Selalu kalau makan kat kedai, anak2 mm suka sangat nak try aiskrim goreng. Yang frustnya di menu kedai tu tulis AISKRIM GORENG; tapi bila kita order...mesti jawapannya 'dah habis', 'sekarang dah tak jual' dan macam2 alasan lagi. Jika ada pun, tengok harganya pun rasa sayang pula nak order...sebab harga seketul aiskrim gorengnya dah nak menyamai harga 1 bekas/ 1litre aiskrim yang koman2 tu...setakat aiskrimwall's tu dah boleh dibeli dah .
Kepada kawan2 jikalau ada yang teringin sangat nak makan, eloklah buat sendiri. Senang saja, tak sesusah mana pun.
Bahan2nya cuma roti sandwich dan semestinya lah mesti ada aiskrim; berapa banyak tu terpulanglah..tepuk kepala tanyalah selera!
Jangan dilupa Minyak untuk menggoreng deep-fat fry. Juga plastik untuk membungkus. Dan 1 lagi yang mesti ada ialah peti sejuk untuk membekukan roti dalam freezer.
Roti Sandwich...tak kiralah apa2 brand pun asalkan halal dan tak expired |
Begitu juga dengan Aiskrim tak kira apa jenama dan perisa yang penting kena dengan selera sendiri |
Ambil cawan atau bekas yang bulat, tekan atas kedua2 roti tu. Kalau nak bentuk 3segi atau 4segi pun boleh, sukahati sendirilah...asalkan besar sedikit dari longgokan aiskrim tu tapi kecil sedikit dari ukuran roti tu. Tekan2 sampai putus atau hampir putus dan bolehlah dipotong dengan pisau atau gunting supaya membentuk cantik.
Tekan2 sekeliling roti (tapi jangan sampai aiskrim tertekan pula!) supaya tertutup rapat. mm gamkan dengan campuran telur putih + tepung jagung. Takut2 roti tu terbuka; sekadar precaution; tak buat macam ni pun tak mengapa kot.
Lepas tu ambil plastik, masukkan roti beraiskrim tadi dan tutup. Tujuan utamanya supaya roti tu tak kering atau jadi ais bila simpan dalam freezer. Jika buat banyak, tak melekat antara satu dengan lain bila simpan dalam bekas tupperware (& seangkatan dengannya). Yang paling utama, mudah untuk dikeluarkan semasa nak menggoreng.
Simpan sekurang2nya 6 jam dalam freezer dulu. Kalau dah tak sabar sangat nak makan, boleh je kurang dari masa tu...tapi jangan pula asyik dok komplen kalau aiskrim tu meleleh!
Dah sampai masa nak makan tu, keluarkan dari plastik. OOOpp terlupa pula; panaskan minyak dalam kuali. Minyak kena betul2 panas, baru masukkan roti. Cepat2 terbalikkan dan angkat sebaik saja dah keperangan warnanya. Proses menggoreng ini sangat cepat, kalau tidak hangitlah roti tu dan aiskrim di dalamnya pun cair.
Ini pesanan untuk anak2 yang baru nak kenal dapur; mak2tok mesti dah expert
keluarkan dari freezer dan buka plastik sebelum menggoreng |
Selepas digoreng dan dah nak masuk mulut dah.. |
CARA2 NAK BUAT AISKRIM GORENG
SELAMAT MENCUBA
Untuk mengelakkan pembaziran, reja2 roti sandwich tadi bolehlah dimakan begitu saja dengan baki aiskrim tu. Buat banana split pun sodap!
No comments:
Post a Comment