Sunday, May 20, 2012

mengkudu cengkudu

Selamat Pagi...

Hari ni rasa segar sikit dah dari semalam, sebab tu pagi ni larat bangun masak spagetti goreng melayu. Pekena dengan nescafe-mocha /neslo...sebab mm suka campurkan serbuk nescafe dengan milo serta susu tepung anlene. Wahhhh...ada gaya macam nak promo syarikat Nestle. Hiss, idak lah, ni bukan column iklan 'nuffnang' pulak kan...

Sebenarnya hari ni mm bukan nak bagi tutorial spagetti goreng tu sebab senang sangat nak buatnya, macam kita goreng mi kuning tu saja. Mm buat biasa-biasa, cara cepat-mudahaaaaaaaaa&ringkas.

Nak cerita fasal air dalam gelas tu lah..
Tu air buah mengkudu + limau kasturi. Sedap. Fresh dari ladang tau...buah mengkudu bukan lah dari ladang, dari tepi jalan belakang rumah tok mertua anak mm yang di Permatang Pauh tu. Buah limau kasturi tu memang dari ladang, ladang besan mm yang kat Dengkil tu.

Nak cerita sikit tentang buah mengkudu. Dulu ada mm tanam pokok ni tapi bila kami nak buat house renovation, habis ditebang.

Daun mengkudu ni biasanya orang Melayu buat lapik tungku panas untuk guna orang bersalin. Pucuknya sedap dibuat ulam. Buahnya yang muda mengkal tu sedap dibuat ulam atau kerabu.

gambar dari blog yang ada kat 'uncle google' tu
Buah yang masak ranum biasanya direbus atau blend buat air jus, tapi baunya, MasyaAllah...boleh buat orang termuntah!
Kalau mm, mm suka guna buah yang tak berapa ranum untuk dimesin sebab kurang berbau; kalau guna putik- akan rasa kelat payau pula.


Biasanya kalau nak blend, masukkan sedikit gula batu (gulaperang/putih pun boleh) dan potonganbuah mengkudu (bersekali kulit & biji2)- alaaaahhhh belah 6 atau 8 je setiap biji.
Kalau nak campur dengan perahan limau @ lemon pun boleh untuk hilangkan rasa dan bau yang menyengat tu. Boleh guna limau nipis, limau kasturi atau limau puting boleh, asalkan jangan limau purut, tau.

Gula batu yang kecil2 tu boleh masukkan terus dalam blender tetapi kalau yang ketul besar tu, pecah2kan dulu. Takut2 blender yang rosak.

Sedap juga kalau kita blend sekali potongan epal hijau; sangat sesuai bagi mereka yang berangan nak slim!

Sesetengah orang menghiris/potong nipis buah mengkudu yang mengkal tu kemudian disangai @ digoreng tanpa minyak dan dijemur sehingga kering @ kecut. Selepas itu dimesin jadikan serbuk. Serbuk mengkudu ini disimpan dan akan dicampurkan ke dalam minuman kegemaran seperti kopi dan teh....Nahhh, kopi 'cengkudu' original tu!

mengkudu siam nama sainstifiknya pisonia alba
Ada banyak jenis pokok mengkudu ni pun. Yang orang dok tanam buat hiasan tu namanya MENGKUDU SIAM daunnya berwarna hijau muda kekuning-kuningan, boleh dimakan pucuk mudanya tetapi kena celur dulu. Rasanya mm tak pernah lagi jumpa pokok yang jenis ni berbuah.

Walau apa bentuk pun, herba2 ni elok dijadikan santapan harian kita. Cuma jangan sampai berlebih2an, takut mendatangkan mudarat pula.

Dalam rumah hanya mm sorang saja yang dok minum & makan buah  ni...

No comments:

Post a Comment