Monday, April 22, 2013

semangat menanam bunga



Sampai ke hari ni, mM masih tak dapat nak membezakan antara kemboja dan cempaka...tapi mungkinlah jika 2-2 pokok dan bunga tu ada di depan mata; keadaan tidaklah rumit sangat kot.

Yang ni, nak dipanggil apa ya? Kemboja agaknya kan?
Ramai yang bertanya kenapa mM tanam pokok kuburan ni di depan rumah.....
Saja ja...mM sukakan baunya. Juga warnanya yang putih bersih tu. 
Sebenarnya dulu mM tanam pokok ni di tepi kolam 'water-fountain' yang mM bina sendiri.
Taman konsep ala2 Bali gitu u!
Dan kemudian bila renovate rumah, terpaksalah korbankan kolam dan taman yang sekangkang kera tu... jadi mM pun ubah masukkan ke dalam pasu besar. Memandangkan pokok ni perlukan cahaya matahari sepenuhnya, jadi terpaksalah mM letakkan ia di luar, di depan rumah! Itu saja reason sebenarnya.
2-2 pokok bunga warna ni, ada seseorang yang telah berjanji nak bagi benihnya...tapi tak sampai2 pun sehingga sekarang! 
Alaaa...keratan batang/tangkai dalam sejengkal je pun! Tak perlu mengorek atau cabut sepokok tu...
Nampaknya mM nak kena pergi cari di kedai nursery juga lah tu..kalau dah mengidam sangat.
Lama betul menunggu yang free!
Itulah..., mM memang fed-up dengan orang yang hanya pandai berjanji. Beria2 pulak tu, setiap kali jumpa..sebut nak bagi, nak bagi....
Tak sukalah kita kalau setakat janji-manismu aje macam lagu bakal YB Aishah dok nyanyi tu!
I CAN'T BREATHE lahhhh
 Pokok yang warna ni mM ada
Yang ni tak ada dah....
Janggut hantu (ada ke dipanggil JANGGUT NABI?) ni tinggal sebanyak ni aja.., dulu bukan main berjela2 panjangnya...tapi pekerja kontrak yang buat rumah mM tempohari memandai2 pula dibuangnya. Barangkali dia ingatkan yang itu adalah pokok mati agaknya!
Punyalah banyak jenis pokok asam batu ni dulu, bermacam2 warna daun..tapi yang jenis ni juga yang masih bertahan. Kesian mereka!
Itulah akibatnya tak membelai dan membela...Padan muka mM!
Nampaknya mM kenalah mulakan balik menghidupkan kerajinan yang sudah lama terkubur tu, demi...

sopan-santun...


Pagi tadi, ada sorang anak muda India bermotosikal tu tetiba ja muncul depan pagar rumah.
"Makcik, makcik...mau tanah baja tak?"
"Tanah baja? Tahi lembu bakar ka?"
"Tarak, tarak...tanah bakar juga, makcik. Tanah hitam..mau ka?"
"Berapa?"
"5 ringgit saja, plastik besar 5kg la makcik..."
"Bolehlah.."
"Okay okay, makcik. Nanti saya angkat mari ya!"
Seronok bukan main lagi dia, laju ja balik. 3 jam lepas tu, muncullah dengan kereta saga birunya. Memanggil2 kat luar pagar.
mM suruh dia angkut ke tepi rumah.
"Terimakasih makcik. Mau lagi ka?" offernya pula lagi.
"Eemmm, dah, dah. Sudah, inipun tak tentu lagi bila nak habis.."balas mM.
"..makcik nak saya buka ka, mau tengok..."
"Ooo tak pa, tak payah; makcik selalu beli dah.." jawab mM (menipu sunat!) Malas nak berlama-lama melayan gebangnya.
"Makcik mau saya bubuh dalam pasu ka? Boleh juga.."
"Haaa, tak pa, tak pa..nanti makcik buat sendiri, nah duitnya..terimakasihlah."
"Hokay, makcik. Saya jual ya!"
??????? ehhh, orang ni Hindu ka Islam ni, pandai pulak dia ber'akad' jual-beli.
Kalau cina kat kedai runcit atau pasar tu, mM fahamlah sebab memang mereka dah membudaya-niagakan cara jual-beli mereka.
Ini..anak muda awal 20an, pakaian sikit punya comot tapi pandai berbahasa-bahasi.
Malu juga kita yang Melayu beragama Islam kalau mempunyai sikap dan perangai tak beradap, tak beradat, tidak sopan, biadap serta kurang ajar!
Seperti sekarang ni...musim PRU ni, adoi...nak buka fb jadi gusar. Berderet cerita kutuk-mengutuk, fitnah, umpat-keji, hina-aib orang di postkan ke mukabuku ku! Tak fasal2 kita yang membaca terkena tempias dosanya...

mM tak sangkalkan, memang ada orang yang mulutnya out-spoken; lepas seperti laser, cakapnya pedas macam cili.tapi hatinya lembut dan baik (?)
Namun selalunya, kekotoran di hati akan mengeluarkan sampah dalam kata2...
Itulah yang mM bimbang tu...

Berbalik pada tanah baja tu, agak2nya entah bila nak digunakan pun tak tahulah.
Hari tu semasa anak-menantu ajak ke nursery..hampir dah 3 bulan lepas; mM dah beli 5 kampit tanah hitam lebih kurang macam tu jugalah...tapi tak berusik pun lagi.
Kemudian bulan lepas, ikut anak mM ke ekspo pertanian, beli 2 bungkus lagi tanah hitam. Pun tak dibuka lagi...
Masa nak membeli tu, berangan nak balik tukar tanah dalam pasu2..last2 rumput yang memenuhi pasu tu pun tak bercabut; apa lagi nak menukar tanahnya!
inilah...RM5
berbaloi
memang tanah hitam..
tanah sampah dibakar!


Friday, April 19, 2013

Menyimpan butang..

Betulkan?...
Jika ada barang2 dalam rumah yang hilang atau misplaced; mesti emak juga yang ditanya...ya lahhh, emak mesti jumpanya! Yang menjadi masalah, barang diambil ditempat lain, kemudian diletakkan semula di tempat lain, habis tu macammana nak dijumpai bila nak cari balik.
Itulah gunanya EMAK! Namun, jika emak pun tak dapat mencarinya....???

Memang, lain padang lain belalang; lain orang lainlah pula cara pandangannya...
Betul juga ke?
Bagi diri mM, ada tempat2nya dan ada hal2 yang kita memerlukan perbandingan; demi meningkatkan lagi kualiti sesuatu perkara itu.
Contohnya ni haaa...
Butang2 yang berselerakan macam ni, kan...teringin juga nak simpan bagi nampak neat & clean; tidaklah berhabuk je. Nak juga cegini...
kalau tak dapat sehebat ni....
atau gini.....
 atau macam ni....
Sebenarnya mM bukanlah pengumpul butang atau rajin membelinya. Cuma, apabila ada baju2 yang sudah tidak dipakai dan nak dibuat kain buruk, mM akan cabut butang2 atau cakuk yang ada dan simpan dalam laci. Bukankah senang mengganti bila ada baju yang telah tertanggal butangnya! Lagipun, jika dibuat kain buruk pengesat kaki, butang atau cakuk tu akan menyakitkan kaki kita jika terpijak.

Dek kerana itu, butang2 yang ada dalam simpanan tu terlampau banyak. Ada yang mM guna buat inti bunga (nantikan tutorialnya, ya!) tapi lebih banyak yang terbiar saja!

Pagi tadi teringat nak mengemas laci mesin jahit tu...jadi mM pun buat macam ni....


Masukkan butang ke dalam pin baju yang besar2 tu...1 warna 1 pin. Senang bila nak guna.
maaf, gambar tak clear lah pulak..
Lepas tu, masukkan ke dalam botol/balang jem yang banyak di dapur tu!
mM tertarik dengan kreativiti begini, tapi rasanya mM tak kan buat. Bukan apa2...rasanya kalau untuk buat pameran atau nak tayang sekadar untuk shoot gambar, barangkali bolehlah. Namun jika nak diguna-pakai hari2, emmm...kalau untuk diri mM, memang tak reti nak kemas2 cegini!





Monday, April 15, 2013

orkidku berbunga lagi..


Lama betul tak cerita fasal gardening ni...
Rindu sesangat kat pokok2 tu tapi..., alahai penyakit malas ni dok tak hilang2 lagi...semakin tambah menebal lagi rasanya!
Sejak 2-3 hari ni, ada pula jiran yang menegur sebab tengok pokok2 orkid mM dah berbunga.
Jadi mM pun try jenguk2 pagi ni...
BETUL!
Hampir 5-6 pasu (dari 20+ pasu!) yang dah mengeluarkan bunga.
Seronoknya...

Itulah, pokok2 ni pun, jenuh kita melayan hari2; tak mahu berbunga.
Sekarang ni, dah hampir 5 bulan tak belek...baru nak berkembang.
Agak2nya pokok2 tu mesti ingat mM dah merajuk kot, ya...itu yang pakat2 berbunga; nak memujuk lah konon2nya!
Heheehh...

Okay, okay lah..mari kita layan gambar yang sempat mM klik tadi.





Logiknya, mM membajakan pokok2 ni 5 bulan lepas; jadi itulah agaknya sekarang baru betul2 meresap dan mematangkan pokok2 tu...tak ada kena mengena dengan pokok merajuk atau memujuk pun, kan?




Saturday, April 6, 2013

masalah itu cabaran...memerlukan kesabaran

sakit gigi
Sudah beberapa hari mM sakit gigi. Bengkak muka & pipi; rasanya macam nak berlari ke klinik gigi je ni....
Memang banyak petua, serta ayat Qur'an untuk menyembuh atau meringankan sakit gigi yang biasa mM amalkan sebelum ni..tapi kali ni korang tahu, semua tu tak meninggalkan kesan! Apa tidaknya, gigi dah longgar sangat (malahan ada yang dah mereput; dah tinggal tunggul!) Itu sebabnya yang sakit sangat ni dan tak makan saman dengan segala petua-petui tu!
cengkih untuk sakit gigi
Akibat dari sakit gigi (kedua2 belah sekali, you!)...badan terasa nak demam. Eeeehhh, dah demam pun sebenarnya. Seram sejuk je. Kepala berat semacam. Mood pun tak menentu, nak bangun dari bantal pun segan! Namun  ku gagahi jua...
3 malam dah menelan panadol. Mula2 panadol biasa tu, malam kedua makan panadol extend(betoi ke ejanya ni) dan malam tadi minum(?) panadol soluable pulak! Haruskah malam ni kena cuba panadol actifast pula? Sebenarnya, sejak lama dulu, mM bukanlah mesra panadol. Macam makan maggi mee atau asam jeruk jugalah. Nak ambil 2-3bulan sekali pun payah. OOooooo, silap, sorry; asam jeruk dan seumpamanya tu memang not my taste! Jadi, tak bolehlah nak buat perumpamaan dengannya.
Baru dok berangan bila mama Aqil dah lepas pantang, bolehlah nak keluar buat gardening...macam kat gambar niii...ehhhh, haruskah menjadi? Sah sah laa jawapannya TIDAK.
Ya lah, setidak2nya pokok yang sudah nak jadi hutan-belantara di luar rumah tu dapatlah juga di trim atau apa ke; setidak2nya dapat jadi belukar saja!
Udah sakit gigi menyerang ni...duduk dalam rumah ngadap laptop dan jenguk rumah blog orang yang ada gambar taman sajalah nampaknya...

Itulah...masalah itu ada di mana-mana...

mesin jahit tak habis2 buat hal
Kalau dah tak ada ilham nak buat gardening, setidak2nya boleh juga buat sewing @ crafting... malangnya, mesin jahit pula meragam. Tiap2 minggu kena masuk workshop, mampussssssss nak ngadakan modalnya!
nahhhh...amik kau mM,
bayar..jangan tak bayar!
Mengeluh sorang2 je lah..benda unfashionable, dah berusia pula, selayaknya macam tu lah. Mesti melawat klinik selalu. Semalam minta aD hantar p kedai nak repair gear ke motor ke...rupanya kena tukar baru enjinnya! Lebur RM210 di petang Jumaat yang mulia tu! Huhuhuuuuu, nak nangis jugalah; projek business on-line tak bermula lagi...modal dah tercampak banyak dah ke kedai mesin jahit tu...Perlukah ku tukar baru?
yang baru...
harga Singer  ori  RM180
harga tak ori RM130
tapi 2-2 made in China jugakkkkk
apa bezany?
boleh cayakah?

ni kotaknya
cer tengok, price tag tu tulis RM130;
harga lama agaknya ye!
tak berani nak mendrill
Bila duduk2 saja ni, mulalah kepala otak menerawang nak cari kerja...(banyak kerja rumah hari2 menanti diselesaikan, sebenarnya)
Teringinlah pula nak ubah suasana...hehehe, tak kan mM dah jemu ala2 english-country style tu kot?
Syle style tema tema ni semua sebenarnya mM tak ambil pot pun. Hentam keromo je, janji tak perlu keluar duit riburiban tuuu. Cuma teringin nak ngalih2 kedudukan perabut dan gantungan2 di dinding tu saja.
Actually berhajat juga nak menukar warna cat di dinding...tapi yang ni memang kena pendamkan dululah! Nak buat sendiri, rasanya dah terdaya lagi dah...confirm tak siap-siap nanti! Sakit otot dan urat-saraf pula yang mendahului kerja!
Itulah....nak buat kerja2 hard-chores macam ni nak kena tunggu anak mM along tu balik bercuti. Dia memang terbaik untuk kerja2 ni, teliti lagi. mM memang thumb up lah kat dia.
along memasang jam dinding di bilik kaklang
adoh...kalaulah mM segagah dulu, hehheeehh...tentu rumahku tak seteruk sekarang!
Teringinnya nak jadi all-rounder @ one-woman-show tu semula!
Inilah yang dikatakan bermimpi di siang hari niiii....

aD yang pelupa
sejak aD jatuh sakit & masuk hospital beberapa tahun lepas,
banyak perkara yg mM kena adjust

Bayar kat kaunter tapi terus drive tanpa isi minyak kereta...patutlah selalu dibiarkan sampai berkelip2 tanda aras minyak kereta tu..mungkin terlupa nak singgah stesen minyak....mM pernah beberapa kali tepaksa menunggu di tepi jalan sementara dia numpang motor oraang pergi membeli minyak...sikit punya malu ke? Sabar saja lah...nak merungut pun, untuk apa?

Bab2 masuk kedai tertinggal talipon, cermin mata atau barang yang dibeli tak sampai ke rumah...biasalah.
Membeli barang tapi tak bawa duit, memandu jauh tanpa wallet, talipon dan cermin mata...pun biasa.
Terlupa menutup api gas/dapur, lampu, kipas, air, pintu pagar, pintu rumah...juga biasa.
Tak kunci kereta tak kira di mana, tak kunci pintu rumah tak kira siang atau malam....lagilah biasa.
Aduhai, dek kerana keterbiasaan itu; mM pun nampaknya nak kena belajar membiasakan diri jugalah agaknya...tak perlu menegur apatahlagi bising2 tentang perkara2 tu...namun bolehkah nak memejamkan mata, memekakkan telinga sebab Allah jadikan kita isteri sebagai pengisi kekurangan suami?
Macamana nak senyap kerana semua itu membabitkan soal keselamatan dan kesihatan bersama?
Dicakap kerap2 nanti siisteri juga yang berdosa andai suami kecil hati...Sabar ja lah..
Anak2pun dah pening...kerap sangat aD ni pelupa, sekarang dah slow pick-up pula. Orang bersembang dah tukar topik ke2 ke3, dia baru nak sambut topik pertama! Sabarrrr.
In'SyaaAllah


bantal Hello Kitty

Alhamdulillah...dah siap pun bantal buat cucu mM.
Sebenarnya mama yang suka Hello Kitty tu!

Teringat2 kat siAqil ni....
kalau ada yang berkenankan Nursing Pillow ni,
contact lah mM @ pm kat fb mM

Sesungguhnya benar....


Thursday, April 4, 2013

Palimen dibubarkan...

Semalam, 3/4/2013:

Jadi, sebagai rakyat yang bertanggungjawab; adalah menjadi kewajipan kita semua yang layak untuk keluar mengundi. 
Buatlah pilihan yang bijak. 
Jangan biarkan matlamat menghalalkan cara. 
Fikir2kanlah dengan mata hati yang ikhlas, tanpa berprasangka kepada sesiapapun..
Janganlah pula marahkan nyamuk kelambu dibakar.
5 tahun...bukanlah tempoh yang sekejap. Macam2 perkara boleh terjadi..
Juga buat mereka yang berkempen. Buatlah secara bersopan, beradap lagi beretika.

mM kerap rasa terganggu membaca (belum pernah hadiri mana2 ceramah politik setakat ini); tentang orang ni kutuk orang tu, orang sini kutuk yang sana...Bukankah itu semua berdosa?
Yang peliknya, yang mendengarnya boleh pula bergelak bertepuk-tangan bertakbir dan sebagainya...Tak takutke dosa bersubahat?
Juga, ada antara kita, yang tak pernah bersua pun dengan siempunya diri, turut sama mengutuk (di Facebook selalunya...) Apakah tidak ada sekelumit rasa bersalah serta takut tak dimaafi oleh orang yang kita bantai tu; sedangkan kita tak pernah bersua dengannya...bagaimana nak mohon kemaafan di saat nyawa di ujung hayat (samada kita yang sedang nazak atau orang yang kita kutuk tu!)
Bukankah dosa menghina/memfitnah dan seumpamanya tu sama seperti dosa membunuh?
Apakah kita sanggup bila di sana nanti, kita akan makan bangkai sebagai balasan sikap buruk kita sekarang?
Fikir2kanlah.