Monday, December 31, 2012

Kembang Songsang @ okid songsang

 
Pokok ni dipanggil sebagai 'kembang songsang @ ORKID SONGSANG' oleh kebanyakan orang2 Melayu di kampung2 sebab petalnya terbalik ke bawah yang mana bagi bunga2 lain sepatutnya menaik dan daun serta batangnya pula seperti pokok okid. 
mM dapat benih pokok ni dari jiran lama mM; En. Sabtu bin Jumaat dan isterinya Ijah, sebelum mereka berpindah dulu. Alhamdulillah, elok tumbuhnya. Bolehlah juga dibuat kenangan. 
mM tanam dari ubinya yang boleh bertahan 2-3 hari terdedah tanpa tanah. Kira2nya, kalau dapat ubi tu, bila bawa balik ke rumah tapi malas pula  nak terus berkebun, boleh letak saja kat tepi rumah..
Ia sebenarnya pokok hutan dan tunbuh di kawasan belukar. Memerlukan cahaya matahari sepanjang hari.
mM suka tengok bunganya yang berwarna terang dan keistimewaannya ia bertukar2 warna mengikut masa.
Sayangnya, pokok ini SANGAT2 beracun. Ubi dan akarnya sangat beracun dan boleh membunuh jika termakan. Malahan daun dan batangnya pun boleh mengakibatkan kegatalan kulit.
Pokoknya akan kering dan mati sebaik2 sahaja bunga2nya layu; walaupun demikian tunas atau anak pokok baru akan muncul dari ubi pokok asal. Jadi, sungguhpun ianya cepat membesar, jika ditanam di dalam pasu, memang sukar hendak merimbun.

Disini mM share bersama tulisan darihttp://nimadesriandani.wordpress.com/author/nimadesriandani/  tentang maklumat pokok ni..

Selain posisi bunganya yang nyungsang, Kembang Sungsang juga memiliki keistimewaan yakni warna bunganya yang berubah mengikuti hari. Saat kuncup dan mulai mekar, bunga ini berwarna hijau, kemudin berubah menjaadi  kuning, lalu berubah lagi menjadi  jingga, lalu merah terang dan kemudian berubah menjadi merah tua sebelum akhirnya ia layu. Tak jarang kita temukan bunga ini sedang berada dalam 2 phase warna, misalnya   hijau-kuning atau jingga-merah.









Kalau tak silap mM, bunga ni menjadi bunga kebangsaan negara Zimbawee (betul ke ejaannya?).
Juga dari pembacaan mM, dikatakan sebagai bunga ke4 termahal di dunia, wooow..betul ke?
Kalau gitu...jom tanam!
Namun kena berAWAS!...JANGAN SAMPAI MENJADI TRAGEDI PULA!



tutorial: gubahan hantaran dari manisan

Gubahan hantaran dari manisan yang dipanggil sumi @ cumi
Span nipis, (ikut warna pilihan- boleh campur2 warna)
rantai/wire manik,
sumi/cumi secukupnya,
dawai halus,
dawai kasar/keras sedikit
daun serta riben sebagai hiasan
gunting span besar sedikit dari bentuk cumi,
lekatkan rantai manik di sekeliling bahagian depan span
balut cumi dengan span dan gamkan,
biar nampak hujung cumi
buat seberapa banyak untuk digubah menjadi bentuk yang dikehendaki
ikat dengan dawai halus
ikat dan cantum2kan menjadi jambak
ikat dari dawai halus ke dawai kasar untuk menjadi tangkai
susun dan letaklah daun plastik /daun segar serta riben
untuk bentuk jambu macam ni,
kena dijahit jelujur hujung span bagi membentuk lurah/alur buah
CONTOH2 LAIN HANTARAN DARI CUMI@SUMI
gambar mM ambil dari google search
sila ke blog mereka yang berkenaan untuk keterangan lanjut.
kalau tidak diletakkan dalam kotak/bekas plastik hantaran,
boleh digubah menegak/berdiri begini
 SELAMAT MENCUBA..

breakfast terakhir 2012

Pagi ni terlebih rajin lah pula...mM masak nasi lemak untuk breakfast. Selalu tu minum milo dan 1-2keping biskut tawar/ biskut 4segi/ craker saja sementara nak makan nasi tengahari. Itupun, jika ada aD membeli nasi lemak atau roti telur, mM akan makan jam 11 pagi...terus tak ambil lunch dah.


My perfect breakfast...
.hehehehe...macam tukang iklan pula, dok promo produk orang !

Nasi lemak yang kureng berlemak,
Bukan nak diet untuk slim ka apa...tapi jaga pemakanan untuk kesihatan. Bimbang sungguh, takut penyakit2 kencing manis, darah tinggi, jantung, gout dan sekawannya menyerang! Maklumlah umur2 warga emas ni... Itu belum lagi diambilkira jumlah kalori diambil berbanding tenaga yang diguna; makanan lebih banyak lemak dan berkolesterol tinggi misalnya.
Nasi lemak pagi ni, kurang sangat santannya, sebab nak berkongsi dengan ayam masak merah. Telur rebus tu telur dapat semasa kenduri walimatulurus semalam. Ayam goreng tu tak digaul dengan garam, gantikan perasa masin tu dengan serbuk kunyit, serbuk cili dan serbuk rempah kurma.

2-3 malam ni mM dok suruh adikAisyah ja masuk dapur, masak nasi goreng. mM jarang makan malam, aD pula samada pergi kenduri tahlil atau memang dah addict makan kedai terutamanya kedai mamak....itulah yang buat kami anakberanak susah-hati tu.....Lainlah kalau orang yang tak ada apa2 penyakit! Susahnya, ditegur salah, tak ditegur rasa bersalah; hanya Allah saja yang tahu.
musim cuti sekolah ni kenalah masuk dapur,
bila hari sekolah, nak cari free-time untuk diri sendiri pun tak sempat!
nasi goreng adikAisyah...


Friday, December 28, 2012

D.I.Y. gubahan hantaran

Pagi ni nak buat tutorial...
MENGGUBAH WAFER /biskut/gula2/cokelat
Gula2, biskut, coklat dan wafer boleh gunakan apa2 jenis.
Seeloknya dipilih mengikut warna tema majlis.
Gunakan yang berbungkus panjang.
Selain wafer, biskut yang siap berbungkus pun boleh juga.
biskut ala-ala biskut oreo
 Polisterin tu untuk tapak bakul, dibalut jika suka.
Wafer secukupnya.
Double-sided tape, clear tape, stapler atau gam.
Kotak tisu dan kotak bijirin yang kosong, jika gnakan kertas keras atau manilla card pun boleh; ini untuk membentuk dinding dan tangkai bakul.
 Renda dan riben serta hiasan2 lain yang sesuai.
Susun dan lekatkan wafer mengikut bentuk bakul serta tangkainya.
Boleh juga bentukkan tangkai itu melengkung, terutama jika wafer yang digunakan kecil2.
Hias dengan renda.
Isikan dengan gula2.
Dah siap.....

Wednesday, December 26, 2012

Majlis walimatulurus 2hb Disember

Ahad, 2hb Disember 2012. Syukur tidak hujan dari awal pagi sehingga majlis selesai.

Bergerak dari Bandar Behrang 2020 ke Slim River, dalam 22 buah kereta tidak termasuk rombongan kawan2 pengantin lelaki dari Proton City, Tg. Malim.

Alhamdulillah, terimakasih jiran2 anak2-menantu di Bandar Behrang 2020, selain saudara-mara mM dari
Nibong Tebal, Seberang Perai; juga adik-beradik aD seisi keluarga dari Ng. Sembilan, kerana sudi bersama-sama menyertai rombongan kami. Semuga semua orang berpuas hati dan mM sekeluarga ambil kesempatan memohon berbanyak maaf jika ada sebarang kekurangan atau ketidakselesaan yang berlaku.


Terimakasih juga buat Che Hassan Mahmud dan Izan Rahman yang sudi turun dari Kuala Lumpur.

Che Hassan, adik angkat mM sejak 1976.
emak aD, juga datang
emak mM pun ikut serta

Sayangnya tak banyak gambar yang di dalam simpanan mM nk masuk kat blog. Semuanya berterabur je..

adik bongsu mM membelek bunga telur kat rumah along

projek jahit-menjahit lagi...

Bila lah agaknya nak siap...asyik bertangguh je projek jahitan baju bakul  ni..
Semalam dah pergi beli bakul kat kedai Long Wan, Parit Buntar. Murah je, Rm 1.50- RM3.70 je..ikut size kecil-besarnya. Lagipun beli yang mahal2, bukannya digunakan lama pun. Tengok anak mM yang kakNgah tu dulu, tak sempat umur anak 2 bulan, dah sibuk nak beli almari baju. Dah tu bakul2 semua tu letak ke tepi saja lah! Mujur tak terus dibuang ke tong sampah...kalau tak, kecilnya hati mM. Tak hargai lansung! Sekarang ni tak tahulah, kot dah jadi kain buruk pengelap lantai sudahnya.

Ateh ni pun tak tahulah...

Namun naluri seorang ibu ni, memang tak tergamak nak beza2kan anak; yang lepas dah dibuat, yang lain2 pun InSyaa Allah selagi ada kudrat dan terdaya menjahit, mM pasti buatkan juga. Tak kiralah, mereka nak guna atau tidak.

bakul2 yang dibeli semalam;
menunggu untuk dijahit bajunya..
bakul besar untuk pakaian bayi;
bakul kecil untuk minyak-angin serta ubat2 ibu dan bayi
Harap2 hujung minggu ni siaplah bab bakul2 ni. Bulan depan boleh mulakan bab bantal-tilam bayi pula..

buat semua khususnya anak2 mM...

Monday, December 24, 2012

Dalam proses...

Ateh, anak mM yang bernikah 27hb April lalu sedang menanti kelahiran anak sulungnya yang dijangka pada awal Februari tahun depan.
Jadi, kenalah mM sekarang ni mencari & mencuri2 masa nak menjahit bantal-tilam bayi baru tu.

Teringat dulu2 masa tahun 1980an...seronok sungguh...; tiap-tiap tahun mencari warna tema untuk jahit tilam, bantal & bakul serta buai bayi untuk anak2 sendiri.
Kemudian, sekarang masa untuk mencari warna tema untuk kenduri mereka; juga satu demi satu sekarang mula semula nak menjahit peralatan bayi mereka pula...; cucu2 mM!

Minggu lepas, semasa membeli pakaian sekolah adikAisyah, sempatlah juga membeli sekali kain2 untuk bayi baru ni.
Emaknya suka warna pink; sedangkan ayahnya pula suka warna ungu. Jadi, eloklah pilih warna ungu sebab besar kemungkinan babynya lelaki.
dalam proses...
bakul yang nak dibajukan..

...perlukan penambahbaikan