Wednesday, March 6, 2013

botol plastik air minuman

Kadang2 mm terfikir, apa perbezaan antara perkataan REUSE, RECYCLE & REPURPOSE..
Ya, samalah juga dengan perkataan REDO, REMAKE & REORGANIZE  dan UPCYCLE & UPGRADE..
Kalau nengok kat kamus, memanglah terdapat perbezaan maknanya; namun jika di alam realiti ni...tak banyak berbeza.

Oppp; biarlah mereka yang pakar bahasa je yang cerita fasal ni.
Orang macam mM ni yang sekolah pun setakat tingkatan5 je, apalah sangat yang tahu..., kan?
Takut jadi seperti tikus membaiki labu  pula nanti.

Hari ni nak post fasal botol air yang berlambak kat dapur tu. Orang kata tak elok digunapakai banyak kali; jadi terfikir pula nak buat apa selepas sekali dua guna isi air minuman....

Yang paling mudah, guna buat CORONG untuk menuang atau mengisi cecair seperti minyak, air dan sebagainya. Boleh juga guna untuk menuang kekacang dan bijirin dari bekas besar ke bekas yang lebih kecil.

botol air mineral @ minuman
guna sebagai corong
lebih mudah untuk menuang minyak
dari botol besar ke botol yang lebih kecil


.....dan bahagian bawah botol pula mM buat bagi mengisi segala macam alatan kraf dan stationery.
Cuma, ianya agak lembut dan tak berapa tahan kalau hanya guna botol tu semata-mata.
InSyaaAllah, nanti lain kali mM tunjukkan cara yang lebih sesuai nak men'd.i.y.' @ repurpose botol2 ni.
cantik...selepas dihias
terjumpa kat google,
buat letak cookies dan sebagainya;
sesuai untuk cenderahati.



No comments:

Post a Comment