Masih lagi demam, selsema dan batuk. Sedih sungguh sambut Ramadhan kali ini.
Selain cuaca yang panas terik serta sudah hampir 10 hari lansung tak hujan, itulah agaknya yang buat tekak kerongkong pun pedih aja ni, menambah deritanya demam mm kali ni. Selebihnya dengan jerebu dari pembakaran terbuka di Sumatera, Indonesia membuatkan IPU (Index Pencemaran Udara) Semenanjung Malaysia khususnya di pantai barat mencatatkan kualiti yang teruk sampai 116 di sesetengah kawasan. Bagi mereka yang mengidap penyakit asma kronik memanglah sangat sukar menjalani kehidupan dalam keadaan begini, sedang mm yang belum pernah disahkan berpenyakit sedemikian pun rasa tersekat2 sesak nak bernafas nii....
Dalam pada tak sihat ni pun, sempat lagi (TERPAKSA sebenarnya) memasak juadah lauk pauk untuk berbuka dan bersahur. mm jarang masak menu lain untuk bersahur, sekadar memanaskan saja lauk2 berbuka tu. Maklumlah mm ni kan rajin orangnya! Bukan tak mahu beli makanan di pasar Ramadhan tu...cuma itulah seperti yang mm selalu katakan, lebih banyak yang tak menepati selera keluarga mm..... tambah2 waktu mulut tengah pahit-kelat demam ni.
hidangan berbuka semalam kerabu perut, tomyam udang, gulai cendawan, kari telur sotong dan ayam goreng lemon |
Tu dia, dalam demam2 pun, penuh meja jg masakannya. Klu tak demam, mesti lg mengancamkan...
ReplyDelete