Tuesday, August 23, 2011

ALHAMDULILLAH....

Nak jadikan cerita, semalam, lepas asar berhajat nak ke Simpang 3, Ulu Sepetang. Tetiba je, dalam perjalanan tu hujan punyalah lebatnya sampaikan abahDin(ad) dah tak berapa clear nak drive. Hatipun berbelahbagi, nak p ke tak ni.... Bila sampai Teluk Medan, mm tanya ad " kita nak p jugak ka ni?" Dia kata, "tak pa pelan2, nanti sampai simpang tu, kalau tak ok kita terus je ke Taiping berbuka puasa". Bukan apa, dok bayangkan dalam hujan mencurah2 ni, macamanalaa nak turun kereta, lainlah kalau boleh parking terus bawah rumah!

Alhamdulillah, sebaik aja sampai Simpang Empat Semanggol, ad  tanya balik, "macammana la ni, nak teruskan ke tak misi kita ni?" Mm kata, "pi laa.., kalau hujan jugak kita tak payah turun, patah balik." Bukan apa, dah tergerak nak pergi, kalau tak dapat jumpa, dapat tengok rumahnya pun jadilah..cewah cewah...macam orang kena angau la pulak!
Rupanya, Alhamdulillah, lansung tak ada setitik hujan pun sepanjang jalan dari Gunung Semanggol ke Ulu Sepetang tu. Jalanraya kat Changkat Larah tu pun kering kontang jaa. Itulah, kadang2 kena guna gerakhati juga!

Mujurlah kami, (mm & ad ja- adik'mak-ucu to-be' tak dapat ikut sebab ada majlis berbuka di rumah cikgu) sampai awal, sebab penghuni Rumah Anak-anak Yatim Nur Kasih,Taiping, dah siapsedia untuk ke jemputan berbuka puasa. Dapatlah berjumpa dengan pengerusinya, EN. ZULKEPELY OTHMAN yang baik hati tu, dan juga semua yang menginap di kediaman tu. Tercapailah hajat nak bagi duit raya- tak banyakpun, (sekadar nak tengok anak2 tu senyum je!) serta sikit duit belanja urus. Lama dah dok teringat nak pi jenguk mereka, cuma bulan Julai tu tak berkesempatan,(sekadar bank-in ja sikit) maklumlah baru lepas buat kendurikawin, sibuknya mm memanjang.


Alhamdulillah, masa buat kendurikawin bulan Jun tempohari, anak2 daripada 5 buah rumahanakyatim yang kami jemput (jemput 8 tapi cuma sponsor duit minyak 6 sebab 2 lagi memang dah comfirm tak dapat datang) sudi datang. Terimakasih banyak2lah kepada semua pengerusi/penyelia anak2 ini kerana mereliasasikan hajat mm sekeluarga. Terimakasih juga anak2 dari RUMAH ANAK-ANAK YATIM NUR KASIH,ULU SEPETANG, Batu Kurau (en.Zul),RUMAH SINARAN KASIH & RUMAH PERMATA KASIH, Permatang Pauh, Seberang Perai (en.Wan Shahrum, pn. Subiha, cik Atikah), RUMAH NURUL HIDAYAH,Kampung Cheh,Bukit Gantang (en.Abd.Manaf) dan yang mm tersentuh sangat, mereka yang dari RUMAH ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN AT TAQWA, Pengkalan Hulu, Perak (terimakasih en Johari Hj Basri) menerima pelawaan ad hanya dengan panggilan talipon ja, disusuli dengan kunjungan anakmenantu beberapa hari sebelum tu- itupun tak dapat bertemu pengerusi/timb. pengerusi. Minta maaflah kalau mm & ad tak dapat melayan, sekadar bergantungharap pada adik2 & anak2 ja sebagai wakil tuan rumah!

Nasihat mm......Sila2kanlah ke blog mereka2 ini.

No comments:

Post a Comment