Friday, December 5, 2014

plush stuffed soft toy

Inilah namanya projek ekspres...pukul 10 malam baru terkial2 melukis pola, menjahit dan menyumbat mengisi soft toy ni...sesaja buat untuk cucu2. Siap 12.30 tengahmalam!

Fibernya pun guna fiber dari kusyen lama yang sarung dah teruk sangat, nak pandang pun tak sanggup!

Hampir2 25 tahun dah sebenarnya tak mengulit benda ni...dulu2 buat untuk anak2 dan nampaknya ni dah nak kena mulakan balik demi cucu2 mM ni...nak membuatnya sekejap ja, tetapi nak memulakan tu yg lamaaaa.......
mainan lembut isian fiber; boleh juga isi kekabu atau polybead
recycle, reuse dan repurpose isian yang tak digunakan lagi
rupa scaterred cushion yang lama tu

Wednesday, November 5, 2014

Secara realitinya:
Begitulah LUMRAH KEHIDUPAN ....
KADANG2 DIPENUHI KEGEMBIRAAN, KADANG2 DIKURANGI DEK KESEDIHAN.


Everyone has choices in life, it's just comes down to making the right ones!


SEGALA PERCATURAN ALLAH ADALAH YG TERBAIK UNTUK HAMBA2NYA.
kita tak tahu RAHSIA ALLAH...



SINCE VIOLENCE NEVER BRINGS PERMANENT PEACE;
& only SORRY WHICH IS A SMALL WORD THAT CAN REPAIR ANY THORN HEART...so never lets your ego to deny it.
Disebabkan mM dah terlalu lali dengan pelbagai ujian hidup, serasa tiada apa lagi yg boleh men'streess'kan dah..
Jika ibarat rumput...:RUMPUT YG PALING KUAT; TUMBUHNYA DI ATAS TANAH YG PALING KERAS!

sesungguhnya
...kerana..

Friday, October 31, 2014

projek: kitar semula

ni acuan/ template untuk 4segi dan 3segi
Projek patchwork atau tampalcantum perca kain.
 Boleh buat cadar
 atau buat selimut
 atau alas meja

Benda ni kalau rajin buat cantum kecil2 atau bentuk hexi/8segi dan jahit tangan, lagilah menarik. Sangat2 laaah cantik; tapi mM ni malas terlampau...tu buat yang besar2 guna mesinjahit saja tu! Janji tak terbuang kain2 perca tu...(JANGAN TIRU MACAM SAYA!)

INI pula BEKAS BENANG DARI BEKAS KUIH/BISKUT RAYA

selamat mencuba

Thursday, October 23, 2014

malang yang tak berbau...

Pagi ni terperanjat besar...
Buka kitchen cabinet bahagian atas....Astafirrullah hal 'Azim
Sebenarnya, jarang buka bahagian tu sebab mM letak kotak2 yang simpan tin2 mem'baking' di bahagian situ.
 Tengoklah...habis dikerjakan dek ANAI-ANAI
Sementara nak beli ubat/racun anai2 tu, anak2 mM semburkan dengan racun nyamuk tu je dulu. Kemudian, dibersihkan dan tengoklah...semua tin2 tu walau tak lah terjejas, tapi mM suruh masukkan ke tong sampah je..sebab ada melekat jejak2 sianai2 tu...
Gelilah nak digunakan nanti.

Tak tahulah, seteruk mana Kitchen Cabinet tu dilahap dek serangga pemusnah tu!
Bimbang juga kalau2 keseluruhannya memang sedang menanti masa nak runtuh...tapi melihatkan keadaan yang satu petak tu, rasanya memang seluruh dinding di bahagian belakang kabinet tu dah bersarangkan anai2.

ANAI2
Dengar ceritanya, selain memusnahkan hartabenda, anai2 juga menggigit...

AWAS
Itulah...perkara yang tak disangka2 pula yang muncul...
Ada saja benda yang nak menghabiskan duit!

Tuesday, October 21, 2014

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, rezeki Allah.
 Sup ayam, ikan keli goreng, ikan kedera masin, sambal tempoyak
Hirisan pucuk bebuas, pucuk kari, pucuk kaduk, daun selom dan cekur
Donut coklat

untuk kita sama2 renung dan fikirkan.....

Monday, October 20, 2014

sudah jatuh; ditimpa tangga

cerita bulan lepas....
Assalamu'alaikum wm. wb.
mM benar2 mengharapkan doa kalian untuk anakmenantucucu yg sedang menghadapi masalah kesihatan.Si kecil: di wad akibat paru2 dijangkiti kuman.Si abi(pijoy): kuman dh melarat ke kepala..(maaf, tak tahu nak explain bahasa perubatan)Si umi: pun sama2 terasa tp biasalah seorang ibu/isteri bukan tak merasa demam cuma menggagahi diri supaya takdinampaklemah.
Baru je semasa balik raya Aidilfitri hari tu, kemalangan di Nilai: kereta dilanggar dari belakang.
Patah kaki jugalah dibuatnya....

cerita sekarang

Bulan lepas kan siadik (pijoy) tu sakit; doc kata resdung/sinus jangkitan sampai penuh rongga kepala dah. Itulah...semasa sekolah semasa remaja muka jerawat batu teruk, ingat xde apa, dah aktif sukan; selalu sakit kepala...ingat migrane ka tido tak cukup ka..lepas tu tahu dia resdung sbb dok bersin, berkahak dan berhingus...biasalah tu, buat yg kertas gulung/lilin ke apa tu; bekam badan...jadi tak nampak apa2 mcm selalu yang berkudis/makan isi luar maccm kata org..
cuma sakit kepala bersin batuk tak lega2..pun tak pa lagi buat tak kisah lagi, ingat habuk tempat kerja dan sebagainya
...last few weeks ramadhan, demam...berlarut2 smpai lepas raya, 2minggu direct tak kebah2, sakit kepala sampai hampir2 pengsan..tu barulah pergi check...scan kepala; memang dh penuh 2 belah rongga kepala dengan kuman/kahak/lendir... doc sebolehnya tak mahu buat apa2 lagi, suruh berubat alternatif dan makan antibiotik sbb komplikasi/risiko tinggi, sebab bahagian kepala/otak; lainlah kalau muka/hidung ja...

Bodohnya mM, kan?...tak ambil kisah, ingat sakit2 resdung ni tak kan kronik kot...rupanya, yg jenis makan dalam ni lagi bahaya..


Jadi dia nak berhenti sebab kata tempat kerja berhabuk/chemical. Dapat kerja kat Melaka. Tapi mM suruh balik kapung, senang apa2 hal nak pantau....diaorang ni kalau tak terlantar, bukannya nak berubat..
Bila dah 1 family keluar, rumah sewa yang RM1.5k tu pun terpaksa ditanggung 1 family je la lagi... maklumlah nak cari rumah lain pun bukan senang2 nak dapat, dah tu bawah 1k memang sukar sungguh di JB tu. Nak menumpang duduk rumah adik ipar tu tentulah segan pulak, sebab masing2 dah berkeluarga....Tu yang last2 nak pergi cari kerja kat tempat lain pun ambik masa.....jadi mM suruh balik kampung juga je lah; cari lah kerja di sini.

Cari rumah sewa sebelah2 rumah mM ni; untuk sementara nak pulih ekonominya dan stabil kerja mereka tu.....dudukmakanlah sama2 di rumah mM ni sorang sikit. Riuh laaa juga berbanding sebelum tu.

Itulah, kadang2 kita tak tahu rahsia Allah.
Nak buat macammana, dah bukan rezeki nak berlama2 bergaji 3-4k sebulan....kerjaya anak2 mM berdua ni nampaknya bukan di Singapura!


Doa tidak selalu mampu mengubah keadaan,
tapi ia mampu mengubah cara pandang kita...
Doa tidak selalu mampu mengembalikan orang-orang yang kita cintai,
tapi mampu memberikan kebahagiaan pada mereka...
Doa tidak mampu mengulang waktu,
tapi mampu membuat kesempatan datang kembali..
Doa tidak selalu memperbaiki hati yang hancur,
tapi doa mampu mengubahnya menjadi sumber kekuatan dan penenang qalbu...
JANGAN pernah ragu untuk berdoa,
kerana....
ALLAH tidak pernah jemu mendengar doa hamba-hamba-Nya..


Friday, September 12, 2014

sedekah atau jual?

mM bukan nak bersaing dengan geng yang berjualan pokok sebab pokokpun tak banyak; cuma bila masa trim/cantas2 tu sayang pula pokok2 tu masuk tongsampah dan naik lori majlis.
Oleh itu mM terfikirkan kenapa tidak dibagi2 pada mereka yg baru nak start berjinak2 ber'gardening'; tetapi maklumlah kos pos laju, pembungkusan serta minyak transport ke pejabat pos pun nak kena ambil kira juga...walau hajat hati nak bersedekah je..

Itulah sebabnya dikenakan bayaran.
JADI, MINTA HALALKAN KALAU ADA YANG TERLEBIHKURANG...
SETIAP PAKEJ : RM 15
kalau beli 1 pakej harga RM 15 sahaja
harga untuk pakej seterusnya tambah RM 8 setiap satu
SEMUA PENGHANTARAN DENGAN POS LAJU
dalam harga RM 6 --> RM 9: sebab takut pokok lecur kalau pos biasa
POKOK DALAM PAKEJ TAK BOLEH DITUKAR sebab mM banyak kerja lain;tak dapat nak layan satu satu permintaan..takut tersalah masuk sampul/penghantaran..
BAYAR DULU baru mM hantar/pos
Pokok2 yg berdahan kayu/keras, adalah dalam bentuk keratan batang.
HARAP MAAF, SEBAB I.D. POKOK mM TAK TAHU, MALAH NAMA PANGGILAN PUN BARANGKALI BERLAINAN.
BERMINAT...PM di facebook.https://www.facebook.com/maimunah.ahmad1

Akan ditambah jika ada pokok2 lain kemudian...












Saturday, July 19, 2014

majlis bertandang kenduri kaklang

Ahad 15hb Jun 2014

kenduri kahwin kaklang

Sabtu 14hb Jun 2014

bertambah besar ahli grup keluarga mM ni...
2 anak lelaki tak ada dalam gambar ni
kawan2 semasa sekolah rendah..1966-1971

kawan2 se hostel semasa sekolah menengah..1972-76
bersama cucu2