Saturday, June 2, 2012

walimatulurus lagi....

Salam, hari ini dan esok rasanya mm tak masak tengahari lah... ada banyak jemputan kenduri.
Hari ni, dah plan mula2 nak ke kenduri setaman rumah mm, di Jalan 4. Lepas tu, nak ke Kg. Ekspo, Taiping, rumah Mariatul Kabtiah; kawan sekolah & seasrama mm masa kat MGS Ipoh dulu tu. Kemudian ke Kg Pinang, Taiping juga; rumah kawan kaklang; anak mm. Dah selesai kenduri di Taiping tu, baru nak ke Kg.Pertama, Butterworth kenduri rumah adik besan mm & ad. Tak tahulah pukul berapa boleh sampai ke "our home-sweet-home' semula.

Tu yang mm menulis awal2 kat blog ni...takut keletihan, lansung tak berblog pula nanti hari ni.
Nampaknya memang tak tercapailah impian nak mula meng'post' & berblog secara aktif selepas kenduri April 2012 tu. Ada saja halangannya...halangan nombor satunya penyakit MALAS tu lah!
Konon2nya nak buat entry untuk diary, untuk tanaman, untuk kraf dan untuk masakan setiap satu setiap hari...(macamlah banyak benar idea dan ilham!)
Hahahaha..alamat tinggal angan2 je la.
Okaylah...mari kita berdoa dulu....
Dan sebelum mm off-line, ni nak bagi sikit nasihat untuk diri sendiri dan kawan2 blog semua...
Nak siap ke...... walimahtulurus...

No comments:

Post a Comment