Hari rabu, 18/4 petang, mm & ad membawa 2 anak2ngasuh; Aiman dan adiknya Aqilah ke Kg Sg Kechil Illir, Jawi. Rumah bapa saudara mm tu letaknya kat Kg Belakang Pekan, 300kaki/ Kg Besar, Nibong Tebal. Tak tahulah kenapa dipanggil "300kaki.".....
Rumah Pakteh Jo & Makteh Mah ni dalam kampung tradisional...jadi budak2 ber2 ni bukan main teruja lagi... tambah2 Pakteh sedang dok gilap basikal tua arwah bapanya dan rangka lanca @ beca arwah pakmertuanya.
Bila tengok 2 benda ni, memang nostalgia betul...(1) teringat basikal tua ayahanda mm yg digunakan untuk mencari sesuap nasi keluarga kami dan (2) teringat kenangan mm ke sekolah menaiki beca yg kami panggil teksi semasa di sekolah rendah...
Anak2ngasuh mm pun bukan main syiok dok berposing bila tahu mm membawa kamera...
adik lebih besar dari abangnya |
No comments:
Post a Comment