Sunday, August 18, 2013

lagi & lagi...walimatulurus!

Sejak hari raya ke2, dah ada jemputan kenduri kahwin. Kenduri2 tahlil, kesyukuran dan  open house tak payah dikiralah. Alhamdulillah, rezeki...tapi nak memenuhi undangan tu yang pening. Kalau semuanya berdekatan, tak ngapalah juga.

Semalam, jemputan dari Hannah Tajuddin Bandar Sri Iskandar terpaksa tidak dipenuhi. Memandangkan dalam taman kediaman mM sendiri ada 4 majlis makan tengahari; memanglah tak termampu untuk memenuhi kesemua undangan luar kawasan. Tak terkejar masa!

Jamuan makan kenduri semalam ada keistimewaannya di 2 rumah yang mM pergi. Selain dari nasi lauk kenduri yang biasa tu, di rumah Pah & Mat Isa Polis tu ada hidangan rendang arnab; sebab mereka ni menternak arnab. Juga menjual, memproses serta menjual daging arnab yang siap dimasak.
Dari pembacaan mM, banyak khasiatnya daging arnab ni. Cuma tak perlulah mM menuulis panjang2, korang googlelah sendiri, ya! Malas pula nak tolong google, copy & pastelah hari ni.....

Yang 1 kenduri lagi tu, rumah kawan anak mM, Din, kerja polis juga; keluarganya jiran jalan sebelah dari rumah mM ja. Mereka ni terkenal sebab berjualan putumayam di pekan Bagan Serai.
Berketurunan India Muslim @ mamak dan cateringnya pula semalam tu terdiri dari kalangan saudara-mara mereka juga...selain masakan ayam, acar buah dalca dan sebagainya....apalagi pastilah ada, pure beriani kambingnya!
kurma kambing....pasti menyelerakan!
mM ni, kalau fasal makan...sedap saja semuanya! Mujurlah belum didatangi apa2 penyakit yang memerlukkan membawa bungkusan coklat  dalam begtangan bila bepergian!
Syukur sangat2.
Alhamdulillah.
SAYU SUNGGUH BILA BACA & TENGOK YANG NI.....
teringat  semasa kecil & hal2 30 tahun lalu...
betapa jiwa kita sentiasa merungut
dengan kehendak yang emak-ayah tak dapat penuhi atau tunaikan;
hatta dalam mulutpun mereka sanggup luah untuk diberikan kepada anak2...
cuma kita ja yang tak matang berfikir serta tidak pernah mahu menghargai pengorbanan mereka.
YA ALLAH,  AMPUNILAH DOSA2KU TERHADAP KEDUA IBUBAPAKU..aminnn

Semuga kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur rahmatNya...

No comments:

Post a Comment