Thursday, February 28, 2013

akhirnya.....sudahku tahu!

pokok pisang tunjuk langit @ pisang derhaka....
pisang hiasan
Dalam post yang lepas ada mM cerita tentang pokok pisang dalam pasu yang tak berbunga2 atau berbuah tu..
Syukur, Alhamdulillah, tetiba pagi tadi...selepas hampir sebulan tak menjenguk tanaman di luar tu dek kesuntukan masa menguruskan new-born baby & mamanya.....sewaktu mM nak menjemur baju-t adikAisyah sebelum ke hospital; ternampaklah benda ni di celah2 helaian daun pisang tu.
Wooww...seronoknya, baru ku tahu wahai pokok pisang, rupa2nya engkau memang jenis pisang yang kuharap2kan.
Hahahaha....TQSM Naemah yang telah memberikan mM benih pokok ni 5 tahun sudah!
Ya Allah, lamanya baru nak berbunga!
Kesian, pokok tanam dalam pasu, macam tu lah gayanya....Membaja pun tak ikut jadual, tanah pula tak pernah digembur; itulah akibatnya.
bestnya...
semuga ada lagi yang akan mencambah dalam masa terdekat ni..
pasunya pun tak besar..
ros kuning yang dah nak layu,
baru sempat tengok
pokok setawar inipun baru nak berbunga..
bunga setawar merah
ada pokok seperti ini juga,
setawar kuning..
tapi lama benar dah tak pernah nampak bunganya!
 Bila tengok gambar2 taman yang dipenuhi pokok2 bunga begini, sangat teruja rasanya nak pergi buat gardening...tapi, alahai...rumah pun tak ada kawasan lapang!
mM pernah menanam bunga dalam kereta2 sorong 4-5 tahun lepas sebelum rumah di renovate yang mengambil ruang bertanah.
 Akhirnya...harapan mM;

Wednesday, February 27, 2013

pengat @ serawa pisang


Semalam, besan mM datang menziarah cucunya. Dibawanya sesisir pisang awak...(mM sebenarnya bukan berapa kenal sangat jenis2 pisang ni....pisang emas tu tahulah)
Kata orang kalau pisang emas, orang pantang bersalin boleh makan. Ada juga yang lepas bersalin sampai setahun tak berani nak makan pisang apa pun. BISA kata mereka...Minta maaflah, mM memang tersangat lah kurang arif bab2 makanan ni...apa yang bisanya, apa yang sejuk dan apa yang panasnya...
Jujur cakap, emak mM tak paksa berpantang ketat macam orang lain, baik semasa bersalin normal mahupun bersalin czer dulu. Apatah dengan minuman; air pun tak dicatu. Alhamdulillah, sihat lagi sampai sekarang.. tanpa sebarang penyakit kronik menyerang.
Petang ni mM masak pengat pisang lah....
Cerita pasal pengat ni, kalau sebelah utara ni bermakna kuih yang tepung bercampur pisang, ubi dan sebagainya dan dimasak cara kukus; sedikit saja perbezaan dari lepat; sebab lepat dibungkus dengan daun pisang tapi pengat diletakkan dalam loyang.
Bagi mereka di sebelah tengah dan selatan Semenanjung Malaysia, pengat tu macam bubur; pisang, ubi dan sebagainya dimasak berkuah santan. Sedangkan di utara ni, masakan tu dipanggil serawa... serawa pisang, serawa sukun dan sebagainya.

PENGAT PISANG  (maaf, resepi main agak2 je sukatannya)
Pisang 5-6 biji dipotong supaya senang nak di blend; lagi banyak pisang lagi sedap.
Santan, garam secubit, gula putih dan/atau gula perang/gula merah/gula melaka/gula kabung, 3 sudu besar tepung beras(jika ditiadakan pun, ok), 1/2 cawan tepung gandum dicampur dan blend.
Untuk lebih berkhasiat, mM letakkan 1 biji telur dan sesudu mentega.
Panaskan air kukusan.
Tuang campuran pisang ke dalam loyang dan kukus sehingga keras/masak.
 Angkat dan sedia untuk dimakan...
*****************************************************
Dari bahan2 yang sama, mM buatkan SERAWA PISANG
Pisang dipotong atau dibelah 2.
Dalam periuk, masak air dan gula putih/gula merah/gula melaka dan daun pandan.
Bila gula sudah hancur, masukkan pisang dan santan serta sedikit garam jika suka.
Masukkan juga sagu yang sudah direndam...tapi mM tak bubuh pun benda ni sebab tak ada stok di dapur hari ni. jadi, untuk memekatkan kuahnya mM kacau sedikit tepung gandum.
Boleh juga masukkan sepeket Nesvita Oat untuk memekat dan menambah khasiat makanan.
Tunggu sebentar biar mendidih sebelum diangkat dan nikmatilah kelazatannya.

Saturday, February 23, 2013

nursing pillow

Inii lah dia yang dipanggil nursing pillow @ boopy pillow; kalau orang Melayu ni nak panggil apa, ya? Haaahhh, kita sebut sebagai BANTAL MENETEK @ BANTAL MENYUSU lah kan...atau dipanggil bantal pelampong..tapi  biasanya yang pelampong tu untuk letak bawah punggung, khususnya bagi mereka yang bersalin normal tetapi berjahit @episotomi..
Tujuan digunakan bantal ni semasa menyusu ialah supaya ibu tidak alami sakit belakang kerana terpaksa membongkok selain membolehkan bayi terletak elok di bahagian perut & dada ibu. Disamping itu, kaki bayi tidak akan menendang; terkena abdomen ibu khasnya yang bersalin  secara pembedahan @ ceaserian.

Atas permintaan anak mM yang baru bersalin Czer tu, mM pun cuba2 google macammana rupa yang paling mudah nak buat..maklumlah macam2 style dan fesyen ada di pasaran. Untung betul orang sekarang; asal ada duit je semua masalah boleh diatasi!
 Style ni, boleh dijadikan tilam bayi.

 Yang macam ni, ada bantal kecil untuk letak kepala bayi.


 Ini pula style yang menutup aurat...bersekali dengan nursing ponco/cover @ breasfeeding apron

yang macam ni pun best juga...
Dulu semasa kakNgah bersalin, ada juga dia sebut nak beli benda ni..tapi mM kata 'tak perlu' sebab mM dah bersalin 5-6 orang tak perlu pun nursing pillow ni... Guna bantal tido sendiri jee...tapi bila kakTeh bersalin macam ni dan asyik keluar-masuk hospital, serta dok komplen baby menendang bahagian luka tu; baru mM terfikir akan keperluan bantal ni..

Kalau nak beli, paling murah pun barangkali 5-60RM juga kot.
mM ambil keputusan buat sendiri sebab material semua dah tersedia dalam rumah. Di craft & sewing corner mM, serba ada... sampai tak terurus!

Ni kat bawah ni mM tunjukkan cara buatnya; tapi tak pandai nak terangkan secara teliti.
Apa2pun mM harap kau orang faham walaupun sekadar nengok gambarnya aja, ya.

kain untuk batang bantal


patennya..
alaa...buat melengkung macam U
selepas digunting;
anggaran 1.5meter setiap 1  kalau gunakan 1 corak kain:
untuk batang bantal & untuk sarung bantalnya;
bergantung kepada lebar kain
kain untuk sarungnya;
belakang corak berlainan dari bahagian depan
batang bantal siap berisi kekabu & fibre:
juga boleh pilih mana2 satu saja 
bahagian belakang,
mM buat slip/ belahan tanpa guna zip @ velcro

bahagian depannya
Macam nilah bila dah siap.....

Tuesday, February 19, 2013

demam kuning - III


Nak sambung semula hal mama & new-born baby ni semula...
Nak dijadikan ceritanya...pada hari jumaat keesokan harinya, 9/2/2013; doktor bagitahu yang lupa pembedahan mamanya tak 'cantik' dan terpaksa dimasukkan ke wad Hospital Taiping untuk dressing serta pemantauan tetapi bayinya dah boleh keluar wad, cuma perlu ke klinik tiap2 hari untuk diambil darah.

Aduhhh..apalagi, terkejarlah mM dan menantu dari Parit Buntar ke Taiping mengusung bayi, ikut ambulance yang membawa mamanya. 2 malam jugalah tidur papanya dengan mengulit bayi sebelum balik ke JB.

mM pula cuba bagi mandi bayi dengan ubat sinseh, pergi beli di kedai ubat cina. Banyak jenis juga rupanya.. tapi mM suruh menantu minta yang untuk mandi saja. Tak mahu jenis makan2..
Inilah rupanya..
bungkusan luarnya
 Ini pula isi di dalamnya...
didakwa mengandungi ginseng, tanduk rusa, kayu sepang, sarang burung layang2 dan buah keranda
siap pack macam teh gitu...
rendam air panas aja, tak perlu direbus;
senang kerja
yang hitam tu buah keranda cina (sebab beli kedai cina!);
hehehe..
Selain 5 bungkusan teh  tu, ada sebiji buah keranda cina ni..
 dan ini..
menantu mM kata cina kedai tu suruh letak bawah bantal bayi...(tangkal lah agaknya?)..
tapi kami campak aja; tak perlulah benda2 macam tu.
Hanya Allah saja yang Maha Berkuasa Menyembuh.
Kita cuma berikhtiar dan berusaha, sebaliknya kita hanya mampu bertawakkal.

Anak mM, kakLang bawa balik bungkusan yang macam ni....
Ada 2 pack di dalamnya, tapi arahan penggunaannya tu ditulis kena rebus.

Pun didakwa ada ginseng, tanduk rusa, sarang burung layang2, kayu sepang dan buah keranda.

Alhamdulillah.
Sekarang dah beransur hilang dan pulih.


demam kuning- II

Tempohari mM ada cerita tentang cucu yang baru lahir, Aqil; kena jaundis @ kuning atau jaundice. 
Masa kat hospital berhari2 dah sejak lahir lagi dok bawah lampu tu..
gambar dari google
Selepas dibenarkan balik ke rumah, 3-4 hari jugalah berulang ke klinik check darahnya. Dan dalam masa yang sama, bermacam-macam cara alternatif mM usahakan untuk mengurangkan kuning tu.. Macam2 petua orang mM turuti. Kadang2 tu yang tak berapa nak diterima akal, mM just let it go jaaaa...

Dipetuakan orang agar bayi dimandikan dengan air rebusan daun kucai...
daun kucai
air ramasan daun sireh + daun bunga raya
daun sireh
daun bunga raya


juga air rebusan pokok dukung anak
pokok dukung anak
yang direndam
agar2 yang belum direndam
 juga air rendaman agar2
 Jenuh jugalah berikhtiar nak menurunkan bacaan darahnya tu...
jika teruk;
mata putihnya pun kekuningan ,
asyik tidur je.

mM juga mesin dan perah air sengkuang cina dan beri bayi minum; alaaaa...sikit je, dalam 3-4sudu dimasukkan ke dalam botol susu.


Sampai ke satu tahap, bacaan kuningnya hari khamis iaitu hari ke8 usia Aqil, naik sampai 14.+... jadi doktor di Klinik Kesihatan Bg. Serai minta bayi di masukkan ke wad Hospital Parit Buntar. Maka malam tu, berkampunglah 2 beranak tu di sana dengan bayi tu diletakkan di bawah cahaya lampu lagi...

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Sekadar renungan bersama...