Monday, December 31, 2012

breakfast terakhir 2012

Pagi ni terlebih rajin lah pula...mM masak nasi lemak untuk breakfast. Selalu tu minum milo dan 1-2keping biskut tawar/ biskut 4segi/ craker saja sementara nak makan nasi tengahari. Itupun, jika ada aD membeli nasi lemak atau roti telur, mM akan makan jam 11 pagi...terus tak ambil lunch dah.


My perfect breakfast...
.hehehehe...macam tukang iklan pula, dok promo produk orang !

Nasi lemak yang kureng berlemak,
Bukan nak diet untuk slim ka apa...tapi jaga pemakanan untuk kesihatan. Bimbang sungguh, takut penyakit2 kencing manis, darah tinggi, jantung, gout dan sekawannya menyerang! Maklumlah umur2 warga emas ni... Itu belum lagi diambilkira jumlah kalori diambil berbanding tenaga yang diguna; makanan lebih banyak lemak dan berkolesterol tinggi misalnya.
Nasi lemak pagi ni, kurang sangat santannya, sebab nak berkongsi dengan ayam masak merah. Telur rebus tu telur dapat semasa kenduri walimatulurus semalam. Ayam goreng tu tak digaul dengan garam, gantikan perasa masin tu dengan serbuk kunyit, serbuk cili dan serbuk rempah kurma.

2-3 malam ni mM dok suruh adikAisyah ja masuk dapur, masak nasi goreng. mM jarang makan malam, aD pula samada pergi kenduri tahlil atau memang dah addict makan kedai terutamanya kedai mamak....itulah yang buat kami anakberanak susah-hati tu.....Lainlah kalau orang yang tak ada apa2 penyakit! Susahnya, ditegur salah, tak ditegur rasa bersalah; hanya Allah saja yang tahu.
musim cuti sekolah ni kenalah masuk dapur,
bila hari sekolah, nak cari free-time untuk diri sendiri pun tak sempat!
nasi goreng adikAisyah...


No comments:

Post a Comment