Monday, May 21, 2012

jahit-jahit kraf

Mm nak tunjukkan cara bagaimana nak menyimpan beg2 plastik selepas kita beli barang di kedai tu.
Ada kawan baik mm tu dia melipat2 sampai kecil baru disimpan; mesti tak berselerak dapurnya, kan..? Sikit punya rajin ke dia ya...
Kalau yang tinggal kat KL atau bandar2 besar boleh pergi cari bekas khas untuk simpan plastik ni, macam pergi IKEA ka, kan?


Bagi yang dok kat rumah je, yang jarang2 berjalan bershopping, ni mm nak tunjukkan cara nak buat bekas simpanannya...tapi kena pandai menjahit lah.


Nah...tengok, boleh jadi tempat berlatih tinju hah.....

Kalau DIY yang kena jahit, kita perlukan sehelai kain, tapi di tutorial ni mm buat 3keping sebab nak bagi nampak perbezaan corak. Lepas tu cantumkan ke3-3 bahagian jadikan 1 kain yang panjang. Kemudian cantum 2-2 bahagian tepi serta jahit bahagian atasnya untuk lubang tali. Yang bahagian bawah pula, jahitkan getah atau tali dan hiaslah dengan bunga atau renda, Dah siap pun.

yang ni mm buat tak sama ukuran atas & bawahnya.

belum letak beg2 plastik lagi


Kalau nak cara mudah, DIY yang tak perlu nak jahit, ambil sarung/sampul bantal peluk/dakap yang baru atau yang sudah tidak diperlukankan lagi.
Gantung je lah....kan recycle namanya!









No comments:

Post a Comment