Wednesday, August 8, 2012

Puding Mocha Berkuah vanilla

Puding ni senang sangat nak buat...

bahan2 untuk puding
4gm agar2 (sebungkus agar2 12gm di bahagi 3) - rendam sekejap
1/3 tin susu cair
1sudu besar tepung jagung (jika suka puding sedikit lembut) + 2 sudu besar air
4 sudu besar tepung kastad + 4 sudu besar air
4 sudu besar gula putih
2 sudu teh serbuk koko/milo + 1 sudu teh serbuk nescafe + 1/4 cawan air panas
2 cawan air
caranya:

  1. Masak agar2 dengan air sehingga hancur.
  2. Masukkan gula.
  3. Bancuh tepung2 dengan serbuk koko dan susu dalam bekas lain.
  4. Tuang ke dalam periuk agar2 dan kacau sehingga agak likat atau pekat.
  5. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
  6. Loyang kosong seeloknya diletakkan di dalam freezer sebentar sebelum memasukkan adunan; bertujuan mempercepatkan agar2 beku/mengeras.
untuk kuah

  1. 1 biji kuning telur dipukul dengan 5 sudu besar gula dan 1/2 tin susu cair.
  2. Masak dan kacau2 di atas api.
  3. 2 sudu tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air dan tuang ke dalam periuk.
  4. Titiskan sedikit esen vanilla.
  5. Masak dan kacau lagi supaya tak berketul.
  6. Masukkan garam jika suka dan tutup api.
  7. Sejukkan dahulu sebelum diguna. 


Boleh dihias dengan buah2an dalam tin, juga coco de nata, kismis, ceri atau jagung.
Boleh buat dalam bekas kecil2 agar tak perlu dipotong2, sekadar tuang kuahnya saja bila hendak makan.

gambar dari encik google: contoh hidangan



No comments:

Post a Comment