Tempohari mM ada cerita tentang cucu yang baru lahir, Aqil; kena jaundis @ kuning atau
jaundice.
Masa kat hospital berhari2 dah sejak lahir lagi dok bawah lampu tu..
|
gambar dari google |
Selepas dibenarkan balik ke rumah, 3-4 hari jugalah berulang ke klinik check darahnya. Dan dalam masa yang sama, bermacam-macam cara alternatif mM usahakan untuk mengurangkan kuning tu.. Macam2 petua orang mM turuti. Kadang2 tu yang tak berapa nak diterima akal, mM
just let it go jaaaa...
Dipetuakan orang agar bayi dimandikan dengan air rebusan daun kucai...
|
daun kucai |
air ramasan daun sireh + daun bunga raya
|
daun sireh |
|
daun bunga raya |
juga air rebusan pokok dukung anak
|
pokok dukung anak |
|
yang direndam |
|
agar2 yang belum direndam |
juga air rendaman agar2
Jenuh jugalah berikhtiar nak menurunkan bacaan darahnya tu...
|
jika teruk; mata putihnya pun kekuningan , asyik tidur je.
mM juga mesin dan perah air sengkuang cina dan beri bayi minum; alaaaa...sikit je, dalam 3-4sudu dimasukkan ke dalam botol susu. |
Sampai ke satu tahap, bacaan kuningnya hari khamis iaitu hari ke8 usia Aqil, naik sampai 14.+... jadi doktor di Klinik Kesihatan Bg. Serai minta bayi di masukkan ke wad Hospital Parit Buntar. Maka malam tu, berkampunglah 2 beranak tu di sana dengan bayi tu diletakkan di bawah cahaya lampu lagi...
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Sekadar renungan bersama...
No comments:
Post a Comment