Tuesday, March 4, 2014

sinki tersumbat

Hari ni dah 10 hari dah sinki di rumah mM tersumbat.
Seminggu pertama, masing2 dlm rumah nk tunjuk terror...macam2 cara dicuba.
Mula2 tu try guna air panas dan cuka,
.....tapi tak berkesan walaupun habis sebotol cuka.

Kemudian cuba guna air panas dan garam kasar,
...tak juga berhasil.

Hari lain pula guna air panas dan clorox bleach tu...
....tak jalan pun!

Kemudian; melihatkan air masih bertakung malah semakin banyak disebabkan air2panas tu..;
.... try pula guna pam, buat macam ni dengan benda ni......
gambar google
Dalam pam punya pam tu...air kotor bergelodak & berbau busuk la pula jadinya...

Kemudian, cuba2lah pula guna dawai/wire ni...maaf, mM tak tahu nama dia....
...serta guna serbuk seperti ni;

...tapi mM guna yang Cosway tu sebab mM ahli Cosway; jadi memang kebiasaannya dalam sebulan 2 kali dok guna benda ni...
Namun tak juga berkesan..
ADOIIII!!!

Oleh kerana dah nak give-up dah, terpaksalah panggil plumber juga!
Apalagi....DUIT lah!
Sudahlah makan asyik membeli di kedai ja....
>
>
>
>
Untuk menantu mM yang sambut harijadi semalam...
...akhirnya, doa mM







No comments:

Post a Comment