Wednesday, March 13, 2013

kedaiku....

Tolong ke  http://kedaikumakmunah.blogspot.com/
atau join mM di https://www.facebook.com/maimunah.ahmad1/pages/Kedaiku
juga ke sini http://kedaimakmunah.blogspot.com/ @ www.makmunah.my
juga jenguk2 di sini, ya..http://www.makmunahkedaiku.com/
fabric home decorating accessories
We do custom sewing too.
Please take note that custom one cost just a few RM more than ready-made.
So, if you can't find just what you're looking for, we can custom make in any size you need.

Monday, March 11, 2013

re-do: Bantalbantal Aqilah

Sebenarnya dah lama juga dah siap bantal ni..
Ingat nak tunggu siap  teman bantal ni dulu, baru nak cerita kat blog ni...tapi dah berminggu-minggu dah masih tak siap2 lagi sarungnya.
Jadi, letak je lah yang ini...

Bantal lama dah lusuh sangat....
bantal lama yang dah kepek/kemek 
 Isi dalamnya dah jadi segumpal...
isi dalam yang kemek..
Tukar dengan yang baru dan juga jemur isi yang lama.....
baru nampak kembung...
 batang bantal baru....guna sarung bantal panjang yang tak digunakan....
barulah 'fresh'....

Thursday, March 7, 2013

organize & recycle...projek mengemas ruang jahitan

Projek meng'd.i.y' dan meng'reused' @ 'repurpose' balang/botol plastik  bekas  jajan/gula2 beli untuk doorgift masa kenduri tempohari.
pelekat di botol..
1.  tape langsir
tape langsir sebelum ni disimpan dalam kotak kertas
bila letak dalam botol ni,
baru boleh lihat berapa yang ada...
& senang sikit nak mencari
Inilah kotak kertas tempat biskut tu...
2.   perca dan lebihan kain
Perca2 kain mM letak dalam kotak kasut, manakala kain lebihan @ reja2 kain pula banyak yang dibungkus dalam beg plastik.
Mesti korang heran kan, macamana mM ada banyak kain2 perca dan reja tu padahal mM bukannya tailor, kan?
 Sebenarnya, mM selalu minta balik kain lebih setiap kali menghantar tempahan baju dari tukang jahit. Lama kelamaan, situkang jahit pun dah faham dah fe'el mM....!

3.   menggantung riben
 Riben2 mM tak lah banyak. Selalunya mM beli cukup2 untuk kegunaan semasa ja; tak adalah beli stock untuk simpanan.

4.    membungkus dengan fabrik botol/balang 
        projek tertunggak ni....k.i.v.

Wednesday, March 6, 2013

botol plastik air minuman

Kadang2 mm terfikir, apa perbezaan antara perkataan REUSE, RECYCLE & REPURPOSE..
Ya, samalah juga dengan perkataan REDO, REMAKE & REORGANIZE  dan UPCYCLE & UPGRADE..
Kalau nengok kat kamus, memanglah terdapat perbezaan maknanya; namun jika di alam realiti ni...tak banyak berbeza.

Oppp; biarlah mereka yang pakar bahasa je yang cerita fasal ni.
Orang macam mM ni yang sekolah pun setakat tingkatan5 je, apalah sangat yang tahu..., kan?
Takut jadi seperti tikus membaiki labu  pula nanti.

Hari ni nak post fasal botol air yang berlambak kat dapur tu. Orang kata tak elok digunapakai banyak kali; jadi terfikir pula nak buat apa selepas sekali dua guna isi air minuman....

Yang paling mudah, guna buat CORONG untuk menuang atau mengisi cecair seperti minyak, air dan sebagainya. Boleh juga guna untuk menuang kekacang dan bijirin dari bekas besar ke bekas yang lebih kecil.

botol air mineral @ minuman
guna sebagai corong
lebih mudah untuk menuang minyak
dari botol besar ke botol yang lebih kecil


.....dan bahagian bawah botol pula mM buat bagi mengisi segala macam alatan kraf dan stationery.
Cuma, ianya agak lembut dan tak berapa tahan kalau hanya guna botol tu semata-mata.
InSyaaAllah, nanti lain kali mM tunjukkan cara yang lebih sesuai nak men'd.i.y.' @ repurpose botol2 ni.
cantik...selepas dihias
terjumpa kat google,
buat letak cookies dan sebagainya;
sesuai untuk cenderahati.



Sunday, March 3, 2013

selamat hari jadi Hanim

Buat menantu mM;  FARIDAH HANIM
 ingat ni....
 juga ini....
...dan


sarung bantal panjang


Alhamdulillah, selesai sudah projek jahitan ini setelah beberapa minggu tertangguh.
Menjahit sarung bantal panjang @ bantal peluk @ bantal dakap kepunyaan kakNgah.
yang ni ikat dengan bias-binding putih
Buat 2 helai, coraknya sama. 1 warna pink, 1 lagi warna merah.
mM cuma tukar corak belangnya saja; 1 buat melintang dan 1 lagi buat memanjang.
yang ni guna reben merah
yang warna kelabu tu sarung contoh,
sarung yang lama.

Friday, March 1, 2013