Wednesday, July 25, 2012

demam-4in1

Salam Ramadhan.
Lama tak menulis..rindu membuak2 nk buka laptop. Tanganpun gatal2 nak menaip..tapi memang tak berdaya lansung. mm demam dah masuk 6 hari dah; bertahan ja puasa pun. Sekadar puasa menahan lapar dahaga ja lah nampaknya di awal Ramadhan ni. Mengaji tidak, solat tarawih (hatta di rumah) pun tak buat! Tidur yang lebihnya,selain dari tugas2 hakiki seorang surirumah. ITUPUN DAH TERPAKSA; kalau tak dibuat, nak harap siapa lagi nak buat, kan? Konon2 nak berzikirlah sambil2 rehatkan badan...last2nya tasbih jatuh ke badan, mata lelap tak sedar ke diri! Itulah penangan ubat demam.... selsema, batuk, penat/lelah, sakit kepala/migrane.

Seingat mm, inilah kali pertama mm jatuh sakit (demam!) sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Dan sejak 10 tahun lepas, inilah demam yang paling lama, paling teruk... sebab semua penyakit menyerang sekali gus; YANG mm KECEWA SANGAT2 TU... kenapalah di bulan Ramadhan yang mulia dan sentiasa dinanti2kan ini? Alahaiiii...alamatnya tak khatam ngajilah mm sebelum Syawal nampaknya ni.

Kasihan anak2 mm; kaklang & adik serta abahDin sambut sahur pertama dengan menu biasa2 ja; begitu juga petang esoknya minta dia orang pergi beli kat pasar Ramadhan saja. Hari ke2, kakngah & suaminya beli ayam panggang madu serta lauk2 kedai, kaklang pula masak nasi planta.
Isnin Selasa tu cuba2 juga nak masak sebab rasa tak kena dengan selera mm lansung juadah yang dibeli; maklumlah orang berjualan bulan puasa, mana boleh rasa sedap ke tidak, kan...Atau, tekak mm yang sakit; tu rasa tak menyelerakan apa2pun!

Hari mula bersahur tempohari, mm cuma makan capati cicah kari ikan ja sebab tak lalu lansung nak jamah nasi...tapi abahDin, MasyaAllah, berselera je, habis nasi sepinggan pulun capati pula! Itu kira mm belum betul2 masak tu....
Hari ke2, mm cuma minum nesvita extra...hahaha... mesti kawan2 hairankan, mana pula datangnya yang 'extra' ni... mm tambahkan susu tepung, oats dan nestum ke dalam cawan nesvita tu, jadi pekatlah sedikit airnya tu disamping itu rasanya pun tak lah manis sangat...
Hari ke3 tu, gagahi juga makan nasi sebab masa berbuka pun mm sekadar makan buah kurma dan air kosong je dengan sesuap 2 nasi + sayur..takut perut kena gastrik pula, dah makan ubat tak renti2.
Semalam masak bihun sup daging, sayur tumis, ayam pedas kicap dan udang goreng mentega..

Selalunya telur masin mesti ada dalam menu sahur di rumah mm ni. Tahun ni nak kurangkan makan telur masin ni sebab mm terbaca kat suratkhabar ada doktor nasihatkan jangan makan masin2 masa sahur sebab nanti siang kita cepat dahaga. Elok minum susu. Lagipun, kebiasaannya kalau di rumah mm ni, telur masin tu..akan tinggal yang putih tu je berselerak dalam pinggan...hah, siapa nak habiskan kalau tak mm (sebab sedih tengok makanan terbiar dan masuk tong sampah!) Bukankah mm cari penyakit namanya!

Harap2 sangatlah akan ada minggu yang mm boleh berkumpul dengan semua anak2menantu2 untuk berbuka dan bersahur bersama Ramadhan kali ini, InsyaAllah.

1 comment:

  1. Munah demam rupanya, patutlah jarang nmpk siram pokok pagi2. Saya pulak sibuk hari2, x smpt nk btanya khabar. Moga cepat smbuh, aminn.

    ReplyDelete