Lamanya mM tak menulis di sini...bukan apa, selain dari sibuk menguruskan malis kenduri kahwin anak perempuan mM Jun hari tu, internet di rumah pun selalu
down je..ditambah pula notebook mM guna ni slow...lembab bukan main; macam siput bergerak...berat sangat kot: iya lah tak pernah hantar servis; segala maknenek nak disumbat pulak tu.
Seperti biasa, setiap kali kenduri semuanya nak di 'd.i.y'kan dek mM..tapi selain kesuntukan masa, badan pun tak berapa nak gagah sangat. Cepat benar letihnya. Jadi, buatlah sikit2 yang termampu, lagipun kendurinya sederhana biasa2 jaaaa...
Dalam punya kelamkabut tu, tak ada laa pulak snap gambar; baik semasa dalam proses maupun sesudahnya...tak dapat nak post banyak2 kat sini. Segala kemeriahan tersimpan di lubuk sanubariku saja!
|
tabir kepala katil bilik pengantin semasa dalam proses menghias |
|
proses nak menggubah bunga...abaikan tukul dan lain2 tu, ya |
|
Lampu tidur |
Lamp shade ni guna kain
table runner lama yang dah tercabut
tasselnya tu.
|
pintu bilik tidur pengantin |
Pintu bilik ni mM cat kasi dia mengancam sikit...leas tu tempel kan bunga dan span decorative tu sebab nak tutup cat yang tak berapa nak comel tu, maklumlah sebelum mengecat bukan ada buat pembersihan dari kesan lama gam dan sebagainya. Nak cepat siap!