Wednesday, August 8, 2012

Puding Mocha Berkuah vanilla

Puding ni senang sangat nak buat...

bahan2 untuk puding
4gm agar2 (sebungkus agar2 12gm di bahagi 3) - rendam sekejap
1/3 tin susu cair
1sudu besar tepung jagung (jika suka puding sedikit lembut) + 2 sudu besar air
4 sudu besar tepung kastad + 4 sudu besar air
4 sudu besar gula putih
2 sudu teh serbuk koko/milo + 1 sudu teh serbuk nescafe + 1/4 cawan air panas
2 cawan air
caranya:

  1. Masak agar2 dengan air sehingga hancur.
  2. Masukkan gula.
  3. Bancuh tepung2 dengan serbuk koko dan susu dalam bekas lain.
  4. Tuang ke dalam periuk agar2 dan kacau sehingga agak likat atau pekat.
  5. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
  6. Loyang kosong seeloknya diletakkan di dalam freezer sebentar sebelum memasukkan adunan; bertujuan mempercepatkan agar2 beku/mengeras.
untuk kuah

  1. 1 biji kuning telur dipukul dengan 5 sudu besar gula dan 1/2 tin susu cair.
  2. Masak dan kacau2 di atas api.
  3. 2 sudu tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air dan tuang ke dalam periuk.
  4. Titiskan sedikit esen vanilla.
  5. Masak dan kacau lagi supaya tak berketul.
  6. Masukkan garam jika suka dan tutup api.
  7. Sejukkan dahulu sebelum diguna. 


Boleh dihias dengan buah2an dalam tin, juga coco de nata, kismis, ceri atau jagung.
Boleh buat dalam bekas kecil2 agar tak perlu dipotong2, sekadar tuang kuahnya saja bila hendak makan.

gambar dari encik google: contoh hidangan



Friday, August 3, 2012

Florenta

Namanya pun sedap, rasanya lagi sedap.
Berkacang, rangup dan nyam nyam...
Benda ni nak buat pun senang.
Kalau hendak lagi mudah, beli yang ready mix Florenta Mixture di kedai bakeri. Ada yang jenis dipack oleh pekedai dalam plastik biasa dan ada siap2 datang dari pembekal/pengilang; yang ni dia adalah cop kat bungkusannya tu.
Mudah sikit, balik rumah cuma campur2kan kekacang dengan tepungnya dan terus bakar. Gerenti jadi..sebab tu mm pilih yang ni. Harganya agak mahal, tapi 1 bungkus tu jenuh jugalah kalau nak makan sekeluarga. Berbaloi-baloi.
 Florenta ni macam kuih bipang ataupun kacang potong yang kita selalu makan masa sekolah dulu2 tu.

Cuma mm tak pastilah samada Florenta ni jugakah yang dipanggil sebagai Caramel Nut atau juga kuih Biscotti tu... 
Rasanya Florentine Cookies  atau Square Bar Cookies tu agak berlainan sikit sebab jenis bertepung dan ada mix-fruit, kan; sedangkan Florenta ni tidak. Mungkin juga benda yang sama, resepinya saja yang diubah suai.
mm memang tak berapa pandai dengan nama2 makanan ni. Itulah kadang2 bila orang tanya, mm kata tak tahu; tapi bila dah tengok..."oooo...inikah bendanya!"
yang ni dicelup coklat masakan
kat rumah mm, kosong macam ni pun laku...habisss..
tengok.....sampai tak sempat nak letak dalam pinggan dah nak bergambar;
kalau dah masuk pinggan memang ada je lah tangan yang usik!

Thursday, August 2, 2012

dugaan Ramadhan 1433H

Masih lagi demam, selsema dan batuk. Sedih sungguh sambut Ramadhan kali ini.
Selain cuaca yang panas terik serta sudah hampir 10 hari lansung tak hujan, itulah agaknya yang buat tekak kerongkong pun pedih aja ni, menambah deritanya demam mm kali ni. Selebihnya dengan jerebu dari pembakaran terbuka di Sumatera, Indonesia membuatkan IPU (Index Pencemaran Udara) Semenanjung Malaysia khususnya di pantai barat mencatatkan kualiti yang teruk sampai 116 di sesetengah kawasan. Bagi mereka yang mengidap penyakit asma kronik memanglah sangat sukar menjalani kehidupan dalam keadaan begini, sedang mm yang belum pernah disahkan berpenyakit sedemikian pun rasa tersekat2 sesak nak bernafas nii....

Dalam pada tak sihat ni pun, sempat lagi (TERPAKSA sebenarnya) memasak juadah lauk pauk untuk berbuka dan bersahur. mm jarang masak menu lain untuk bersahur, sekadar memanaskan saja lauk2 berbuka tu. Maklumlah mm ni kan rajin orangnya! Bukan tak mahu beli makanan di pasar Ramadhan tu...cuma itulah seperti yang mm selalu katakan, lebih banyak yang tak menepati selera keluarga mm..... tambah2 waktu mulut tengah pahit-kelat demam ni.

hidangan berbuka semalam
kerabu perut,  tomyam udang, gulai cendawan,
kari telur sotong dan ayam goreng lemon

Monday, July 30, 2012

demam tak kebah2...

Masih demam lagi, tak kebah2 pun. Ubat2 dari 2-3 klinik semuanya dah licin ditelan. Sekarang ni makan ubat batuk beli kat farmasi pulak lah. Hari tu dah makan ubat batuk Hurix Gamat Plus; mahal juga ubat2 batuk pun ya..; tapi tak jadi apapun. Masih batuk bertalu2. Berkokok siang malam. Menyalak tak kira masa.  

Adoiii...letih betul bila batuk menyerang, tambah dah berumur macam mm ni. Ya Allah, ampun, semput
jadinya. Mujur juga belum sampai ke tahap nak terkucil.

Hujung minggu lepas kakteh balik dengan suaminya, sempatlah bermalam sehari di rumah mertua sehari di rumah mm. Mengenangkan anak mm tu sedang berbadan dua, digagahi jugalah bangun memasak untuk sahur dan berbuka.Manalah tau kot teringat nak merasa air tangan emak pulak nanti, jauh2 balik; maknya demam tak reda2. Kasihan pulak!

Lagipun bila dah berkumpul ramai2 macam tu baru seronok memasakmakan sebab ada orang yang nak memakannya.
ayam panggang, rendang, kari keli, ikan bakar, siakap 3rasa,
ayam goreng tepung dan kangkung tumis sotong...
banyaknya...nak memenuhi selera semua orang!

Wednesday, July 25, 2012

demam-4in1

Salam Ramadhan.
Lama tak menulis..rindu membuak2 nk buka laptop. Tanganpun gatal2 nak menaip..tapi memang tak berdaya lansung. mm demam dah masuk 6 hari dah; bertahan ja puasa pun. Sekadar puasa menahan lapar dahaga ja lah nampaknya di awal Ramadhan ni. Mengaji tidak, solat tarawih (hatta di rumah) pun tak buat! Tidur yang lebihnya,selain dari tugas2 hakiki seorang surirumah. ITUPUN DAH TERPAKSA; kalau tak dibuat, nak harap siapa lagi nak buat, kan? Konon2 nak berzikirlah sambil2 rehatkan badan...last2nya tasbih jatuh ke badan, mata lelap tak sedar ke diri! Itulah penangan ubat demam.... selsema, batuk, penat/lelah, sakit kepala/migrane.

Seingat mm, inilah kali pertama mm jatuh sakit (demam!) sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Dan sejak 10 tahun lepas, inilah demam yang paling lama, paling teruk... sebab semua penyakit menyerang sekali gus; YANG mm KECEWA SANGAT2 TU... kenapalah di bulan Ramadhan yang mulia dan sentiasa dinanti2kan ini? Alahaiiii...alamatnya tak khatam ngajilah mm sebelum Syawal nampaknya ni.

Kasihan anak2 mm; kaklang & adik serta abahDin sambut sahur pertama dengan menu biasa2 ja; begitu juga petang esoknya minta dia orang pergi beli kat pasar Ramadhan saja. Hari ke2, kakngah & suaminya beli ayam panggang madu serta lauk2 kedai, kaklang pula masak nasi planta.
Isnin Selasa tu cuba2 juga nak masak sebab rasa tak kena dengan selera mm lansung juadah yang dibeli; maklumlah orang berjualan bulan puasa, mana boleh rasa sedap ke tidak, kan...Atau, tekak mm yang sakit; tu rasa tak menyelerakan apa2pun!

Hari mula bersahur tempohari, mm cuma makan capati cicah kari ikan ja sebab tak lalu lansung nak jamah nasi...tapi abahDin, MasyaAllah, berselera je, habis nasi sepinggan pulun capati pula! Itu kira mm belum betul2 masak tu....
Hari ke2, mm cuma minum nesvita extra...hahaha... mesti kawan2 hairankan, mana pula datangnya yang 'extra' ni... mm tambahkan susu tepung, oats dan nestum ke dalam cawan nesvita tu, jadi pekatlah sedikit airnya tu disamping itu rasanya pun tak lah manis sangat...
Hari ke3 tu, gagahi juga makan nasi sebab masa berbuka pun mm sekadar makan buah kurma dan air kosong je dengan sesuap 2 nasi + sayur..takut perut kena gastrik pula, dah makan ubat tak renti2.
Semalam masak bihun sup daging, sayur tumis, ayam pedas kicap dan udang goreng mentega..

Selalunya telur masin mesti ada dalam menu sahur di rumah mm ni. Tahun ni nak kurangkan makan telur masin ni sebab mm terbaca kat suratkhabar ada doktor nasihatkan jangan makan masin2 masa sahur sebab nanti siang kita cepat dahaga. Elok minum susu. Lagipun, kebiasaannya kalau di rumah mm ni, telur masin tu..akan tinggal yang putih tu je berselerak dalam pinggan...hah, siapa nak habiskan kalau tak mm (sebab sedih tengok makanan terbiar dan masuk tong sampah!) Bukankah mm cari penyakit namanya!

Harap2 sangatlah akan ada minggu yang mm boleh berkumpul dengan semua anak2menantu2 untuk berbuka dan bersahur bersama Ramadhan kali ini, InsyaAllah.

Friday, July 20, 2012

salam Ramadhan

Salam Ramadhan buat kekawan pelayanblogger Muslim

 Marilah bersama-sama kita ingat-mengingatkan diri kita...





Wednesday, July 18, 2012

Majlis Aqiqah cucu di Dengkil

Sabtu, 14/8/2012; besan mm telah mengadakan majlis aqiqah cucu2barunya serta kenduri doaselamat sempena kedatangan bulan Ramadhan di kediaman mereka di Dengkil, Selangor.


mm(baju biru) bersama besan, kak Che'Puan dan ibumertuanya
Nik Qaseh Azalea bt Nik Muhd Hasbi (kiri)
&
Nur Eirdina Zaheerah bt Mohd Kamal
didokong ayah masing2
mujur tak meragam
abahdin(ad) -berbaju biru kopiah putih; menjamu selera