Wednesday, August 24, 2011

BERSEDEKAHlah..

23hb.Ogos, lepas asar terus ke Rumah Permata Kasih, kerana ingin menyumbangkan sedikit duit raya kat penghuni di situ. Sayangnya tak sempat berbual panjang dengan pn.Subiha kerana ada tetamu lain; ada rombongan sedang bersiap2 untuk berbuka puasa dengan anak2 di situ. ALHAMDULILLAH, SYUKUR.. anak2 di situ tak diabaikan oleh masyarakat.
Ikut kata ad, rombongan ni dari Penang Port agaknya sebab sticker kat kebanyakan kereta ada logo tu. ALHAMDULILLAH, mm panjatkan syukur pada Illahi. Bukan apa, sebelah pagi semasa mm bercakap di talipon dengan cikAtikah bertanyakan jumlah anak2 di situ, beliau ada selitkan.."tak ada kah orang nak bantu kami di sini..." Rasa sebak di hati mm masa tu, "InsyaAllah, nanti akak cuba usahakan" pujuk mm. Jadi mm pun terus sms kepada anak-menantu di SP serta seorang kawan sekolah masa kat MGS Ipoh (30 tahun lebih dah) yang bekerja di Penang Port, manalah tahu kalau ada kawan2 ofis yang nak bersedekah atau nak bayar fidyah nanti, bolehlah hulur2kan ke situ. Dan tak sangka betul, kawan mm yg memang pemurah & baikhati (Noraini Baharom) tu tiba2 membalas sms tu...."I will do d necessary." Sejuk hati mm....

No comments:

Post a Comment