Sunday, May 5, 2013

PRU-13


Seawal 9 pagi tadi, mM sekeluarga dah keluar membuang undi.
Kali ni aD & mM  mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Buluh, Bg. Serai, Perak.
Selalunya di Pertubuhan Peladang Kawasan Jln Taiping. 
Tak tahulah mM, samada pusat undi yang lama tu sudah tak digunakan ke lagi..

Along, Angah dan Alang memang baru inilah pertama kalinya mengundi. Ateh pun, namun tak dapat balik dari Johor. Acik pula, baru Januari 2013 mendaftarnya!
Kami keluar awal sebab tak nak berbaris panjang, lagi pula Along terpaksa pula bekejar ke Behrang sebab isterinya mengundi di sana. 
Semasa mM menulis ni, Alhamdulillah..Hanim dah pun selesai mengundi.
Kali ni SPR menggunakan dakwat untuk menandakan seseorang sudah mengundi.
Dulu, dipertikaikan 'pengundi hantu' tapi sekarang pun TETAP juga dipertikaikan...malahan lagi teruk!
Dulu, suruh letak tanda/dakwat kekal, dah dibuboh...kecoh pula pasal tak kekal! 
KEKAL? Cat rumah pun tak kekal, oooi..; dah tu yang korang sibuk2 pi basuh, tonyoh lah..sapa suruh? Kasik rendam clorox lah itu jari, lagi cepat lunturnya!
Macam2 hal, sengaja suka buat kecoh.
Macam tu juga dengan pengundi hantu...peninglah kita yang orang2 biasa2 ni memikiau nya.
nak solat asar...masih gelap lagi dakwat kat jari tu..
Itulah....buat apa, kita sibuk2 memfitnah maki sana-sini walhal kita sekadar dengar cerita atas cerita ja... asyik dok 'copy n paste' fitnah di laman2 sosial maya!

Moh relax je lah, apa2pun...
Bagi mM, .....yang pentingnya mM sudah tunaikan tanggungjawab dan kewajipan sebagai seorang warganegara kepada negara yang merdeka lagi berdaulat ini. 
NO, NO, NO katakan TIDAK untuk yang suka membuat kacau-bilau, huru-hara dan mengganggu-gugat kestabilan Malaysia....tak kiralah dari pihak parti apa pun, juga dari dalam atau luar negara.

Friday, May 3, 2013

ros kuning..

Ni nak tunjuk2 gambar bunga ros yang sudah lama berkembang di taman mM...
asal2nya warna kuning pekat..
sayang tak teringat nak ambil gambarnya
kemudian beransur2 menjadi kuning lembut
ni dah hampir nak gugur petalnya lah ni..

Thursday, May 2, 2013

27hb April, 2013

Ni dia yang ditunggu sudah tiba....
mM, Yati dan Sa (belakang)

Cantik rumah Ani. Besar rumah besar juga landskapnya.
Noraini Baharom (tuan rumah), Naemah Asmawi, Sapiah Yusof, mM dan Norhayati Shaari
Sayang tak sempat nak bergambar dengan Noraini Nawawi...(syyyy, jika lahhhh ada yang meletak gambar kat fb mereka nanti, mM 'curi'......boleh share di sini!)
Lihatlah, kawan2 seasrama tahun 1972 dulu, masih maintain anggun lagi! mM terkecuali lahhhh...
Rumah cantik, 
lokasi menarik;
Tuan rumahnya baik, 
hati kami tertarik....

Terimakasih banyak2 Ani, makanan sedap2 belaka; siap ada bekalan bawa pulang lagi!

Terimakasih Naem, sebab ambil gambar2 ni.....kenapa tak berblogging lagi ni...?

Dan buat kekawan semua, di mana juga berada..
sesungguhnya,
sejujur kata, mM memang tak pernah melupai kalian...
apakah kalian juga begitu?

Wednesday, May 1, 2013

cuti...HARI TAK BEKERJA

Harini cuti...cuti bekerja, sebab Hari Pekerja...
Jadi...mM pun cuti memikirkan apa2 nak tulis kat blog ni....sekadar nk postkan kata2 yang menarik yang mm kutip di google tu untuk sama2 kita muhasabah diri sebelum membuat sesuatu pekerjaan.
Biarlah kita....
...agar setiap usaha kita mendapat kepercayaan orang, kerana sesungguhnya...
...kerana setiap usaha memberi pengalaman.
Oleh itu...
 walaupun...
....sesungguhnya.....

Tuesday, April 30, 2013

re-organize...kain2 perca & fabrik kraf

SEBELUM

Cer tengok....
dalam beg plastik
 Kain perca, lebihan-baki jahitan, fabrik kraf serta kain yang baru dibeli....
atas meja
Main campak2, sorok2, sumbat2 ja.....
Senangnya hidup!
....tapi susah hati melihat segala macam berserabut tu.

Jadi, untuk menyenangkan hati dan menenangkan jiwa, mM pun sejak seminggu ni gigih bukan main lagi mengatur semula apa yang patut....


SELEPAS

Nahhhh.....dah cantik tersusun dah..
Berlipat macam kat kedai laaaa pulakkkk...
Caranya...
1. Potong kertas keras atau kotak dalam size 4"x6"; jika kain baru beli dan ada tempat nak simpan, boleh ja buat size tinggi macam di kedai tu!
 2. Lipat kain menjadi selebar kotak tadi.
 3. Gulunglah kain sehingga ke penghujung.
4. Semat dengan jarum peniti yang berkepala; seeloknya berlainan warna dari kain supaya senang nak cari permulaannya bila nak dibuka.
Hahaha... senang ja, kan?

Kain2 yang besar dan lebar bolehlah dibuat cegitu. Kalau yang kecil2 tu, elok letak dalam kotak atau bakul.. tapi mM masukkan ke dalam balang/botol plastik macam ni...


Esok atau lusa nak disusun ikut warna kain.
Selepas tu mM nak kena mengemas yang di kelilingnya tu la..
Harap2 tidaklah mengambil masa lama sangat, manalah tahu...kain2 tu berselerak semula nanti.

Kepada yang menjahit atau mengkraf(?), tentu korang pun bermasalah dengan kain2 berlambak ni, kan...ayuh mengemas sebelum menggunung!
Alhamdulillah...saya sudah.
Anda bagaimana?

Monday, April 29, 2013

menanti....

hehehhe...
mM pun sama lahhhh...dok check nengok kot kot ada apa2 berita dari anak2 ke, kawan2 ke...itu ja.

2 hari ni dok check kemungkinan kawan@jiran mM, cikgu Naemah tu dah masukkan gambar2 semasa kami pergi ke rumah Noraini Baharum sabtu lepas. Nampaknya...tak ada juga. Jadi tak bolehlah nak cerita panjang2 kat sini hari ni...

Bukannya apa, mM ni kalau dah lama2 nanti lansung terlupa apa yang hendak diceritakan tentang perkara berkenaaan.

Hari sabtu 27hb tu, terlupa nak bawa kamera antik mM tu...
Tu yang harapkan mereka ja shoot gambar2 kami tu.....kalau tak, rasanya malam sebaik selesai Isyak selepas sampai rumah tu mM dah masukkan gambar2 kami tu. mM ni kan cekap kalau hal2 macam tu! Heheheeh..masuk bakul angkat sendiri tu!
Nak guna handset pun, malu lah pulak.....awak punya ni yang dah out of date punya fashion.

Apa2pun, bersyukurlah...

Nampaknya  mM masih menanti...
dan akan terus sabar menanti...
...nak tengok gambar2 tu....

Tak pa, Naem...
takes your time,
Akhirnya....marilah kita,

Saturday, April 27, 2013

selamat hari jadi acik

Sesungguhnya...

Macam tak percaya ja..cepatnya masa berlalu...
Happy birthday, acik 
Serasa baru semalam, keluar dari wad bersalin Hospital Alor Setar, Kedah...
Sekarang, anak2 semua dah dewasa. Dah meninggalkan rumah yang dulunya riuh-rendah hiruk-pikuk dengan jerit gelak-tawa tangis dan gaduh mereka.
Sekarang semua dah ada keluarga sendiri...

 Sekarang hanya doa yang dapat mengiringi kalian.
Dan 27/4/1997...
untuk acik, MOHD. AFIZUL IKHWAN...

Sekarang, yang tinggal hanyalah kenangan buat seorang ibu..
 Sekarang....anakku...