
Tentu kita rasa marah bila dapat tahu READER's Digest sekali lagi meletakkan kita dalam kategori BIADAP ini, kan? Memang banyak kebenarannya. Selain dari rekod buruk kita di jalanraya, rakyat kita merokok di zon larangan merokok, menjawab telefon di dalam panggung wayang/bilik mesyuarat, lewat datang untuk temujanji, tidak mengucapkan"terimakasih", meninggalkan troli merata-rata di tempat parking selepas memunggah barang shopping,  merempuh masuk ke dalam lif, tren dan bas. Itu belum lagi diambilkira sikap mencampak sampah ke luar kenderaan atau dari tingkat atas rumah pangsa....
Nah...sekarang ditambah pula dengan karenah yang menjijikkan itu...
Melihatkan wanita2 bertudung ketawa mengilai melihat rakan2 mereka berperangai macam orang hilang akal itu, tergamam dibuatnya..Inikah muslimah srikandi yang bakal melahirkan ulama terulung kelak?

Akta Patriotik: Hukum pencabul kedaulatan negara
Kalau ada, buatlah.
Majoriti rakyat yang atas pagar, di luar pagar macam mM ni; yang tak ada kena mengena dengan kepartisan dan tidak terlibat hal2 politiking, kami hanya mahu kedamaian. Selain aman untuk mencari rezeki sesuap nasi dalam meneruskan kehidupan selagi nyawa dikandung badan, kami juga inginkan keamanan dalam konteks fizikal dan minda supaya kami dapat beribadat melunaskan tanggungjawab seorang insan Muslim terhadap yang Maha Esa. Dengan harapan kehidupan kami 'di sana' lebih cemerlang.

Jangan hina negara merdeka ini dan kedaulatannya. Rakyat terbanyak tidak boleh menerimanya.
Lagipun ia bukan norma masyarakat kita khususnya MELAYU MUSLIM.
Semuga cerita malang ini tidak lagi berulang!

No comments:

Post a Comment