Sunday, March 31, 2013

rindu..baru sehari

AQILLLLLL........
comeee....
 Benarlah kata orang, kalau stress..pandanglah wajah anak kecil yang tak mengerti apa2 tu; yang suci bersih, yang belum terpalit noda dan dosa...pasti tenteram jiwa raga kita.
Namun...dalam dunia serba mencabar sekarang ni, masihkah lagi terpakai kata2 azimat itu?
Jika benar, masakan kes2 penderaan kanak2 & bayi seakan tiada nokhtah malahan lebih kerap tersiar di media2cetak dan sebagainya itu.
Baru sehari, Muhammad Aqil Iskandar: cucu mM tu balik ke Johor Bharu; dah semacam je rasanya. Sedih, sebak, rindu.
 Semuga Aqil tak meragam yang memungkinkan mama & papa runsing.
Sebaik saja lahir 2 bulan lepas, mM menjaga anak yang bersalin, serta memandikan Aqil...bila hilang dari pandangan, tidak lagi mendengar tangisannya, seakan hidup terasa kosong, dull & boring pula hari nii...
Tak ngapalah...jenuh memujuk hati, untuk menganggap inilah masanya untuk berehat...
 Esok, masih ada sicomel2 lain yang dapat menghiburkan hati dengan tawa-tangis mereka...
Zaheerah...genap 1 tahun
Agilah & Zaheerah
penghibur lara;

periuh suasana
                 Begitulah kehidupan...duka & lara bercampur-baur...

Saturday, March 30, 2013

Langkawi...LIMA '13...??

Cehhhh...bunyinya macam mM pun sibuk kat LIMA '13 lah pulak!
Mm tengok jet/kapalterbang tu dari homestay je..
Sebenarnya, secara kebetulan aja mM ke pulau lagenda tu pada tarikh yang sama berlansungnya LIMA tu. mM pergi mengikuti rombongan pengantin Saadiah. Sempatlah juga menjamu mata nengok orang bershopping sakan di pekan Kuah tu...
mM tak berduit nak memborong serba 'mak-nenek' tu...lagipun tak ada hati dah dengan pinggan-mangkuk periuk-belanga...yang ada kat rumah ni pun dah berkira2 nak mewasiatkan kepada anak-menantu saja dah.
Sekadar membeli beberapa helai kain batik@pelikat dan chocolate untuk anak2-menantu2 yang tak ikut serta.
di Langkawi ni 2 pasangan pengantin adik-abang bersanding  

Saadiah dan Sabrina, adiknya.

Monday, March 25, 2013

selamat berbahagia...

Majlis Akad Nikah: 20/3/2013 Masjid Serdang, Kedah.

Buat sepupu mM; Saadiah binti Johari dan suaminya Izad...

Tahniah, sekali lafaz...



SELAMAT MELANGKAH KE ALAM BERUMAHTANGGA.
atas pelamin
potong kek pengantin

bersama keluarga pengantin perempuan
pa & ma pengantin pun teringin gak nak potong kek...
Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar dan meriah.
kaklang dan ateh (mendukung Aqil) bersama Saadiah

hasil tanganku...

Sejak 20hb mM dan aD syik dok berulangalik setiap hari ke rumah pakteh Johari & makteh Salmah di 300kaki, Kg Sg Kecil Ilir, Serdang, Kedah untuk persiapan kenduri anak sulung perempuan mereka, Saadiah. Sebelum tu, mM pergi juga sesekali untuk bertanya khabar tentang persiapan mereka tu. Lagi pun mereka sekeluarga minta mM hiaskan bilik pengantin dan meja makan pengantin. Itu yang dok pi tengok2 tu...
HIASAN BILIK TIDUR PENGANTIN
warna jingga gold/putih/cream
bunga sudut bilik
hiasan bunga dinding
hiasan kepala langsir
close-up..bunga kepala katil

hantaran dari pihak perempuan

HIASAN MEJA MAKAN BERADAP PENGANTIN
full view: meja makan pengantin

Harap mereka sekeluarga berpuas hati...

Wednesday, March 20, 2013

stuffed soft toy: cubies

Buat mainan kiub ni untuk pertama kali selepas hampir 20 tahun mM tak buat soft @ stuffed toys ni..
Dulu2, selain bentuk kiub dan bola, mM juga buat anak patung, bear dan lain2nya termasuk soft-book.
Baru tersedar...lamanya tak buat, sebab jenuh dok fikir cara2 nak buat patennya. InSyaa Allah, nanti nak cuba buat semula semua tu.
Plan asal nak letak loceng dalam kiub ni, tapi dah terlupa pula. Malas dan mengantuk menghalang mM dari nak membuka jahitan tu semula.
Bagusnya mainan ni sebab ianya lembut, ringan dan sejuk sebab dari kain flannel. Reben2 tu sengaja mM letak untuk baby pegang, gentel dan gigit. It's rattle! Juga boleh buat ganti bantal-bucuk!

Barisan kain2 menunggu untuk projek seterusnya
Berderet kain dalam stock. Hehehe...mesti korang fikir mM ni tailor ke apa yang seumpamanya, kan?
Sebenarnya mM ni memang pantang nampak kain murah kat kedai, mesti nak beli..Itu yang jadi masalahnya tu kalau mM ke Nagoya ke, Fiona ke, Kamdar ke...isssyyy, mesti ada saja kain yang dibeli. Mujur jugalah kain yang 4-5ringgit ke bawah saja yang mM borong tu...jika tidak, tak ke membazir, kan? Beli dan simpan!
antara kain yang baru balik dari kedai
kain perca dan lebihan yang sekian lama setia menanti
yang sudah dijahit -tepi
menunggu untuk kena gunting

Thursday, March 14, 2013

Peniagawati?.....usahawanita...?

Hahahahha...nak tergelak, tergolek guling2 dibuatnya.
Memang kelakar, ketawa sampai sakit perut....
mM saja ja buat page kat face book tu; pada hal barang yang nak dijual tak ada pun lagi.

Persoalan kedua, sempatkah atau ada cukup masa ke nak terima tempahan nanti...!

Antara yang dalam perancangan....
 kraf & hiasan rumah

hiasan dapur 

keperluan bayi

keperluan ibu
.....dan seumpamanya!

Apa2pun, mM harap semuanya akan berjalan lancar dan berjaya.
Mana tau, dari sekadar hobi boleh jadi punca pendapatan pula, kan?
Pada mM, dalam usia macam ni...duit bukanlah lagi matlamat utama bekerja.
Sekadar memenuhi masa lapang selain dapat mengisi kocek...(buku simpanan!); juga boleh berinteraksi dengan orang lain serta memberi peluang dan ruang buat akalfikiran mM mencanai minda agar tidak statik.
Bukan apa, sel2 di otak kita ni kalau terlalu selesa dan tidak dimake-used semaksimum mungkin boleh menyebabkan kita jadi pelupa; ini juga salah satu penyebab kepada nyanyuk...penyakit sinonim dengan warga-emas!
Penyakit pelupa ni, kata orang berkait-rapat dengan tahap peredaran oksigen dalam badan khususnya otak. Dan sebagai seorang Islam, mM yakin kita tentu percaya akan petua ini...MEMBACA AL-QURAN setiap hari!

InsyaaAllah...