Sunday, January 6, 2013

tutorial: Bedung bayi moden


Asal2 sejarah Baby swaddle wrap/ blanket atau biasanya orang kampung dulu panggil bedung itu sebenarnya perlu untuk bayi dari 0-3/4 bulan bagi mengelakkan ia menangis apabila terkejut dengan sesuatu bunyi dan gerak. Lagipun dengan membedung, bayi akan tidur lebih lama dan nyenyak; alasan yang paling lojiknya..bayi mungkin masih terbawa2 keadaan di dalam rahim ibu, merasa selamat gitu! Itu sebabnya, bayi sangat elok dibedung sewaktu tidur malam.
Sayangnya, orang sekarang sudah tidak mahu gunakannya lagi, kononnya dikatakan kolot....tapi mereka ni tak tahu yang di negara barat, orang putih masih membedung bayi mereka. Malah mempermodenkan rupa bedung yang asal2nya dulu hanyalah secebis kain dari tampal-cantum (patchwork) dan quilt. Kalau kat negara kita, dulu2 tu guna kain batik atau kain pelikat yang dikoyak jadikan 3-4 keping. Kemudian, bila ekonomi orang Malaysia semakin baik, kita pun beralih ke kain lampin atau selimut/ blanket khas.
Di barat mereka 'bungkus' bayi bagi elakkan sejuk melampau juga, sebab tu biasanya kain bedung dibuat berlapis dan dari fabrik tebal. Kita di negara2 Khatulistiwa ni guna kain kapas atau flannel dah okay dah.
mM nak kongsikan di sini; tunjuk cara bedung tradisi..
seeloknya bagi bayi tu berpakaian dulu..
Menggunakan kain 4segi sebegini barangkali menggusarkan ibu, takut kain tertutup hidung bayi, kan?

Di sini, mM nak kongsi cara buat BEDUNG MODEN untuk mereka yang suka buat sendiri.
Mari...men d.i.y.!
Sebelum tu, mM minta maaf atas gambar2 yang tak jelas serta keterangan yang juga tak berapa jelas; tak pandai nak mengajar..maklumlah bukan cikgu-cikgi pun!

Barang2 keperluan:
2 jenis kain berlainan corak iaitu
   1 meter kain kapas/cotton
   1 meter kain flunnel/ felt/ minky atau ikut suka  hati korang lah.
Velcro @ pelekat; hari ni mM ajar guna benda ni; korang tahuke nak cari kat mana?
    Mestilah kat kedai jahitan! Murah je, boleh beli 1/4 meter.
   (ada yang guna reben atau buckle; janji dia orang tak mau nampak style lama yang guna pin besar tu!)
Semestinya kena ada pembaris, pensil tailor, jarum, benang, pin/jarum peniti, gunting dan mesin jahit!

Boleh draf paten di kertas terlebih dahulu kalau tak mahu kain korang tersalah gunting pulak. mM ni pemalas sikit, jadi terus gunting ja..
Mula2 kain dilipat 2 di bahagian yang 23" tu.

  Potong kain macam ni...

 Gunting 2 keping sama size.
Lekuk tu korang buatlah sendirii, nak ngajar pun tak reti nak tulis!

 Untuk POKET: tempat nak letak bayi
Poket.... Sebelum dibuka...

Bahagian bawah tu, ikut lengkukan kain yang besar tadi.
 Cantum, pin dan jahit kedua2 kain besar tadi secara terbalik.
Jangan lupa tinggalkan lubang/ruang dalam 3"-4" untuk menterbalikkannya nanti.
(huhhhh...maaf, tak tahu nak ajar korang! Cakap, bolehlah..
mM dah tak pandai nak buat untuk You-Tube pula!)
.
 Bila dah siap dijahit, terbalikkan dan jahit bahagian yang korang tinggalkan lubang tadi.
Akan kelihatan macam ni lah nanti...

 Lepas tu, buat & jahit 2"box-pleat di tengah2 bahagian atas, agar bedung ni dapat merangkul bahu bayi lebih selesa. (maaf, tak reti nak guna bahasa mudah..)
 bahagian luar

bahagian dalam akan kelihatan seperti ini

 Ini poket, selepas dicantum ke2-2nya. 
Ambil pelekat Velcro, potong 12" dan jahit di tepi kiri bahagian dalam poket.
Cantumkan poket ke kain yang besar/dasar tadi. 
Jahit menurun dari tepi kanan, bahagian bawah membawa ke kiri menghampiri dengan Velcro di poket tu.
Jahitkan pasangan Velcro tadi ke dasar.
Dan akan kelihatan seperti ini...

 Gulung tuala mandi dan masukkan ke dalam poket. 
Ini caranya kita nak tengok lokasi sesuai nak letak Velcro.
Lipat sayap dasar tu, pin atau tandakan tempat untuk Velcro.
 Lipat sebelah lagi, buat perkara yang sama.
 Buka  pin dan jahit Velcro di tempat yang ditanda tadi.
 Nahhhhh...ini model montel & pendek...
Lipatlah bahagian bawah masuk ke dalam poket. 
Yang iniiiii...model kurus panjang...
tarik bagi ketat; biar fit.

SELAMAT MENCUBA

Saturday, January 5, 2013

kenduri & kawan2

Heeeehehh..tak tergelak pula bengok tajuk ni..macam budak tadika buat essay. Sempoiya topik dia!
Banyak benda nak cerita tapi sibuk sikit lah...; jadi mM letak gambar ja lah ya.

TERIMAKASIH, KAWAN2 kerana sudi hadir di majlis kenduri walimatulurus anak mM 8/12/12 yang lalu.
Seronok dapat jumpa kawan2!
Gambar2 ni kebanyakannya mM kongsi dari fb kawan2,..manalah sempat nak mengilek kamera!

kawan2 MGS, Ipoh.
adik angkat masa dok asrama MGS, IpohRodziah Ismail (Didi) dari KL
Naemah dengan kawan2 dr KL;
Zaharah Hassan, mM dan Norlaila Basirun
Norlaila dan Noorlida
Endun Razali & Zaharah Hassan
Noraini Baharum, Norlia Ghafar, Norshamsiah &  Naemah
bestnya dapat berkumpul dan bersembang..
Norhayati Jamaludin, Maznah Tak, Norsham & Naemah

 Tak sempat bergambar dengan Fatimah Hamdan, Norhayati Shaari dan Umi Kalthom.


kawan2 SMJK Bg. Serai, Perak
junior sekolah menengah Bg. Serai duluPuan polisi Mahanie & suaminya dari Taiping
kawan2 sekolah menengah..SMJK Matang BuluhNormadiah Hamzah (Ipoh), mM, Noraziah Azizan (KL)'
Noorlia Rahman & suaminya Zubir (KL), Syed Khirolil (Ipoh)
 seronok dok berbual...
Noorlia & suaminya Zubir ni  baru je balik dari Jepun. Kerja kat kedutaan, merata negara dah tinggal. Mereka ni 1 sekolah dengan mM masa tahun 1976-77. Zubir ni pula sekelas mM, Noorlia tu junior 2 tahun kami. Masa sekolah pun memang dah bercinta dah dia orang ni...Hem, siapa kata cinta monyet tak bawa ke jinjang pelamin, kan? Tapi dia orang ni, tak lah bercintan melulu sampai mengabaikan pelajaran..
Noraziah Azizan (turban biru) ni adik angkat mM sejak 1976
Normadiah ni kawan sejak sekolah rendah sampai ke sekolah menengah
Cikgu Habibi dan suaminya cikgu Rahim

Sayangnya, tak sempat nak bergambar dengan Cikgu Normala Osman, Cikgu Mat Said dan beberapa orang lagi.


Begitu juga, kawan2 sepejabat di Bank Pertanian Malaysia @ Agro Bank, Tanjung Karang, Selangor; Guar Chempedak, Kedah; Ipoh dan lain2. Namun sayangnya lansung tak bergambar dengan mereka.

Begitu juga, ramai sedara-mara jauh dan dekat datang. Sepupu aD dari KL ada, sepupu2 mM dari Kelang pun datang..
Pak Usu (bapa sedara aD) sekeluarga datang dari Perlis
##################################################
Ini gambar kawan2 yang hadir kenduri Ani Nawawi...
saja nak tempek gambar kenangnan ni kat sini.

Wednesday, January 2, 2013

projek bakul lagi...

Nampaknya tak tercapailah tekad mm nak siapkan bakul2 bayi ni sebelum tahun baru.
Ada 2 items lagi dari siri bakul ni yang belum bereben...walaupun covernya dah selesai semua.
bakul untuk letak set mandian bayi
bakul sampah
untuk letak minyak2 angin ibu & anak
3 sekawan
Minta maaflah...gambarnya tak clear, mM tak pandai nak edit.

apple crumble ku...

Petang Isnin, mM kemas2 petiais ternampak ada 2 biji epal merah yang dah lama tak diusik sesiapapun.
Apa lagi, sementelah kerap bercerita dengan adikAisyah nak buat apple-pie sejak 2-3minggu lepas.
mM pun buatlah intinya, ingat nak sejukkan semalaman. Esok pagi, bolehlah masak buat makan untuk sarapan di pagi tahun baru....

Apa lagi...bangun pagi esoknya, dengan bersemangatnya..(semangat pun baru jugalah konon2nya- azam nak mulakan semula rajin memasak); ambil tepung dan mentega...
Tergerak hati nak tengok inti semalam tu...manalah tahu, basi ke sebab tak simpan dalam petiais; pegang je periuk..'ehhh, kenapa panas lagi periuk ni, tahan berapa jam panas pula..." Keheranan jugalah mM.
Sebaik saja buka tudung periuk tu....MASYAALLAH! apa dah jadi ni? Terjerit mM terkejut.
Inti epal yang kering dah berkuah seperti bubur!

Rupa2nya aD yang panaskan sebelum pergi masjid subuh tadinya..ditambah air takutkan hangit!

Spoil lah rancangan nak buat apple-pie ni.
mM cuba masak semula tapi memang tak mau kering dah; air melaut!
Fikir punya fikir, tak kan nak cicah roti sandwich dengan kuah ni...kalau bubur kacang ke, serawa durian ke; sedaplah juga!

Habis tu camno?
Nak buat apple-strudel, mana nak pergi cari tepung 'filo-pastry'nya..bukan ada hypermarket di Bagan Serai ni..
Buat apple crumble je lahhhhhh...kata hati mM. Senang pun senang, tak perlu nak canai2 tepung.
apple-crumble makan dengan ais krim coklat
Cara paling mudah...(maaf, mM tak gunakah sukatan sebab korang agak2 lah dengan size serta jumlah buah epalnya.
Epal (yang hijau seeloknya); dikupas & tos. Potong kecil atau kiub.
Dimasak dengan sedikit air, gula putih dan gula perang; boleh juga buat karamel terlebih dahulu; sampai empuk dan lembut.
Campurkan serbuk kayu manis sedikit,; kalau tak ada letak ja kulit kayu manis yang batang tu...janji berbau dan berasa 'cinnamon'...hehehhheee
Lepas tu masak sampai kering, dan jangan lupa masukkan campuran sedikit bancuhan tepung jagung/gandum dengan air untuk memekatkan.

Inti di atas tu sama saja untuk Pie, Crumble dan Strudel.. Biasanya untuk Crumble dan Strudel ni, tak memerlukan epal dimasak; boleh terus potong2 epal dan bakar ikut resepi je.
apple crumble beralmond hirirs
Untuk buat crumble, adunan inti tadi digaul dengan najerin atau mentega serta sedikit tepung, kekacang seperti badam hiris, walnut, coklat chip dan kelapa parut. Tak masukkan semua benda tu pun tak apa..janji jangan lupa tepung dan majerin@mentega tu.
Korang agak2lah berapa banyak nak letak.
Lepas tu letak dalam dulang dan bakar.
makan saja pun sedap dek kerangupan kekacang


Tuesday, January 1, 2013

D.I.Y. pelamin

Hari ni nak cerita fasal pelamin lah pula.
Pelamin kahwin anak mM 8/12/2012 yang lepas.
Pelamin buat sendiri ja. Maklumlah nak cut cost!

Okay, mari kita tengok apa yang dah berlaku, ya..
Ini bunga2 yang siap digubah, turun-temurun dah 4-5 kali kenduri tunang dan kahwin digunakan. Kalau yang baru pun, cuma tambah-tambah setangkai 2 saja setiap kali hendak buat majlis. Ada juga bunga yang semasa kenduri anak jiran-kawan mM, cikguNaemah yang diberi terus pada mM...(terimakasih banyak2.)

Cuma diolah semula sedikit sebanyak sebab ada yang sudah berabuk tu, mM terpaksa leraikan dari gubahan dan basuh. (Direndam sekejap dengan airsabun, bilas dengan softener untuk mewangikan dan jemur).
Ini kain buat backdrop pelamin. Kain ni sebenarnya kain selimut/comfoter untuk katil di bilik pengantin. mM beli secara tengok katalog...dalam gambar, ambooooiii bukan main cun lagi..(entah kat mana gambarnya dah, kalau tak boleh tunjukkan di sini.)
Bila dah bawa balik, ehhh pelik pula nengoknya. Usahkan nak guna tidur, nak duduk bergambar pun mesti geli-geli, mencucuk-cucuk punggung rasanya dengan fabrik ni.
Inilah akibatnya beli main tunjuk2 gambar jaa...Kalau korang tengok cadarnya lagilah kelakar, kain buat baju hujan tu! Tapi mM ni kan keatif...(ewaahh, masuk bakul angkat sendiri pulalah, ya!); mM gunakan buat tutup pintu gerbang untuk backdrop meja makan pelamin.....serkupkan ja.
 Bila dah sangkut2 macam ni, nampak cantik juga lah.
Lepas tu, kasi dia rumbai2 sikit...letak ja kain yang RM2 semeter tu, kain jersey ke, satin murah ke..tak kisah lah, asalkan jenis berkilat. Kan pengantin, mestilah perlu yang lip-lap lip-lap gitu!
OOpp, kain tu kalau nak jimat lagi, korang belah lah 2 macam mM buat ni. Tak perlu kain lebar2 pun; buat sesak nak membetulkan kedut2 lipatannya tu ja nanti. Satu pesanan ikhlas dari mM...pastikan cukup panjang tau, agar tak nampak tergantung-gantung serta boleh dilendut2kan: kecualilah kalau korang memang nak bagi dia tegang yang macam ni..
kain untuk buat macam ni kena lebar, tak boleh dibelah 2 lah..
Letaklah pentas/stage pelamin. Lupa nak snap gambar stage ni.
Kemudian angkat atau pasangkan gerbang yang sudah dihias bunga2.




Lepas tu letaklah kerusinya.
mM guna kerusi jenis perahu, sebab kalau guna kerusi 1-1 yang bersandar tu. alamat sia-sialah buat backdrop macam tu..gerenti tak nampaknya!
pengapit2 ni 2-3bulan lagi akan diapitlah pula.
adik perempuan Liza & tunangnya
Hiasi dengan bunga telur/pahar dan sebagainya...
pengantin bersama keluarga pengantin perempuan

Kalau mengikut plan asal, mM nak letak tirai yang memang dah ada (dulu2 tu guna buat backdrop khemah makan pengantin) warna pastel cream untuk tutup keseluruhan dinding. Tetiba pula anak mM, acik tu kata "tak payahlah, mak; biar nampak kreativiti mak yg mengecat dinding tu dulu!"

Cehhhwahhhh.....pandai ya pengantin ni dok jack emaknya!
Selamat Pengantin Baru...
betul ke?