Friday, August 26, 2011

nak MAKAN tak MAKAN

Baru berpuasa, tak makan kurang 15jam sehari, lepas tu pelbagai aneka juadah dapat kita sumbat dalam mulut terus ke perut, pun kita dah keluhkesah. Agak2nya kalau kita berpuasa tetapi tak ada apa2 juadah istimewa lain selain nasi dan air kosong saja untuk dimakan sepanjang malam, pastilah kita lagi akan mengeluh. Dan bagaimana pula jika ditakdirkan, lansung tak ada apa nak dimakan hatta air kosong yang bersih pun sukar kita dapat! Agak2nya berapa panjang pulalah kita akan mengeluh resah?
Bayangkan sulitnya hidup mereka di benua Afrika yang sedang bergelut dengan krisis makanan khususnya rakyat Somalia. Dengan panas kemarau, sengit perbalahan perang yang berlarutan; puasa tak puasa sama saja pada mereka kerana sememangnya tak ada apa2 untuk dimakan buat berbukapuasa & bersahur selain mengharap bantuan ehsan masyarakat dunia ataupun sekadar menunggu kematian kerana kebuluran.........
Memang menitis airmata, melihatkan azab derita mereka ini tapi apakan daya, hanya doa saja yang dapat mm pohonkan disamping mensyukuri rahmat Allah kepada kita di negara tercinta ini. Selalu mm kata pada anak2 setiap kali terpaksa membuang baki2 sisa makanan ke dalam tong sampah, "sayangnya membazir saja makanan ini, terpaksa naik lori sampah, kalau dekat2 boleh jugak bagi orang kat Somalia!"
Jadi kepada yang terlebih mewah dengan segala macam makan-minum tu, sedekah dan dermakan sajalah duit anda ke TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA. Biar kita makan kerana lapar tetapi berhentilah makan sebelum TERLALU kenyang. Macam kata mantan PM; Dr.Mahathir Mohamad tu... Itu sebab beliau masih lagi jauh lebih maintain tubuhbadan akalfikiran berbanding dengan mereka yang lebih muda darinya. Kita makan biar setakat untuk diserap jadi darahdaging cukuplah, sebab yang selebihnya tu akan jadi barang terbuang juga, kan membazir & merugikan tuu....Belum lagi diambilkira peranan makan berlebihan tu sebagai menjemput banyak penyakit. Lagilah rugi sebab terpaksa berubat pula. 
Apa2pun, usahakanlah agar perut kita tak jadi seperti tong sampah atau telaga buruk....... 

No comments:

Post a Comment