Entah bagaimanalah agaknya perasaan anak yang jelas2 menderhaka; samada dengan sikap perbuatan atau ucapkata2;
sedangkan kita yang sentiasa menjaga tuturkata perbuatan pun disarangi kekesalan.
Tak dapat nak bayangkan;
ataukah mereka sememangnya tiada apa2 rasa....
Astafirullah..
terlalu banyak yang meruntun jiwa..
terlalu sarat kenangan yang merobek hati...
semuga emakayah tenang di sana
semuga emakayah berada dalam kalangan mereka2 yang terpilih solehsolehah..
aminn.
Terkenang2..
Setiap pagi, selepas memandi, cuci luka, tukar pampers, pakaikan seluarbaju, minyak dan sikat rambut, membedak muka cengkungnya, mengurut meminyakangin tangankaki badan yang lenguh, menyuap makananblendernya malah walaupun sekadar suapkan air kosong...emak tak pernah tak sebut : terimakasih la, mak dah tak daya nak buat apa...mujur ada hang.....Allah saja boleh balas...itu ini...itu ini..itu ini... Semuanya doa yang elok2 saja dari emak....tapi, hari ni segalanya dah tak ada.
Sangat2 merindui saat2 emak menuturkan semua itu walaupun dalam suaranya yang ternyata amat lemah sekali.
Apatah lagi, semasa selimutkan emak bila kain selimut tertebar dari tubuh kurusnya...walaupun mulutnya tak bersuara, tapi pandangan renungan matanya; dapat dirungkaikan ucap syukurnya.
Rindunya...
..apabila tengahmalam, terjaga tengok emak terkebil2; bila tanya nak makanminum...tangannya digawang2 dan selepas tahajud sekali lagi jenguk; kalau emak masih tak tidur...baring sebelah emak, satu bantal satu selimut, dakap emak sampai terlena...
atau kalau dah jam 4 pagi lebih; mengaji sekejap sebelah emak...
tapi kini semuanya sudah TIADA.; kadang2 nak bangun malam pun terasa sayu pilu SEBAK DADA; ADAKAH mM TERLALU MENURUT PERASAAN...???
Memang berbeza...
bila kita buat semua tu dengan seikhlas hati; walaupun badan letih dan penat tapi hati kita senang dan jiwa tenang sesangat...
Sekarang, dah 10hari..tak banyak benda yang nak diurus, tapi kepala berdenyut2, fikiran terawang2; 1 KERJA PUN TAK DAPAT DISELESAIKAN DENGAN SEMPURNA...
wajah je penuh tawa, tapi di hati penuh duka
ADOOOOHH SAKITNYA di sini....di dalam kehidupan seharian.
Teringat2...bila emak sebut 'terimakasih'..mM akan potong cakapnya...
"...apalah mak ni..., anak yg wajib berterimakasih dengan emak.."
"...dulu emak suapkan, mandikan, dokong kilek kendung anak2 bertahun2...."
"...ceq buat ni bukan nak balas apa yang makayah dah buat sebab sampai kiamat, sampai ceq mati pun tak terbalas..."
"...betul, tapi tu dulu, masa anak2 kecik; ni orang tua....."
dan inilah juga perkataan yang sama semasa aruah ayah ucapkan sepanjang keuzurannya dulu..
Sebenarnya tengok emak (dulu ayah) senyum pun dah cukup menggembirakan hidup sepanjang hari tersebut...
Salam
TERIMA KASIH semua
kawan2 kenalan lama dan baru, anak2 adik2 kakak2 abang2
yg mengutus doa, ucapan takziahsimpati di atas kembalinya bonda mM tercinta ke rahmatullah.
MAAF kerana takdapat memberi respond terhadap semua itu, memandangkan mM sedang mengumpul semula sisa2 semangat dan kekuatan jiwa yang hilang pergi bersamanya; dan terpaksa belajar meng'adjust' rutin harian tanpanya..
1st day takdakappelukciumkucupsuapmakanminumubatmak.....6hb Oktober 2015
SEBAK PILU & TANGIS...
kosongnya hari ni
-doakan mM tabah melalui hari2 mendatang
Assalam wm wb semua.
Lama benar mM tidak menulis serta tidak respond dengan komen2...
Maaf sesangat.
Seperti biasa mM memanglah seharian sibuk dengan komitment sama macam kalian juga..
cuma dalam entry kali ni;
....nk minta restu kekawan semua tolong2 doakan sama
mungkin keberkatan dlm diri kalian dapat membantu
SEMUGA ALLAH BERI mM KEKUATAN FIZIKAL & MENTAL,
SEMUGA ALLAH BERI mM SIHAT TUBUH BADAN, WARAS AKAL FIKIRAN sepanjang hayat.
SEMUGA ALLAH BANYAKKAN SABAR & TABAH PADA DIRI INI..
Sebelum ini, sekadar sibuk mengurus keperluan dirinya; tetapi masih dapat bawa keluar pusing2 taman perumahan dan menghirup udara pagi atau petang...
Namun kini mM pastinya menitis airmata; sebak di dada.......setiap ketika bila hendak memandikan, menyuap, membersihkan dirinya..
ibu yang mM panggil 'emak'; tidak lagi dapat bergelak ketawa seperti dulu2...
kini hanya terlantar selain mengaduh sakit badan di sanasini.
Makanan pun terpaksa di'blender' halus...Itupun tak berapa sudu saja yang ditelannya setiap hari..
Cucu baru...lelaki. Sibuk laa menjaga ibu berpantang bersalin dan bayi baru lahir...juga emak yang uzur, tapi jika kita ikhlas...segalanya dipermudahkan Allah. InsyaaAllah.
Assalam,
Wahhhh...., memang lama sungguh tidak menulis di sini....
Terlalu banyak halangan dan kekangan masa sejak beberapa bulan kebelakangan ni.
Nak bercerita satu-satu setiap hal perkara yang berlaku sepanjang masa tu pun mM dah terlupa tarikh serta peristiwa2nya...
jadi mM nak tempek ja lah gambar2 yang mana ada ni; sebab takut hilang atau terdelete bila disimpan lama2 dalam folder laptop ni...
Cerita sebelum Ramadhan; reunion MGS di Bukit Merah Laketown Appartment: kediaman indah NORAINI BT BAHARUM
Mengumpat adalah perbuatan mengeji atau mengutuk orang lain di luar pengetahuan orang tersebut.
Fitnah pula adalah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada atau mengaitkan diri seseorang dengan sesuatu yang tidak benar: fitnah adalah berbentuk perbuatan mengadu domba atau melaga-lagakan orang.
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat, “Tahukah kamu apa itu mengumpat?” “Tidak,” jawab sahabat.
Balas Baginda, “Mengumpat adalah kamu menyebut tentang kawan kamu apa yang dibencinya.” Para sahabat bertanya lagi, “Bagaimanakah sekiranya sesuatu yang disebut itu ada padanya?”
Jawab Rasulullah SAW, “Itulah maksudnya mengumpat.”
Nabi berkata lagi, “Kalau kamu menyebut apa yang tidak ada padanya, itu adalah buhtan (fitnah).”
(Hadis Riwayat Tirmizi)
“Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu, orang-orang mu’minin dan mu’minat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata:”Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [An Nur : 12].
Wahai kaum muslimin, inilah langkah pertama yang harus engkau lakukan, jika ada berita buruk tentang saudaramu, iaitu berhusnuzhan (berperasangka baik) kepada dirimu.
Jika engkau sudah husnuzhan kepada dirimu, maka selanjutnya kamu wajib husnuzhan kepada saudaramu dan (menyakini) kebersihannya dari cela yang disampaikan.
Ketahuilah bahawa sifat-sifat seperti hasad dengki, sombong, takbur, mengumpat, riak dan membuat fitnah adalah seburuk-buruk dan sehina-hina sifat. Sifat ini sangat-sangat dibenci oleh Allah SWT. Jika kita mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba diantara kawan, keluarga, sudah pasti akan menjadi kucar-kacir dan huru-hara hubungan diantara manusia. Sifat-sifat ini tidak dipandang ringan oleh agama kita iaitu ISLAM. Ianya dikategorikan sebagai dosa-dosa besar kerana perlakuan sedemian umpama membunuh rakan atau saudara sendiri.
Firman Allah SWT dalam surah “al-Baqarah” – ayat 191 yang bermaksud: “….. dan perbuatan fitnah itu lebih dasyat kesannya dari perbuatan membunuh …..”
Kita mengakui bahawa setiap insan hatta DIRI KITA SENDIRI PUN mempunyai keaiban dan kesalahan yang telah dilakukannya. Maka keaiban itu tidaklah patut dihebah-hebahkan kerana kalau dihebahkan bermaksud kita telah mengaibkan diri sendiri.
nota: saringan/sedutan/sumber dari carian google blog/web di internet.