Sunday, December 23, 2012

terlewat...

Sabtu 22hb, ada 3 jemputan kenduri walimatulurus yang mM MESTI pergi.
1 jemputan dari kakNoorlia & suaminya cikguHaris di Taman Seri Tenggara, Parit Buntar; kakNor ni kawan seofis masa mM kerja Bank Pertanian Bagan Serai dulu tu.
1 lagi undangan datangnya dari adikEnson & suaminya Jasmi di Kg Air Itam, Nibong Tebal. Enson @ Chon ni dulu jiran mM semasa kami sama2 tinggal dalam quarters JPS. Lama jugalah kami berjiran, lagi pula anaknya yang jadi pengantin tu, Muhammad Hafiz, merupakan kawan sekolah anak2 mM kat SMAI.
Dan yang 1 lagi pula ialah undangan dari kawan sekolah menengah juga kawan seasrama mM dulu; Noraaini & suaminya encikMan di Seri Iskandar.

Pening juga memikirkan nak kejar masa tu..
Hendak membahagikan dengan aD jemputan2 ni, mM tak sampai hati pulakkk...sebab semua mereka kawan mM dan sentiasa memenuhi setiap undangan kami. Takut nanti ada yang berkecil hati atau terasa hati pula.

Yang jadi masalahnya; undangan pertama yang kami perlu hadir waktu makannya bermula 12 tengahari...jadi seganlah pula kami nak jadi jemputan pertama sampai...terpaksalah tunggu sampai jam 12 lebih. Kemudian bila dah berjumpa itu ini, kenalah juga berbual sikit-sebanyak dengan tuan rumah & ada juga jemputan yang mm kenali. Ambil masalah juga! Begitu juga rumah seterusnya.

Pukul 2 baru nak bergerak ke Seri Iskandar. Tengok aD pun dah semacam dah; mengantuknya. Takut terlelap, kami berhenti solat di hentian Plus. Lepas tu hujan pula mencurah2, lebat sungguh sampai tak nampak jalan..Sepanjang jalan dari Bukit Gantang ke Ipoh membawa ke Tronoh...hujan!

mM punyalah gelisah...aD pula memandu macam orang balik kenduri..bukannya macam hendak pergi kenduri; punyalah slow...sebab pemandangan dah jadi kabur + mengantuk. aD ni memang bermasalah sikit sejak2 2-3 tahun ni...lali ubat agaknya.

Sampai rumah Ani, dah lewat sangat. Jumpa Norhayati Shaari yang juga baru tiba. Yati & suaminya cikguJamil tersesat dalam taman tu je, katanya. Iya lah, 1 taman sampai ada 4 kenduri di hari yang sama! Selorong dengan rumah ani ni pun ada kenduri juga...

Selesai makan, kami berpakat nak ke rumah Maznah Tak yang berdekatan sebab kawan2 lama yang datang semuanya berkumpul di sana. Sebaik saja nak keluar lorong, anak mM kata nampak macam kereta cikguWahab cikguNaemah keluar simpang tu...& sms Naemah sampai; kata semua orang dah beredar sebab jauh lagi perjalanan mereka.

mM & Yati sekeluarga bertandang juga ke rumah Maznah, setidak2nya nak tunjukkan Yati rumah Maznah.
Ada Norhayati Jamaluddin & suaminya en.Megat. Mereka pun bagitahu yang kawan2 baru sangat pulangnya.
Tak ngapa, tak dapat jumpa kali ni, lain kali InSyaa Allah panjang umur boleh berjumpa. Salah mM, yang lewat. Kasihan kawan2 menunggu lama...Maaf ya semua.

Seronok berbual sampai terlupa nak snap gambar padahal kamera dok di tangan. Masa kat rumah Ani pun, dah tak ramai tetamu, boleh ja kalau nak bergambar....Adoyai! Dah dalam perjalanan balik tu baru anak2 mM tanya; ngapa mak tak bergambar tadi? Tuuuu laaaa fasal...kenapa hampa tak ingatkan mak tadi!
cantik..doorgift kenduri rumah Ani




Friday, December 21, 2012

akad nikah 1hb Disember 2012

Alhamdulillah, syukur sangat semuanya telah selamat.
Anak ke4 mM telah selamat bernikah dengan tunangannya. Sebagai seorang ibu, lega rasanya. Lepaslah sudah 1 tanggungjawab yang diamanahkan Allah.

Wednesday, December 19, 2012

terima kasih Naemah...

Terimakasih buat Naemah Asmawi, yang telah sudi:-
1) menghadiahkan kek yang sedap lazat sempena hari jadi mm 7/12/12
2) menaja telur siap rebus untuk bunga telur/pahar pelamin kenduri anak mM 8/12/12
3) menjadikan rumahnya buat kekawan lama MGS Ipoh bertandang; berehat, bersolat, bersembang & dapat doorgift lagi selain hidangan serta layanan tip-top mereka berdua suami-isteri.
4) untuk segala2 susah-payah yang mM sekeluarga tak terhitungkan...

KEK KRAMEL
kek yang sedap dan menjadi kesukaan anakmenantu2  mM juga.
terimakasih daun keladi...
nak minta tolong banyak kali lagi...

Monday, December 10, 2012

Jumaat-7/12/2012

Genap....
Alhamdulillah, terimakasih syukur ya Illahi, yang telah memanjangkan umurku.
Semuga dipanjangkan usia dan diberkati hidupku ini.
Hendaknya sihat tubuh badan & waras akal fikiran di sepanjang hayat.
Aamiinn.
hadiah dari anak2-menantu2

salam...

Lama betul tak meng'up-dateeeee' blog ni...
Sibuknya memanjang.
Macam2 peristiwa sebenarnya nak mM coretkan sebab banyak hal berlaku sepanjang 2 bulan ni tapi entahlah, sukarnya nak mencari masa yang betul2 'free'...
Dari anak mM, acik: accident kat highway Nilai-Seremban; menantu, suami Ateh, hilang wallet dipukau; aD nyaris2 dimasuk ke hospital sehinggalah ke persiapan kenduri, pernikahan & resepsi Acik di Slim River.... tak tahulah yang mana satu dapat mM nak 'flashback' nanti.
Harap2 kawan2 blogger jangan sampai melupakan rumah blog mM ni, ya...


Saturday, November 17, 2012

my edible garden...taman ramuanku

Salam,
Banyak benar perkara yang nak ditulis.
Memandangkan sibuk sangat dengan urusan kehidupan seharian, biarlah dulu.
Dek kerana tak mahu rumah blog ni bersawang seperti rumah realiti mM, ni nak post gambar2 pokok buat penyejuk mata..nanti mM cerita kemudian..
Layan gambar je lah dulu.
ros kampung yang tak renti2 berbunga
bunga sundal malam/ bunga sedap malam
bunga kerak nasi / bunga kesidang





pokok cili api dan pokok cili padi yang banyak buahnya
walaupun cuma sepokok2 saja..
terbiar tapi membiak & subur

selepas dicantas

Wassalam...