Wednesday, June 26, 2013

SSM

Bertahun sudahhhh....kalau tidak, dulu setiap tahun dok ke Pejabat Pendaftaran Perniagaan ni.....
Dok kena renew sijil ni.

Alhamdulillah, semalam selamat sudah!
Buat semula, walaupun bukannya aktif berniaga pun.
Saja nak bagi kerja kat staff pejabat tu...
Hehehe...
Lagipun bukannya mahal sangat pun.

mM sudah...anda bila lagi?

Sunday, June 23, 2013

Sukun

Ni namanya buah sukun. Mungkin ada yang tahu nama saja tapi tak pernah tengok buahnya; dan mungkin juga ada yang lansung tak pernah dengar namanya pun. Dalam bahasa Inggerisnya dipanggil breadfruit.... ini berkemungkinan sebab isi didalamnya lembut berspan macam roti gitu!
Ini rupa pokoknya...kalau nak tahu tentang pokoknya pula; pandai2lah korang search, ok? mM malas lah nak 'copy & paste' je!
Niiiii...isi dalam selepas dibelah.
Nah...dah masak pun. mM buat goreng, seeeedap isinya lembut, gebu gitu tau!
Potong2 celup dalam tepung gandum + tepung beras sikit, goreng terendam (deep-fat fry) dalam minyak panas.
Kalau yang jual kat warung tepi jalan tu biasanya dihiris nipis2, sama juga dengan pisang dan keledek goreng. mM memang TAK SUKAlah nipis2 sangat tu, macam makan keropok pula!
Biar tebal sikit, baru terasa texture isinya tu.....dan dicicah dengan gula putih sebab isinya memang tawar walaupun buahnya masak ranum.
Nyummmnyammm Nyummmnyammm....
Terimakasih, cikguZaiton; iran depan rumah yang sedekahkan mM buah ni.

Ini pula mM masak serawa /pengat /bubur sukun & labu kuning. Bila kita guna labu ni, gula boleh dikurangkan sebab isi labu ni memang dah manis dah sikit.
....nah, yang ini lagilah Nyummmnyammm Nyummmnyammm.....
Ada mM terjumpa kat google, sukun ni dibuat LEPAT dan BINGKA/BINGKANG.
Lepas ni bolehlah nak try pulak!

Sunday, June 16, 2013

buat seorang bapa..

Anak2 adalah bayangan kehidupan masa lalu ibubapa...betul?

Sesungguhnya...

...kerana penghormatan seorang anak.....

Selagi nyawa di badan, setiap ibubapa tidak pernah berhenti mendoakan anak2nya 

Inilah kebenarannya;

.....bukan juga kebetulan,

....dan itulah dinamakan ikatan keluarga..

Buat seorang bapa...

Wednesday, June 12, 2013

heliconia

Meriahnya tahun ni...pokok2 heliconia mM tak renti2 berbunga.
 Ini jenis sepit ketam

 Yang 2 ini pula sepit udang

 Yang ini? Sama macam sepit ketam juga...tapi dia ni jenis menurun berjuntai.
mM tak pandai nama scientific @ botanical name nya; main sebut ikut suka je.
Inilah sebabnya dipanggil bird of paradise agaknya....selain dari bentuk kelopak bunganya yang nak macam burung tu...

cuba perhatikan...


....ada semacam rupa burung, kan?

Monday, June 3, 2013

projek paling membosankan vs yang jadi kesukaan

Lama jugak lah tak menjahit langsir2 ni...maklumlah kebiasaannya, mM menukar langsir di rumah kalau nak buat kenduri kahwin je! Bukan sebab nak raya macam orang lain. Lagipun sekarang ni dok seronok menjahit craft; sebab tak perlu terkira2 ketepatan ukurannya.
Leceh, boring dan jemuuuuu sesangat jika syik dok ngadap benda yang sama berlama2an.
Ayoyoyoooo...memang mM tak boleh cari makan ni kalau nak harap jadi penjahit langsir. Dasar kau pemalas, mM!
Nak dijadikan story, bulan lepas...(oup, bulan April lah, 2bulan lepas tuuu!....lamanya) tetiba bisan mM mengantar kain untuk dijahit langsir raya. Adooooi, serba salah jugalah dibuatnya. Nak diterima, takut tak terjahit..Tak diterima, bimbang kecik hati pula!
Nahhhh...bayangkan, baru hari ni nak usik kain tu. Harap dapatlah siap sebelum tengah bulan Jun ni!

Macam mM tulis di awal2 tadi, mM lebih suka jahit hiasan@kraf khasnya yang tidak terikat dengan tuntutan masa atau date-line. Sesuka hati bila2 masa boleh disiapkan.

Niii, tengok ni....
Selepas solat subuh dan mengaji seperti kelazimannya, pagi sabtu yang lalu mM pun memulakan misi menjahit beg kain ni. Dalam masa kurang 2 jam dah siap!
fabric-bag;
siap ada poket lagi
dan bergetah
Tujuan buat beg ni, untuk mengisi mainan & soft-toy cucu mM; Aqil.
Tuuuu yang tergesa2 dan kalut menjahit tu, takut kalau tertangguh nanti, tak berkesempatan pula dia orang nak bawa balik ke Johor Bharu.
Boleh lah isi semua ni dalam 1 beg...