Tuesday, February 21, 2017

Dolo dolo.....

Zaman mM kenduri nikahkahwin, inilah bentuk bunga telurnya.
Murah dan mudah je...

Monday, February 13, 2017

Suci berdebu?


LAGu ini semasa anak2 mM di Taska Nury SIK, KEDAH dalam tahun 1990; memang sudah diajar nyanyi & hayati maksud tersirat....

*SUCI DLM DEBU- IKLIM*                              
Satu penghayatan dan renungan bersama

*Engkau bagai air yang jernih
��Itulah diri kita yang sebenar (Ruh)

*Di dalam bekas yang berdebu
��Jasad/Badan yang asalnya di jadikan dari tanah.

*Zahirnya kotoran itu terlihat*
��Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain

*Kesucian terlindung jua*
��Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan ambil peduli.

*Cinta bukan hanya di mata*
��Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat

*Cinta hadir di dalam jiwa*
��Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah

*Biarlah salah di mata mereka*
��Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat

*Biar perbezaan terlihat, antara kita*
��Perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia

*Kuharap engkau kan terima*
��Bermunajat agar di terima Ilahi

*Walau di pandang hina*
��Sebagai hamba yang hina

*Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa*
��Perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata

*Suatu hari nanti, pastikan bercahaya*
��Di alam akhirat

*Pintu akan terbuka, kita langkah bersama*
��Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya

*Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat*
��Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar

*Debu jadi permata, hina jadi mulia*
��Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat

*Bukan khayalan, yang aku berikan*
��Kitab Al Quran

*Tapi keyakinan yang nyata*
��Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran.

Dinyanyikan oleh Saleem Iklim pada tahun 1990.. Setelah 25 tahun baru terurai isinya..����
tetapi bukan penyanyi lagu tu yg penting tapi pencipta lirik lagu 'Suci Dalam Debu' tu,
*S. Amin Shahab adalah pengikut aliran tasauf/Sufi.*

_*WaAllahuallam*_

Sesekali cari hiburan dunia utk d nikmati��

Sunday, February 12, 2017

Bedung Bayi

RM45 untuk 3 helai, pos percuma.
Kain cotton flannel.
Size 38"x38".

Friday, February 10, 2017

Wednesday, February 8, 2017

Biar gambar bercerita...

Bersama dengan 3 orang emak saudara mM
Tepi kiri mM ialah menantu sulung, tepi hujung kanan ialah sepupu mM

Jalan2 Cari Makan

Keluar ambil angin...cari kedai makan!


doa untuk sakit lutut dan pinggang....baca sambil ketuk2/pukul tempat sakit.
mM, adikAisyah dan cucu:Dina...makan di Balak Inn, Parit Buntar.

Tuesday, February 7, 2017

Monday, February 6, 2017

Cucu-ngasuh baru

Nur Adira Azzahra, 3 bulan....start ngasuh hari ni sekali dengan abangnya.

Sedap tidurnya selepas mandi dan dibedungkan.
Mengamuk tak nak menyusu sebab tak terbiasa dengan puting botol susu...
Beli puting lain...baru menyusu dan gembira ja la lepas tu.
Siabangnya, selepas breakfast, tengok tv dan main sekejap....terus tidur. Mujur dah mandi awal tadi.

Beli kain lagi...

Hari ni terima kain yg dibeli on line dari Kamdar.
Jenuh juga nak  berurusan dengan company besar ni....
Apa2pun OK la, kan...selamat duit minyak kereta dan duit minum kopi.
Sebenarnya tak la jauh sangat pun kalau nak ke Taiping  atau Bukit Mertajam, nak cari Kamdar ni. Cuma faktor  kelapangan masa driver  ja; maklumlah mM ni bukannya boleh drive pun...

Untung lah kan orang zaman sekarang...
Main klik klik ke
#Kamdaronline

Sunday, February 5, 2017

Kenduri

Kenduri kahwin anak adik mM di Karangan, Kedah pada 28hb. January 2017.