Friday, July 6, 2012

antara sireh dan kadok

Mungkin ada yang sering terkeliru atau ada yang tak dapat nak membezakan antara pokok sireh dan pokok kaduk/ kadok, kan? 
Persamaan dari segi bentuk daunnya memang agak ketara tetapi mm tak tahulah samada dari segi saintifik botani, kedua2 pokok ini tergulung dalam kelompok yang sama atau tidak.
Kedua-duanya memerlukan cahaya matahari tetapi elok di bawah naungan serta kawasan yang sedikit lembab.
Dari segi pertumbuhan memang hampir2 sama, hidup menjalar. Pokok sireh menjalar ke atas atau memanjat dan memerlukan sokongan/junjung. Pokok kaduk menjalar juga tetapi menjadi penutup bumi; sebab itu ada peribahasa seperti kaduk naik junjung yang bermakna orang yang mengada-ngada/ over sebab kaduk sepatutnya melata di atas tanah saja.
Di rumah mm kedua-dua pokok ini hidup subur; cuma ditanam di dalam pasu. Agaknya kalau ditanam di tanah, tentu lagi subur dan membiak dengan baik. Penanamannya tak sukar, pembajaan pun mm tak lah rigid sangat; ikut suka hati je. Cuma kena disiram setiap hari, itupun sebelah pagi sahaja.

pokok sireh

pokok sireh di rumah mm


sireh junjung untuk perkahwinan

tepak bersireh untuk peminangan
Selain diguna buat sireh junjung dan dimakan, sireh juga dibuat ubat. Boleh rujuk kat google atau terus ke sini zh.buchuk.blogspot.com; banyak juga pengetahuan tentang ubatan sireh ni.
Memang mm ada dengar orang2 tua melarang kita memetik daun sireh semasa haid; pokok akan merajuk dan dibimbangi terus layu lalu mati. Entahlah, betul ke tidak....

pokok kaduk

pokok kadok di rumah mm

kalau tak diambil untuk makan,
 boleh jadi belukar rumah mm ni...

Biasanya, mm buat makan ulam mentah saja pucuk kaduk ni. Sesekali tu adalah juga buat kerabu campur taugeh dan kerang. Ada masanya buat masak lemak cili api dan tempoyak, campur daun kunyit, pucuk ubi, petai, pucuk bebuas dan apa2 ulaman kampung lain yang ada masa tu. Dengar cerita kawan2, masak lemak daun kaduk dengan ikan bilis pun sedap..nanti nak try lah! Dan mm pernah buat lempeng cicah daun kaduk goreng dengan kelapa, sedap juga. Buat campur2 rencah untuk masak otak2 pun okay, tau.
Selain dibuat ulam dan sebagainya ni, pokok kaduk juga boleh dibuat ubat. Sila rujuk kat sini http://petuasejagat.blogspot.com/; untuk kegunaan2 lain.


1 comment:

  1. Masa kecik2 dlu, klu hidung berdarah, daun sireh ni lah yg dicari. Mmg byk kgunaannya.

    ReplyDelete