Di sinilah juga mM bersalinkan kakngah dan kaklang di tahun 1980an dulu; dan adikAisyah pada tahun 1999.
Selepas hampir 2 minggu berulang-alik ke Hospital Taiping, rasa rindu pulak suasana di sana. Heee..rindukan suraunya, kantinnya...walaupun tak ada apa yang bestnya pun.Aqil nyenyak lenanya dalam surau Hospital Taiping |
Masuk melawat 12.30 tengahari sehingga 2 petang; sempatlah babyAqil menyusu-ibu dan bermanja dengan mamanya sekejap. Lepas tu, selesai waktu melawat sessi tengahari; kena tunggu petang pula. nak berulang balik 2x sehari, dah tak terdaya dah rasanya....
Jadi tempat mM, babyAqil dan kaklang lepak dari jam 2 petang tu membawa ke 4.30 petang tentu saja di surau hospital tu...
Aqil je yang tidur, kami 2 setakat merebahkan diri atau berlunjur je....tapi sesekali terlelap juga mM keletihan.
Pagi semalam, bawa baby & mamanya ke hospital untuk appoinment dengan aD.
Alhamdulillah semuanya ok.
Minggu depan rasanya bolehlah mama siAqil tu mula berurut dan bertungku. Aqil pun dah selesai cukur rambutnya.
Sekejap saja 1bulan berlalu...pejam celik pejam celik; dah tak lama ja lagi mereka nak ada dalam rumah ni..
Mesti mM akan merindui suara tangis babyAqil bulan depan.
No comments:
Post a Comment