Monday, May 22, 2017

Sepi

Sunyi sepi benar rasanya...
First day terpisah...
Hampir 18 tahun kita bersama mengongsi segala susahsenang seharian sepanjung tahun.. . Terasa benar hari ni... Tiada tempat bergurausenda, bergaduhkelahi, merajuk dan mengadu segala keluhkesah rasa hati

Selamat menjalani penghidupan sebagai siswi.
Semuga adik kuat semangat dan tabah hati dalam memulakan perjalanan hidup baru demi masa depanmu.
Doa emak untuk anak2nya tak pernah luak apatah lagi nak lekang dari hati serta pemikiran ini.

Saturday, April 29, 2017

Masalah

Lamanya mM menyepi....hati meronta2 nak menulis. Namun apakan daya, selain masa yang tidak mengizinkan...gajet yang ada pun buat perangai. Bermasalah lah pulak...

Bersabar ja lah duhai diri.

Friday, March 3, 2017

Rinduuuu

SEMAKIN RINDU...
Saratnya rindu terhadap kedua orang tua mM, khususnya emak yang sepanjang hayat menjadi pendengar pendebat penasihat mM...

Terasa....
Rasa tidak cukup lagi mencurah bakti & kasih sayang untuk arwah berdua...
Sedih bila diingat2kan...
Kalaulah masa boleh diundurkan kembali....sedetik pun tidak akan disia2kan...

Bertuahlah sesiapa yg masih punya ayah ibu yang masih hidup lagi...
Sangat bertuah...

Ketiadaan mereka bermakna tertutup sebahagian pintu rezeki...sebahagian jalan2 ke syurga kita sudah hilang banyak cabangnya...

Kalau mereka pergi berjalan2...InsyaaAllah akan kembali ke rumah juga; dan kita pun ternanti2 tak sabar menunggu pulang.
Seandainya jika rindu sangat, kita boleh call atau pergi menjemput....
Ini....pergi yang tak akan kembali lagi ...

Namun bak kata bijakpandai; Allah masih memberi peluang kita to do good deeds dengan yang masih berada sekeliling kita walaupun tak akan sama......

AL FATIHAH.

Tuesday, February 21, 2017

Dolo dolo.....

Zaman mM kenduri nikahkahwin, inilah bentuk bunga telurnya.
Murah dan mudah je...

Monday, February 13, 2017

Suci berdebu?


LAGu ini semasa anak2 mM di Taska Nury SIK, KEDAH dalam tahun 1990; memang sudah diajar nyanyi & hayati maksud tersirat....

*SUCI DLM DEBU- IKLIM*                              
Satu penghayatan dan renungan bersama

*Engkau bagai air yang jernih
��Itulah diri kita yang sebenar (Ruh)

*Di dalam bekas yang berdebu
��Jasad/Badan yang asalnya di jadikan dari tanah.

*Zahirnya kotoran itu terlihat*
��Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain

*Kesucian terlindung jua*
��Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan ambil peduli.

*Cinta bukan hanya di mata*
��Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat

*Cinta hadir di dalam jiwa*
��Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah

*Biarlah salah di mata mereka*
��Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat

*Biar perbezaan terlihat, antara kita*
��Perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia

*Kuharap engkau kan terima*
��Bermunajat agar di terima Ilahi

*Walau di pandang hina*
��Sebagai hamba yang hina

*Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa*
��Perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata

*Suatu hari nanti, pastikan bercahaya*
��Di alam akhirat

*Pintu akan terbuka, kita langkah bersama*
��Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya

*Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat*
��Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar

*Debu jadi permata, hina jadi mulia*
��Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat

*Bukan khayalan, yang aku berikan*
��Kitab Al Quran

*Tapi keyakinan yang nyata*
��Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran.

Dinyanyikan oleh Saleem Iklim pada tahun 1990.. Setelah 25 tahun baru terurai isinya..����
tetapi bukan penyanyi lagu tu yg penting tapi pencipta lirik lagu 'Suci Dalam Debu' tu,
*S. Amin Shahab adalah pengikut aliran tasauf/Sufi.*

_*WaAllahuallam*_

Sesekali cari hiburan dunia utk d nikmati��

Sunday, February 12, 2017

Bedung Bayi

RM45 untuk 3 helai, pos percuma.
Kain cotton flannel.
Size 38"x38".

Friday, February 10, 2017