Friday, May 18, 2012

kari ikan keli


Hari ni mm masak kari ikan keli; tapi boh tomato je sebab tak ada kacang bendi. Biasanya tomato ni lebih sesuai untuk kari ayam atau daging.
Mm sebenarnya lebih suka kalau ikan keli dimasak kari dengan belimbing buluh atau pun timun bendang; apatah lagi kalau dimasak dengan ubi kemili: sejenis ubi seperti ubi keledek @ kentang tapi kecil sangat2 malah ada yang sebesar kacangtanah berkulit tu!

Rasanya, nak masak kari ni tak payah lah nak buat tutorial pula kan, sebab senang je. Semua orang boleh dan tahu cara nak masaknya.

Mudah dan ringkas je sekarang ni; tak perlu nak menggiling rempah cili semua tu. Siap terjual serbuk rempah kari yang sudah diproses, macam2 jenama macam2 pengilangnya.

mesti ada yang tak pernah tengok batu penggiling rempah, cili,  beras dan lain2
INILAH BLENDER ZAMAN DULU
Menumbuk bawang dan sebagainya tu pun dah tak perlu guna lesung batu dah...blender kan ada.

lesung batu ni masih lagi terdapat di kebanyakan rumah orang Melayu
sebab sambal belacan sedap  lagi dari di mesin blender
PETUA NAK BAGI KARI SEDAP KAW KAW
1.   Elok ditumbuk/ pecah2kan bawang putih,(tak perlu banyak), bawang merah dan halia daripada disiang/mayang sebelum ditumis dengan sedikit minyak.
2.   Kalau kari ikan, tumis juga halba dan biji sawi; kalau kari daging/ayam, guna kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkeh dan bunga lawang. Ini semua dipanggil rempah penumis.
3.   Jangan lupa daun kari (karipole) setangkai 2; kalau kari udang (khususnya kari Bombay udang galah) sesuai sangat jika dimasukkan daun pandan sehelai,
4.    Pilih rempah yang sesuai untuk kari apa..ikan, ayam/daging, udang atau ikan masin/kering. Pekatkan dengan sedikit air sebelum menumis. Jangan sampai melaut!
5.    Jika masak kari ikan, elok guna asam jawa tetapi jika masak kari ayam/daging, guna asam gelugor/ asam keping (1 keping kecil, cukup!).
6.    Untuk kari ayam/daging sangat sesuai dimasukkan ubi kentang dan/atau tomato. Bagi kari ikan; kacang bendi, terung (bulat/panjang), belimbing (bukan belimbing segi tuuu!), nenas, ubi kemili dan timun bendang lebih sesuai. Jika masukkan belimbing, tak perlulah guna asam lagi dah...
7.    Santan pun yang pati/pekat tu masuk last sekali. Tapi kalau guna santan segera yang serbuk atau kotak tu, boh je lah..AWAS jangan sampai meruap (mendidih membuak2)....habis lemaknya, jadilah kari asam!
8.    Biasanya kerisik dimasukkan dalam kuah kari ayam/daging, Tak nak guna pun tak apa, tapi tak rasa ori laaa...
9.    Tunggu minyak panas dulu baru tumis ikut turutan...mana lebih cepat hangit...bawang putih + halia, rempah penumis, bawang merah, daun kari. Dah wangi (bangkit bau), baru masukkan rempah kari. Biar betul2 masak rempah tu; pecah minyak:- mendidih dan ada minyak merecik2, baru masuk air asam/air +asam, ubi dan bahan lain termasuk kerisik (jika digunakan) kecuali santan. Dah empuk bahan2 tu baru masukkan santan. Tunggu mendidih sekejap, jangan lah biar menggelegak pulakk... Rasa garamnya last sekali...kalau masak kari ikan masin/kering, tak perlulah letak garam lagi dah, kecualilah kalau anda teringin nak tidur di katil hospital!
10.   TENGOK......DALAM TAK NAK BUAT TUTORIAL MASAK KARI TU....hasilnya?? Tak ngapa, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment