Tuesday, April 17, 2012

orang baru dah tiba

Nur Eirdina Zaheerah...4/3/12

semasa dilahirkan

sekarang sebulan lebih dah

kenduri Noor Naji



Dah dekat nak senja, Noor Naji  dan anak sedaranya; anak arwah kawan sepejabat mm & ad sebenarnya; datang menyampaikan kad undangan perkahwinan anak lelaki tunggalnya. Dan itulah pertama kali berjumpa setelah sekian lama berkenalan mesra di facebook.
Ramah dan sangat2 friendly orangnya; seorang ibu tunggal & anak pak arab terkenal di BS ni.

Seronok bergambar bersama adik junior masa di tingkatan 4-5 dulu. Last tengok mereka 1977..

Adik2 yang kini cukup mesra di fb; Kelab Burung Hantu Seraian..
Semasa pergi makan kenduri di rumah Noor Naji di Kg Yassin, Bagan Serai, Perak; seminggu selepas kelahiran cucu sulung mm; telah menemukan mm dengan kawan-kawan dari sekolah SMJK(I)BS; adik2 junior sebenarnya, yang tak pernah bertemu sejak mm lepas Form Five, & jujurnya hari terakhir mm menjejak kaki ke sekolah tersebut ialah pada hari ambil keputusan M.C.E. tahun 1977 iaitu pada Mac 1978.

Monday, April 16, 2012

rindu nk berposting dlm blog...

Lamanya tak berblogging....lama sungguh tak berpost baru..masa oh masa...

selepas 1975...

Bertemu Marina Mohamad & suaminya yang sangat peramah lagi informative..


Seronoknya Datin hidup dikelilingi buku...

antara buku2 hasil penulisan suami Marina.

NOR AIZA JOHAN: jumpa semula selepas 1976...http://aizanetwork.blogspot.com/

 Kek yang menjadi titiktanda pertemuan semula ini.....



 DULU:- Aiza, olahraga MSSM yang mm kenali.....
KINI:- Aiza, peniagawati berjaya...
Alhamdulillah, tahniah kawan.

kenduri...makankenduri jumpa kawanlama


Gambar2 semasa kawan2 MGS datang berkunjung ke rumah mm semasa mereka bertandang ke kenduri Naemah.





Thursday, December 22, 2011

projek menjahit KELENGKAPAN BAYI

Mm sibuk dok menjahit kelengkapan bayi untuk cucu yang bakal lahir Mac tahun depan, InsyaAllah.
SET BANTAL & TILAM
bantal dan tilam


Mula2 kena jahit batang bantal dan tilamnya dulu, baru senang nak agak sizenya apabila nak jahit sarungnya.
Dah siap, mula menjahit sarung bantal dan sarung tilamnya pula.
pink for baby girl

Mm buat 2 set, satu pink dan satu lagi biru. Manalah tahu, lelaki ke perempuan... Lagipun boleh juga ditukar-tukar bila nak basuh.
blue for baby boy
SELIMUT/BLANKET/GEBAR/COMFORTER
Mm buatkan juga selimut bayi dalam 2 warna tu, tapi dilapisi kain flannel berlainan corak.

kain bercorak2 katun beropol dan berenda


lapisan atas & bawah; simple tanpa ropol




BEKAS NAPKIN/PAMPERS
 Mm buat 1 tempat gantung napkin dari kain yang sama. Orang panggil benda ni Nappy Organizer atau  Baby Diapers Stacker.

boleh digantung di dinding atau di katil bayi
BAKUL SAMPAH
mm jahitkan juga sarung bakul sampah.
KOTAK TISU
BAKUL UNTUK BAYI KE NURSERY/BABY SITTER
asalnya bakul plastik begini aje..
Dari bakul plastik yang biasa2 mm jahitkan baju untuknya....jadilah macam ni...
Saja buat beropol-ropol...nak bagi nampak sweet! 
Berpoket di dalam untuk meletak alat2dandanan & minyak angin..
SARUNG BAKUL BAYI DARI BAKUL PLASTIK
Asalnya bakul macam ni jee...


berpoket sekeliling di bahagian dalam
 Poket bergetah mm jahitkan sekeliling bahagian dalam untuk meletak bedak, minyak angin dan sebagainya.
selepas dipakaikan 'baju/cover'menjadi bakul pakaian bayi
Sarung bakul untuk simpan pakaian bayi.
Bahagian bawahnya dijahit quilt berspan.

geng bakul berbaju
sarung bakul dari fabrik jenis murah je..