Saturday, June 2, 2012

Kebun Ramuan

KEBUN RAMUAN
Biasanya Kebun Ramuan ini orang panggil Taman Herba atau Kebun Dapur ataupun disebut juga Edible Garden iaitu tanaman yang boleh dimakan.

Di rumah mm pun ada juga kebun ni tapi semuanya terpaksa ditanam di dalam pasu sebab tak ada kawasan bertanah lansung. Itulah yang sedihnya, banyak tanaman yang tidak dapat ditanam. Semasa rumah mm belum dibuat  renovation, banyak pokok yang dapat ditanam sehinggakan pokok mangga, pisang dan durian belanda pun ada. Termasuk juga pokok mengkudu dan pokok mata kucing. Sekarang ni, mm setakat tanam pokok2 renek untuk kegunaan semasa memasak di dapur saja.


cili padi tengah lebat berbuah
 

Ada pokok kadok, pokok serai makan, serai wangi, pokok lidah buaya, pokok bebuas, pokok pandan, pokok misai kucing, hempedu bumi, cekur, kunyit, halia, lengkuas, cili dan juga limau purut. Pokok anggur dan pokok buah naga pun ada. Ulaman seperti pegaga dan daun selom pun ada juga.

Mungkin kerana ditanam di kawasan berbumbung serta di dalam pasu, kebanyakan pokok2 mm ni ibarat "hidup segan mati tak mahu". Manakala orang yang menanamnya pula seolah-olah tanam bagai "melepas batuk di tangga" sahaja.

Ni mm nak tunjuk pokok2nya...mana tahu mungkin ada yang tak berapa kenal. Lain kali mm cerita tentang kegunaan atau khasiat pula...
cili hiasan
pokok misai kucing
pokok pandan
pokok kadok

pokok kunyit
pokok cekor
pokok sireh
pokok hempedu bumi
pokok bebuas
pokok halia
pokok lengkuas
serai wangi
pokok limau purut
pokok daun kari
cili merah
serai
pokok mengkudu siam

No comments:

Post a Comment