Friday, May 25, 2012

Pulut Inti

Salam pagi Jumaat....

Pagi ni mm masak pulut inti untuk sarapan.
Sebenarnya hari Isnin lepas semasa pergi ke pasar malam, mm ternampak orang berjualan pulut inti di letakkan dalam polisterin; dijual RM1 satu bekas. Jadi mm pun tetiba je teringatkan pulut inti zaman kecil2 dulu, yang siap dibungkus dalam daun pisang macam nasi lemak tu...
Balik ke rumah, mm tengok pulut yang masa kenduri tu masih ada lagi...tu yang dok berangan nak tanak sendiri tu tetapi malam2 terlupa nak rendam pulutnya.
Malam tadi sebelum tidur, mm pastikan merendam pulut tu terlebih dulu.
Dan pagi ni, terus masak inti serta kukus pulut...
Inilah hasilnya....

Dalam gambar ni, selain secawan nescafe panas, pulut dengan inti kelapa (atas pulut tu), ada sambal ikan bilis, ikan kering(bukan ikan masin) goreng serta ulam daun selom dan pucuk bebuas. Nak bagi jadi makanan seimbang lah katakan!
Ni cara mm buat pulut ni...
Rendam semalaman beras pulut (ikut banyak mana suka; 3 pot nasi letrik misalnya) Kalau nak cepat 3-4 jam pun ok cuma lagi lama direndam, cepat sikit ambil masa untuk mengukus.
Esok pagi, basuh pulut. Kukus dengan 1 daun pandan.
Sediakan santan; dari santan segera kotak atau serbuk pun boleh juga. Agak2 dalam 2 cawan.
Selepas 15 minit, angkat dan masukkan pulut dalam bekas serta tuangkan santan.
Kacau sampai sebati, masukkan semula dalam periuk pengukus, kukus lagi dalam 20-30 minit atau sehingga pulut masak.
Inti kelapa 
Kelapa mesin/parut dimasukkan ke dalam air serta gula putih/perang/melaka/kabung dan daun pandan.
Masak sehingga sebati, bancuh 1 sudu tepung gandum dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi sehingga pekat. Angkat & bolehlah dihidang.
Maaf,semuanya main anggaran je...mm punya style!


No comments:

Post a Comment