Wednesday, August 15, 2012

Roti Jala

Hai, nampaknya di bulan puasa ni post semua berkaitan makanan & masakan. Bukan apa, takut kalau bercerita hal2 lain lebih2 nanti... ada hati yang terasa. Kan dah kurang pahala puasa mm walaupun bukan niat mm nak mengata atau apa.

Nak cerita fasal ROTI JALA hari ni.
Nak buatnya tak susah, bahan2nya pun tak banyak. Cuma kena ada acuan roti jala lah. Kalau zaman dulu2, tak pakai acuan pun. Memadai dengan daun pisang yang dibentuk kun dan dilubangkan di hujungnya saja.
Acuan begini ada yang diperbuat dari plastik
dan ada juga dari tembaga (berat tu!)
Ini bekas sos yang ada 2 dan 3 muncung;
kalau guna yang 1 muncung pun okay kot!

Bahan2nya cuma tepung gandum dan air. Kalau suka tambah secubit dua garam. Sukatannya ikut suka sendiri, nak banyak mana. Biasa2 mm buat 2 cawan tepung gandum je. Air tu nanti ikut kecairan bancuhan; jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. Sedang2 je macam buat kuih dadar / ketayap, cair sikit dari bancuhan kuih cara.
Untuk menambah khasiat, masukkan 1 biji telur. Boleh juga guna santan atau susu menggantikan air.
Masukkan semua tu dalam blender, dan on.....lepas tu tuang dalam bekas, kalau ada tepung berketul2, tapis atau sodok2kan supaya tidak berketul2 lagi. Kalau nak letak warna, titiskan sikit. Masukkan dalam botol sos tu jika guna acuan yang jenis tu.
Panaskan kuali, elok guna kuali non-stick tu. Sebaik2nya kuali leper yang kita guna goreng telur mata tu. Kuali biasapun boleh juga. mm guna kuali yang masak roti canai tu.
Ambil daun pandan, potong lebih kurang sejengkal dan ikat dengan getah. Kemudian koyak2kan hujungnya menjadi seperti berus. Kalau tak mahu buat yang macam ni, guna je tisu dapur!

Sapu minyak dengan berus pandan tadi, dan tebarlah bancuhan tadi. Jangan terlalu lebar atau besar, juga jangan buat bertindih adunan tu, takut jadi kuih dadar pulakkk...
yang ni mm guna acuan roti jala yang plastik tu;
bentuknya bulat
yang ni pula mm guna yang jenis botol sos;
sebab tu boleh berbelang2,
tapi bentuknya 4segi.
Bila dah siap, hidangkan dengan kuah kari atau gulai; dengan kuah bubur atau cicah aiskrim pun sedap.
menu berbuka semalam:
roti jala patriotik (sebab kaler macam askar)
dengan kari kepala ikan  & gulai daging
gambar dari fb adik angkat mm; Aziah yang mengambil tempahan
Rajin betul dia ni...
comel2 je kuihnya.


No comments:

Post a Comment