Thursday, January 31, 2013

cucu baru

Alhamdulillah...selamat sudah cucu kedua mM dilahirkan.
Rabu, 1.30 tengahari melalui pembedahan.
Baby boy!
Tahniah buat anak-menantu mM.

Monday, January 28, 2013

re-do...re-make...re-organise?


2-3 hari lepas mM bercerita fasal mesin jahit yang sering rosak...dannnnn baru betul2 terperasan, betapa teruknya ruang kerja-jahit mM tu!
Sebenarnya cuma sudut bilik along tu je, tak luas mana pun; tapi kalau elok2 disusun, besar kemungkinan akan nampak kemas dan teratur.
tuuu diaaaa....berselerak dan semaknya!
Alangkah bestnya kalau kemas macam niiiii...
memang sayang nak bangun tinggalkan ruang macam ni..
...atau macam ni keee....
kemas macam ni, pun dah okay dah..
 ...teratur dan selesa macam ni...
macam studio;
kerja full-time buat sewing & crafting,
bolehlah buat macam ni
Selama ni mM letak barang2 jahitan dan kraf dalam kotak2  kertas cetakA4 yang dikitar semula je...
....dan susun dalam almari baju anak2 di mana ada ruang kosong..
 ....tak pun letak dalam bakul2 ni,
 Barang2 kraf biasanya letak dalam bakul2 ni lah...
 ...untuk barang2 kecil dan merbahaya seperti jarum dan pin..
 ...untuk letak barang2 besar dan tak boleh dilipat seperti kertas2 wrapping, letak kat sini...
kotak  pos yang dibajukan... 
mM isi pelbagai jenis tape dalam ni..
beli bakul ni sebab tertarik dengan bentuknya..
cadang nak letak bawang2 kat dapur tapi yang sedia ada masih elok sangat lagi...
mM search kat google..mak aiiiii...banyak benda di keliling kita yang boleh dikitar semula untuk kegunaan sehari2an..
Muffin baking-tray, bekas aiskrim dan cawan2 plastik air-mineral...semuanya boleh diguna semula.
3R..re-cycle, re-use, re-duce! 

Nah....mM tunjukkan sedikit contoh untuk kita sama2 buat untuk nak (3R juga...) re-do, re-make, re-organise sudut kraf dan jahitan...
botol2 kosong tu buat letak pensel atau gunting dan sebagainya..
tempat tisu-gulung dijadikan tempat riben,
menarik juga kan?
plastik bungkusan bekas baby wet-wipe;
elok buat letak benang atau riben, kan..
holder/pengikat bungkusan roti tu...
kan senang nak tahu mana satu wirenya!
nak kena buat mcm ni lah juga...
mM selalu letak kat poket kain pelapik/cover peti ais je!
baru teringat, banyak botol2 doorgift kenduri....
boleh buat macam ni...
selama ni simpan butang2 dalam botol2 plastik bekas 'bakingpowder'..
goood idea...
 ...harap2 dapat buat sekemas macam ni lah...
biasanya...dapat bertahanlah untuk 1-2hari;
lepas tu.....selerak semula!
 Okay... nanti bila dah siap berkemas, mM letak gambar kat entri terbaru...
tapi...bila, ya?
OOOoooo .....tahun depan pun belum tentu lagi.
Hehehe.... caaayookk..

Saturday, January 26, 2013

mesin jahit semput

Tetiba pula hari ni, mesin jahit mM buat hal...
Sebenarnya dari petang semalam dah meragam, tapi masih lagi boleh digerak2kan jahitannya.
Namun pagi ni...memang semput terus, demam agaknya..hehehe.
Apa lagi...nampaknya terpaksalah dihantar ke klinik..sebab banyak job di senarai things-to-do mM.
aD bawa pergi kedai, mujurlah setakat tukar beltingnya saja..patah!
Kalau kena tukar motor ke, gear ke..sikit punya naya! Alamat RM120 dah tentu melayang, belum lagi dikira berapa lama pula spare-partnya nak sampai.
Tuuuu..mesin basuh mM pun dah 3 minggu dahhh; dok tunggu barang sampai; tak settle2 lagi.
belting yang patah..

Memang mesin jahit letrik ni macam ni..cepat rosak; lainlah kalau yang industry @ heavy-duty machine.Kalau yang kegunaan di rumah ni, kata orang "kena jahit 1/2jam rehat 1 jam" baru dia tahan lama! mM tak buat macam tu pun sebab mood nak menjahit datang tak tentu masa..., lagipun kita bukan tak ada kerja lain lagi nak dibuat..nak bertangguh2 begitu.

Itu sebablah dah 3 kali ganti mesin jahit dah mM ni sepanjang 33tahun!

1981...lebih kurang macam ni lah...
Lepas tu 1994, ganti lagi..
2009..ganti yang macam ni je..
konon2nya, nak beli yang canggih lagi...
 ini ruang jahit mM...
 semaknya....

Friday, January 25, 2013

semangat pagi Jumaat


Salam pagi Jumaat
 mari minum kopi dulu...
 dan sarapan...
benar,
bersyukurlah kepada Allah...
walaupun sekadar secawan air kosong
kerana ada orang lain yang mengharap untuk sesudu air bersih..
untuk memulakann hari yang mulia ini...


alkisahnya...
pernah tak korang terasa nak marah sebab rasa macam orang2 dalam rumah tak ambil 'pot'  tentang rumah terutamanya dapur yang berselerak...?
mM dah tampal benda ni...tapi 'tak jalan' juga!
any suggestion?
Sebenarnya kita khususnya ibu2 memanglah mengharapkan pujian dari anggota keluarga, tapi rasanya lebih berbaloi jika dibantu dengan pertolongan kudrat dan tenaga, kan?
Tak siapa dapat menyangkal yang ..
Adalah juga menjadi tanggungjawab setiap anggota keluarga bersama2 menjaga keharmonian dan kesejahteraan istana kecil  kita demi menjadikannya syurga dunia.

mM nak share poem ni..
 sesungguhnya...
Kata orang....
jadi, tak usahlah kita....
ayuh...



Thursday, January 24, 2013

salam mauludul rasul

Teringat2 masa sekolah dulu...
-masa kat sekolah rendah; berarak 1 pekan Bagan Serai bersama kawan2 sekolah...dari padang sekolah kebangsaan ke Jalan Matang Buluh dan keluar ikut klinik kesihatan terus ke masjid.
-masa sekolah menengah; berarak 1 bandar Ipoh bersama kawan2 asrama...dari padang bandaran pusing terus ke masjid negeri..(dah lupa nama jalan2nya baik nama lama apatah lagi nama baru...tapi masih ingat route nya)
-masa muda2; berarak 1 bandaraya Kuching bersama anak2 (sebab penyertaan dalam kelas Fardhu Ain)... dari padang bandaraya memusing ke Padungan, patah balik melalui Jalan Gambier/Pasar terus ke masjid (entah lupa dah nama masjid apa kat atas bukit tu!)
-masa dah tua2 ni....dok ngadap tv je! ( poor mM!)

sayangnya, tak ada gambar pula...nanti, kalau terjumpa, mM akan edit semula post ni..

Biar apa2pun dan di manapun kita, ayuh kita gandakan usaha mencari shafa'at nabi..
 serta marilah bersama kita menangani stress yang mengulit diri....