Monday, August 19, 2013

salam berhariraya...

Minggu ni anakmenantu mM balik sekejap untuk memenuhi undangan majlis2 perkahwinan kawan2nya. Jadi, terisilah sedikit kesunyian mM.
Hari Jumaat, petang; tetiba ja kawan MGS mM; Maznah bt Tak muncul dengan anak2, sepupu serta mak-saudaranya. Datang menyinggah nak beraya. Mereka dari USM Pulau Pinang. Seronok sangat dapat berjumpa mereka. Terima kasih, Maznah. Maaflah tak dapat menjamu apa2 yang istimewa, setakat biskut raya biasa2 saja. Kalau diberi notis awal; bolehlah disediakan sedikit berbeza!
Apa2pun, terimakasih banyak2.

Terlihat dalam facebook semalam gambar  en.Zul sekeluarga ni bersama anak2 dan isterinya, Umi.
En.Zul ni kan pelakon dramaGERAK KHAS tu.
mM kenal mereka sekeluarga ni semasa tinggal berjiran di Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dulu tu. Anak lelakinya tu mM yang jadi baby-sitternya. Sampai ke hari ni mM dan Umi tu masih lagi berhubungan.

Sunday, August 18, 2013

lagi & lagi...walimatulurus!

Sejak hari raya ke2, dah ada jemputan kenduri kahwin. Kenduri2 tahlil, kesyukuran dan  open house tak payah dikiralah. Alhamdulillah, rezeki...tapi nak memenuhi undangan tu yang pening. Kalau semuanya berdekatan, tak ngapalah juga.

Semalam, jemputan dari Hannah Tajuddin Bandar Sri Iskandar terpaksa tidak dipenuhi. Memandangkan dalam taman kediaman mM sendiri ada 4 majlis makan tengahari; memanglah tak termampu untuk memenuhi kesemua undangan luar kawasan. Tak terkejar masa!

Jamuan makan kenduri semalam ada keistimewaannya di 2 rumah yang mM pergi. Selain dari nasi lauk kenduri yang biasa tu, di rumah Pah & Mat Isa Polis tu ada hidangan rendang arnab; sebab mereka ni menternak arnab. Juga menjual, memproses serta menjual daging arnab yang siap dimasak.
Dari pembacaan mM, banyak khasiatnya daging arnab ni. Cuma tak perlulah mM menuulis panjang2, korang googlelah sendiri, ya! Malas pula nak tolong google, copy & pastelah hari ni.....

Yang 1 kenduri lagi tu, rumah kawan anak mM, Din, kerja polis juga; keluarganya jiran jalan sebelah dari rumah mM ja. Mereka ni terkenal sebab berjualan putumayam di pekan Bagan Serai.
Berketurunan India Muslim @ mamak dan cateringnya pula semalam tu terdiri dari kalangan saudara-mara mereka juga...selain masakan ayam, acar buah dalca dan sebagainya....apalagi pastilah ada, pure beriani kambingnya!
kurma kambing....pasti menyelerakan!
mM ni, kalau fasal makan...sedap saja semuanya! Mujurlah belum didatangi apa2 penyakit yang memerlukkan membawa bungkusan coklat  dalam begtangan bila bepergian!
Syukur sangat2.
Alhamdulillah.
SAYU SUNGGUH BILA BACA & TENGOK YANG NI.....
teringat  semasa kecil & hal2 30 tahun lalu...
betapa jiwa kita sentiasa merungut
dengan kehendak yang emak-ayah tak dapat penuhi atau tunaikan;
hatta dalam mulutpun mereka sanggup luah untuk diberikan kepada anak2...
cuma kita ja yang tak matang berfikir serta tidak pernah mahu menghargai pengorbanan mereka.
YA ALLAH,  AMPUNILAH DOSA2KU TERHADAP KEDUA IBUBAPAKU..aminnn

Semuga kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur rahmatNya...

Friday, August 16, 2013

berlalulah sudah kemeriahan.....berhariraya!

Makan ramai2; berbuka & bersahur:- memang menyeronokkan

Sehari sebelum raya.....
Mengulit pulut; Menganyam daun palas.
Seronok, berkumpul anak2menantu2 bersama emak mM.
Pakat2 belajar membuat ketupat pulut daun palas.
MakanBesar...petang last puasa
Berkumpul semua anak-beranak; serta keluarga adik mM.
KELUARGABESARKU...

Di pagi raya; selesai solat sunat Hari Raya


Mengambil giliran memberi dan memohon kemaafan....
juga menanti duit raya, hehehe....menunggu angpow!

Selesai bersalaman dalam rumah, berangkat menziarahi sanak-saudara di Nibong Tebal.
Terjumpa kereta sorong ni di rumah Pakteh mM......
Wahhhh, cucu mM bukan main seronoknya dia! Maklumlah selama ni disorong dalam stroller moden yang tak dapat nak nengok tanah...dikepong sekeliling dengan segala macam 'bumper'!

Raya ke2 buat open-house; untuk kawan-kawan2 anak2 mM serta saudara-mara.
AbangMad mas omar dan kak sawiyah pun datang.
Terimakasih.

Raya ke3; anakmenantu pulang ke rumah besan pula.
Sunyi kembalilah rumah mM!
Niiiii yang sayu hati niii..


Sunday, August 4, 2013

Buat duit poket dengan internet...


Huuuukkkkhukkkkhaaaahaaaa....hehehhheee...
Lawak lawak lawak;
kekeekkk....memang lawak betul lah orang tua ni, kan?
Agak2nya dah jatuh papa kedana sangat ke dah dia ni, simakMunah kita ni?
Adooooiii, kesian. Kesian.
Dan Kasihannnn.

Mesti korang sedang senyum sumbing, tersengeh ataupun terbahak-bahak gelak, kan?
Yaaa lahhh...ketawalah, ketawalah sebanyak mana korang nak. Gelaklah selama mana pun.
Tak da sesiapa nak marah hatta mM sendiri.
(bukan sikit punya sedih dan pilunya hati dibuat gitu!)
mM memang tak dapat nak menstopkan gelak-tawa korang pun.
Ayat Surah Yassin ini untuk tenteramkan jiwa dan
menghilangkan rasa sebak, kecewa & sedih;
 baca dan urut dada beberapa kali.

Sebab nak cari duit dengan internet ni lah yang buat mM tak berposting cerita terbaru di sini. Bukannya sibuk buat biskut raya ke, jahit baju raya ke, jahit langsir baru ke...

Mesti korang kata mM dah buang tabiat kot, ya! Mungkin lah...ajalmaut bukan kita yang tentukan. Nyawa di tangan Allah. Jadi, bab buang tabiat sebab dah dekat nak mati tu...tak berani nak komen banyak2 lah.

Sebenarnya mM tengah dok belajar buat website sendiri macam yang mM tuliskan tempohari. Konon2 nak grab dana gran GMBO yang katanya ramai yang tak tahu dan saja2 tak ambil pot. Alaaaa, small value ja tu, setakat amaun banyak tu jadi taik gigi aku je, mM!
Kan??? Kan??
Buat apa nak susah2kan diri nak minta sedekah macam tu, mM!

mM ni kalo korang nak tahu, amat sangat prihatin & patriotik...(ooo ya, korang dah pasang bendera Jalur Gemilang tak lagi di rumah korang?)
mM pun dah terlupa dah yang sekarang dah masuk dah bulan kemerdekaan. (berapa banyak ko punya 'dah' laaa mM!)
Cepatnya masa berlalu. Rasa baru lagi mM menulis fasal bendera & merdeka ni tahun lepas. Harap raya ni, bila along acik balik, bolehlah minta anak2-jantanku itu tolong sangkutkan bendera kat mana yang patut. (Alhamdulillah, syukur....Allah kurniakan anak2 lelaki-perempuan untuk mM; boleh menolong hal2 dalam dan luar rumah!)
Dik kerana patriotik ni lah, apa juga kebaikan pihak pemerintah buat mM akan sokong. (Ini bukan kenyatan politik, tau....tak kira parti apa pun memerintah, yang baik & elok; sokong. Yang memudaratkan, kita komplen lah!)

Lepas tu kan, mM cuba nak jana income dari nuffnang. Ini lagi kelakar, dah 2 tahun berblog, tengok2 baru dapat RM5+ ! Apalaaaah nasibku...

Begitu juga dengan 8share, RM6 lebih ja....

Sebenarnya apa yang mM nak bagitau kat sini, sebenarnya tak rugi pun mencuba sebab bukan kena bayar apa2pun. IT'S FREE. Sambil2 berblogwalking, berblog dan berfacebook tu...bak kata orang SAMBIL MENYELAM MINUM AIR (tapi di bulan Ramadhan ni, janganlah pulak cari fasal...menyelam2 minum air pulak!) Baru iya, hancuzzzzzz puasa ko!

Dalam dok baca2 tu, ceritanya kalau cara link affiliate pun boleh buat duit juga, tanpa keluar modal cash! Nanti nak try laaa...alaala bukan rugi apa2, biarkan link tu menempek ja kat blog kita. Bukan kena berjual atau membeli apa2.

Issssyyyy, isyyhhh...dah mata duitan betul mMku sayang ni!
Hemmm, tak lah...
Saja2 seronok.
Macam dulu nak berblog, saja2 seronok. Begitu juga berfacebook, saja2 seronok ja....tapi kemudian jadi lebih seronok pula sebab dapat ketemu semula kawan2 lama disamping menambah kenalan baru.
Macam dok tempel iklan ni lah..manatau kalau dapat bayaran walaupun ciput je; kok kok lepas duit internet tu!

Okaylah, ni mM nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK2 SERTA SELAMAT HARI RAYA, bimbang esok lusa anak2menantu2cucu2 berkumpul, mM tak sempat nak post cerita terbaru pulak nanti. Jadi eloklah minta maaf awal2. Kepada yang bukan beragama Islam pun, marilah sama2 kita raikan.
Sesiapa yang nak datang beraya ke rumah mM, dipersilakan. HARI RAYA KE2, JUMAAT selepas 2 petang, tau! Kalo datang awal pagi, pastinya anda tidak akan dilayan!









Sunday, July 14, 2013

oh...sedapnya manis2

bubur som-som @ lompat tikam
(versi mM)
Dalam bulan puasa ni, sedapnya makanan manis2, kan? Air sirap merah pun dah terasa keenakannya.
Tapi, awas kekawan blogger semua, itulah perangkap maut yang paling kita tak terperasankan.
dadih
mM sekadar nak peringat diri sendiri disamping nak refresh amaran Kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Kesihatan!
Fuuuyooo, mM.....sejak bila pula jadi jurucakap  'orang klinik' ni?
mocha caramel pudding
Sebenarnya, mM dah jadi risau melihat aktiviti makan mM  sepanjang 3-4hari berpuasa ni.
Apa tidaknya, hari2 mesti mau makan manisan/dessert. Air bergula lagi. Makanan lauk-pauk bersantan, bergoreng berminyak....aloloooo, hendaknya janganlah beraya atas katil wad hospital pulak nanti.
agar2 santan
kari...!
Ya Allah Ya Rabbi, ampunnnnn....tolonglah selamatkan mM ni.
Jauhkanlah dari sebarang penyakit kronik, setakat demam & sakit gigi tu, tak ngapalah lagi. Bertahan ajalah!
Berilah kesihatan yang baik, akal fikiran yang waras sepanjang hayat.
Ya Illahi....kuatkan tubuhbadanku....agar mudah nak beribadat, agar sempat nak ke Mekah, agar dapat aku berbakti dengan emak dan suamiku, paling tidakpun sebagaimana telah kulakukan terhadap aruah ayah.....
Sesungguhnya Engkaulah Ya Allah Penjaga Sekelian Alam,
aminnnn.

Thursday, July 11, 2013

Sakit gigi punya fasal....

Banyak hari juga dah mM tak meng'update' blog ni...
Bukannya sibuk sampai tak sempat nak buka computer. Sebenarnya, mM menyibuk dok menggodek...(apa ke benda nya tu?) Kekekekehhh....entahlah, perkataan apa tu!
Macam ni, macamniiii...mM sibuk dok try nak buat laman web. Hahaha..lagi kelakar mM ni, kan?
Mesti korang fikir mM merapu, kan? Dah buang tabiat ape ke orang tua ni!

Tak da paaa...memang saja2 ja nak mencabar keupayaan serta kebolehan diri!
Rupa2nya, susah juga ya nak bina website sendiri. Patutlah kos upahnya mahal bebeno!
Domain dah beli, hosting pun sudah...tapi payah benar nak set-up; nk upload  download  itu ini lah pulakkk. Computer mM ni pulak bukannya versi terbaru...banyak yang tak lengkapnya. Ambik ada jeee.
Last last, tukar blogspot ajelah ke dot com (.com); lepas setahun nanti, alamat tukar ke blogspot balik lah. Senang, dah tentu free!

Hampir seminggu lebih dah, sakit gigi kembali menyerang..
Bukan gusi dan pipi saja yang terasa membengkak, bibir pun rasa pedih. Adoi, nak ke dental; takut. Dah tuuu, jenuhlah menanggung sakitnya.
Ini...namanya ja ubat gigi, tapi kalau korang nak tahu...macam2 sakit boleh dilegakannya. Bisul, jerawat sakit sendi dan banyak lagi.....tapi itu kata orang lah kan, mM tak pernah mencuba lah untuk redakan sakit2 lain tu.
Bagi mM, benda ni cuma mM khususkan untuk sakit gigi ja.....sebab sakit lain setakat ni, boleh lagi mM hadapi dengan sabar dan tabah, kecuali yang sakit 1 ni.....adooooiiii, adoi mak..sakitnya gigi!
Guna ubat ni, di oleskan ke tempat yang sakit atau yang berlubang tu.
Sebenarnya ubat gigi Dr. RODZI ni memang lama dah terkenal dan dah banyak dah dapat penghargaan dari segi perubatan.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang carilah sendiri ya. 
mM malas nak copy-paste!

Ni, pun mM suruh aD beli di farmasi.
mM suruh dia beli ubat sakit gigi, nahhhhh...dibawa balik yang ni...ubat titis atau sapu.
mM tak gunakan pun sebab tak berapa berani nak pasti, dibuat dari apa.
Ubat titis...tengok botolnya tu, macam botol minyak wangi arab; minyak attar tu, kan? Siap disertakan dengan putik kapas lagi.

Hahhhh...yang 2 ni, mahal sikit, jadi mM sayang nak guna kerap2 sebab nak gunaka untuk perkara2 lain. Sakit lutut, sakit tumit, tergeliat dan serbaserbi dok tenyeh dengan minyak zaitun, minyak habbistussauda (eja pun tak botoiii ni). Makan boleh, untuk memasak pun boleh digunakan. Nak bagi licin jari kaki yang kematu (keras macam batu!) pun boleh.

Wahhh...hari ni, cerita azabnya sakit gigi tak seberapa, lebih kepada dok mengiklankan barang pulak dah..
Bukannya apa, manalah tahu kalau2 ada yang sakit gigi...bolehlah cuba ubat2 ni pula. Jangan asyik dok telan panadol je, kata orang banyak mudaratnya. (Nota: ni bukan kes nak condem, tau!)








Monday, July 1, 2013

makan kenduri lagi..

tuan rumah (tengah
Semalam, mM dan aD pergi ke Batu Gajah, Perak.
Pergi berdua ja, sebab adikAisyah ada pelbagai hal di sekolahnya. Mujurlah kaklang ada, boleh tolong uruskan menghantar dan mengambilnya sebelah pagi dan tengahari tu.
Majlis walimatulurus anak kawan sehostel masa kat MGS dulu; Norshamsiah.
Sebelum kami pergi ke rumah kenduri tu, kami pergi ke rumah Rosminah dulu. Saja2 ja, nak tengok di mana rumahnya, dah terlanjur sampai ke Batu Gajah tu. Tapi tak masuk dalam rumah pun, sekadar menyerahkan batang pokok bunga kesidang ja. Lagipun Ros anakberanak dah ready nak ke rumah kenduri tu, kalau menyinggah...alamat sembang lama lagilah pulak!
Kami pun pergi berkonvoi ke rumah kenduri Norsham tu.
Mujur ada Ros, kalau tak... susah juga nak mencari rumahnya..maklumlah mM dan aD pun dah lama dah tak meronda di sini. Dulu2 semasa tinggal kat Ipoh tu, kerap jugalah kami bersantai kat pekan Batu Gajah ni..
Malangnya, mM tak nunggu lama kat rumah kenduri tu. Jadi tak sempatlah jumpa geng yang lain. Ke rumah Rosminah pun tak pergi dah selepas tu, dok berebut nak balik. Nak kejar masa untuk ngambil adik dari sekolah.
dari kiri mM, Norshamsiah dan Rosminah
semua dah bermata 4...
nampak teruk betul mM...perut dah meninggi tu!
nak kena lebih exercise ni...