Wednesday, June 20, 2012

selepas 1976...bersama Shidah

Roshidah bt Alang Ishak, kawan seasrama mm semasa di sekolah menengah Methodist Girls School Ipoh dulu. Inilah pertama kali jumpa selepas 1976.
Dia masih cergas dan maintain slim.
Mulut tetap becok macam dulu2, peramah periang dan aktif betul; dah panjat serba gunung...Gunung Kinabalu tu selepas umur 45tahun pun terdaya lagi mendaki! Bertenaganya dia, positif minda dan fizikal walaupun masih lagi mendapatkan rawatan berkala tentang penyakit kanser lymphoma.
dari kiri:- Ani Nawawi, mm, (berdiri)
Ati, Shidah, Naem, (duduk)
Yati Shaari (duduk depan)


dari kiri depan  duduk:Safatimah(Ati), berdiri: Shidah
duduk: mm, berdiri; Yati Jamaluddin
1975 MGS Ipoh

Tuesday, June 19, 2012

erti jalinan persahabatan...

 Menjalin hubungan baru memang mengujakan; tetapi mengekalkan hubungan itu yang mencabar.

Pernah tak kita terfikir, kenapa perlunya kita berhubungan dengan orang2 yang sekian lama tidak kita temui?
Hatta orang yang disekeliling kita pun, kalau tidak diperbaiki hubungan sesama sendiri, pasti tidak akan menjadi rapat, kan?
Semua ini bagi mm adalah sesuatu yang akan jadi kenangan dan nostalgia yang sukar untuk diungkap dengan kata2.....
Sebab itu sedapat mungkin mm akan cuba menunaikan jemputan kawan2 atau saudara samada untuk kenduri walimatulurus atau sekadar melawat berziarah bertanya khabar.
Satu je sikap buruk mm ni, mm tersangat lah MALASnya untuk berhubungan melalui talipon; kecuali sms. Entahlah, kenapa!

Biasanya setiap kali pergi ke mana-mana, mm akan bawa kamera untuk merakamkan gambar buat kenangan; tapi ada juga yang kadang2 bawa kamerapun, tak sempat nak bergambar disebabkan keadaan yang tak sesuai...Kadang2 tu pula terlupa yang kamera ada dalam handbag!

Ni nak post sikit gambar2 kenangan....

Kenduri anak pasangan kawan sepejabat semasa di Tg. Karang; Zaharimah dan Razak
bergambar  semasa makan kenduri di Kuala Lumpur
Kenduri anak saudara bisan mm
Bersama pengantin di kenduri Kg. Pertama, Butterworth
Kenduri rumah kawan lama mm di Taiping: 
Bersama emak pengantin; Che Maimunah bt Yunan;
kawan mm semasa di sekolah rendah
40 tahun baru jumpa semula...
terimakasih facebook!



Monday, June 18, 2012

menziarah Ati...

dari kiri: Ani, mm, Safatimah, Shidah, Naem & Yati
Semalam 17/6/2012, ahad; mm berkesempatan pergi ke Sri Iskandar menziarahi kawan seasrama Ati (SAFATIMAH TAHIR) yang mm ceritakan dalam post 3-4 hari lepas tu. mm pergi dengan kawan terapat @ jiran terdekat Naem NAEMAH ASMAWI serta suaminya. Singgah di rumah Ani NORAINI NAWAWI sementara menanti Syidah ROSHIDAH ALANG ISHAK. Sebaik saja sampai di rumah Ati, macam dijanji2kan, Yati NORHAYATI SHAARI pun baru saja tiba.

Sebak, sayupilu bercampurbaur dengan kesedihan,
hati rasa terharu fikiran jadi terganggu.....
bersama Ati (bertudung biru gelap)

bergambar di depan rumah sewa Ati 3beranak.


happy birthday, AbahDin(ad)




SELAMAT HARI JADI yg ke57tahun, ad

Sunday, June 17, 2012

salam Israk Mikraj





kawan satu dorm

Sejak 1976, mm tak pernah berjumpa lansung kawan2 yang sedorm masa kat asrama panjang ni. 
Baru minggu lepas dapat gambar ni ditag oleh seorang kawan kami.
Seronok sangat, semuga 1 hari nanti mm dapat bertemu semula dengan mereka, InsyaAllah. Tentu banyak yang nak diborakkan.
RUBIAH DAHALAN (ORR) bertudung
& MAHZOM MOHAMAD (CHOM)

selamat hari bapa...

HAPPY FATHER'S DAY

Al-Fatihah


 buat almarhum ayahanda; 
kenangan bersamamu
terabadi di hatiku .

Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu...
aminnn