Saturday, April 9, 2016

air minuman Coway

Memandangkan ahli keluarga dah semakin bertambah; cucu2 pun dah jadi peminum air sejuk tegar...; kita upgrade mesin ni la pulak.
Semuga gathering selepas ni, tak perlu spare air botol berkotak2 lagi dah...

Terima kasih En. Zulkhairie Khodir dari Coway, yg memudahkan cara; secara maya je...

Ini sebenarnya alat untuk orang yang segan nak masak air...ouuppp, yang selalu masak air guna gas atau letrik tetapi kemudiannya terlupa..

Sunday, March 20, 2016

BIJI APRIKOT


Kelmarin anak mM bawa balik biji buah aprikot yang diberikan oleh pengasuh anaknya. Menurut kata pengasuh berkenaan, biji ni sangat elok untuk pengubatan.

Sebelum ni pun, mM ada jugalah terbaca tentang khasiat biji buah ini, cumanya tidaklah beria2 sangat nak mencari butiran lanjut tentangnya. BIASA LAH KAN...kita ni manusia; kalau dah terhantuk barulah nak terngadah/mendongak!

Rasanya lebih kurang rangup2 macam badam, cuma ada sedikit rasa2 pahit. Dari sumber pembacaan, jenis biji yang rasa pahit itulah  yang mendatangkan khasiat pengubatan.

Pagi ni, mM cuba2 google mencari sedikit sebanyak fakta mengenai biji buah aprikot ini untuk sama2 kita mendapat pengetahuan. SUKA DIINGATKAN; mM BUKAN MENJUAL ATAU MEMPROMOSI sebarang produk, ya.. Kalau ada gambar2 serta keterngan/info tersebut, semuanya bersumberkan dari encik google, ya!

KEHEBATAN SI BIJI APRIKOT DALAM MENCEGAH KANSER
Buah aprikot merupakan sejenis buah yang unik .Bukan sahaja isinya yang manis boleh digunakan di dalam pelbagai jenis masakan, malahan bijinya juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
Khasiat biji aprikot

Menurut kajian, biji aprikot mengandungi sejenis vitamin yang dikenali sebagai VITAMIN B17 dimana vitamin ini mempunyai fungsi dan mereka yang tersendiri.

Untuk lebih info, sila ke sini...http://afdhal-apricotseeds.blogspot.my/p/khasiat-biji-aprikot.html


Saturday, February 27, 2016

Bertungku


Menjadi kelaziman kita sebagai orang Melayu, bertungku semasa dalam pantang bersalin.
Walaupun sesete­ngah orang beranggapan perkara ini SANGAT membosankan kerana terpaksa  BERTUNGKU selama 44 hari+; tetapi jikalah mereka mengetahui rahsia manafa'at & faedahnya; mM pasti yang mereka akan mempergunakan sepenuhnya bertungku dalam masa berpantang itu demi untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam.

Begitu jugalah di pihak keluarga mM...sangat menitikberatkan hal ini...
Tujuan bertungku ialah untuk mengeluarkan sakibaki darah kotor, juga dipercayai dapat mengecutkan dan memulihkan rahim serta juga urat saraf di sekeliling peranakan dan bahagian-bahagian lain. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini menggugat kesihatan diri.
Jadi, tujuan bertungku ini untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan. Ketika bertungku badan akan berpeluh dan terasa hangat. Ini akan dapat memudahkan pemulihan diri serta memberi/membina semula tenaga.
Ini kejadian tempohari, semasa anak dan menantu dalam hari....
1. Bakar tungku besi menggunakan api kecil dari dapur gas 

2. Letakkan daun seperti daun mengkudu atau lengkuas; daun pandan dan lain2nya pun boleh
3. Balut besi tungku dan daun tadi menggunakan kain yang sedikit tebal.
Awas...jangan gunakan kain dari campuran sintetik, takut terbakar dan melekat!

kenduri 20/2/2016






Sunday, February 21, 2016

family gathering...

mM dan aD bersama adik2, seorang lagi adik tiada




anak2 mM, anak2sedara dan cucu2