Tuesday, February 7, 2017

Monday, February 6, 2017

Cucu-ngasuh baru

Nur Adira Azzahra, 3 bulan....start ngasuh hari ni sekali dengan abangnya.

Sedap tidurnya selepas mandi dan dibedungkan.
Mengamuk tak nak menyusu sebab tak terbiasa dengan puting botol susu...
Beli puting lain...baru menyusu dan gembira ja la lepas tu.
Siabangnya, selepas breakfast, tengok tv dan main sekejap....terus tidur. Mujur dah mandi awal tadi.

Beli kain lagi...

Hari ni terima kain yg dibeli on line dari Kamdar.
Jenuh juga nak  berurusan dengan company besar ni....
Apa2pun OK la, kan...selamat duit minyak kereta dan duit minum kopi.
Sebenarnya tak la jauh sangat pun kalau nak ke Taiping  atau Bukit Mertajam, nak cari Kamdar ni. Cuma faktor  kelapangan masa driver  ja; maklumlah mM ni bukannya boleh drive pun...

Untung lah kan orang zaman sekarang...
Main klik klik ke
#Kamdaronline

Sunday, February 5, 2017

Kenduri

Kenduri kahwin anak adik mM di Karangan, Kedah pada 28hb. January 2017.

Thursday, December 29, 2016

lama berehat.

Lamanya tak mengupdate di sini....
gambar semasa raya puasa....2 family takde ni

Sunday, May 8, 2016

tinggal kenangan


2hb Mei sepatutnya menyambut hari jadi emak.

8hb Mei sepatutnya meraikan hari ibu sedunia.

Tidak seperti selalu; segalanya tinggal kenangan sahaja kini.
Sedih pilu hiba terasa rindu sangat sebab sejak kecil lagi, emaklah tempat mM mengadu, bercerita, bergurausenda dan menanya merujuk apa2 masalah walaupun mM sedar pengetahuannya tak setara mana dlm banyak hal.. Emak ja yang mM lebih percaya tambahan pula mM memang tak punya sahabat akrab.

ALFATIHAH

Sunday, May 1, 2016

KONGSI2


shawl 2 muka: kongsi tuto pola orang 
semoga bermanafaat untuk yang lain..
TERIMAKASIH