Sunday, May 6, 2012

anak anugerah Illahi

Malam ni anak2menantu bawa kami ke SassCafe Parit Buntar, belanja makan ramai2 sekeluarga; juga untuk menyambut HARI IBU in-advance kononnya sebab nanti payah nak berkumpul ramai2 macam hari ni.
Kakngah & suaminya bagi mm kain pasang sebagai hadiah. Terimakasih. Nanti InsyaAllah mm boh gambarnya di entry akan datang...

Sebagai seorang ibu, tentu sekali tiada apa yang lebih berharga selain dari anak-anak;

kata2 ini diambil dari post facebook


Sunggupun mm rasa mm adalah seorang yang kuat semangat, berdayatahan tinggi fizikal & mental; tapi ada masa2nya mm masih memerlukan seseorang untuk mendengar keluhkesah hati..


Dan anak-anakmenantu adalah segala2nya... 



mari kita fikir2kan


Friday, May 4, 2012

Wednesday, May 2, 2012

majlis perkahwinan anak ke5:-28/4/12

Sejak petang Jumaat lagi saudara-mara dan adik2 mm sekeluarga telah datang memenuhi rumah, membantu apa yang patut. Terima kasih.
Terimakasih juga kepada kawan mm, cikgu Naemah & suaminya yg bersusahpayah menyediakan telur siap berebus!

memasukkan telur ke dalam sarung bunga telur


majlis pernikahan anak mm - ateh

Majlis pernikahan ateh, anak ke5 mm berlangsung dengan sederhana saja pada pagi hari Jumaat; 27hb April 2012. Kali ni kami anak-beranak memasak sendiri hidangan makan-nasi tengahari kecuali kuih2 yang mm tempah dari jian depan rumah; KakMah.


Alhamdulillah...selesai sudah.

telatah anak2 ngasuh

Aiman & Aqilah, anak2 jiran yang mm ngasuh sejak 2 tahun lepas memang suka sangat berposing.

seronok ya, merasmikan pelamin kakteh ni ya...