Thursday, December 19, 2013

...masa berlalu..

Lama juga tak meng'post' cerita di sini....kesian, rumah blogku dah bersawang.
Ingatkan cuti sekolah, cuti mengasuh cucu2 comel tu, bolehlah nak berblogging....tapi rupanya; hampehhhh!
Banyak masa untuk hal2 lain lagi. Cuma di facebook, mM agak aktiflah sebab banyak grup yang mM join; khususnya yang mengenai tanaman & jahitan. mM tak suka grup masak-makan sebab asyik dok tunjuk gambar makanan yang sedap2 dan menyelerakan aja........tergoda I tau, you!

Bab kenduri-kendara, tak usah cakaplah. Jemputan sana-sini: yang jauh yang dekat....ada yang dapat hadir dan ada yang tidak. Yang di kawasan berhampiran tu; terpaksalah menunjukkan rupa kita, kan. 2minggu lepas, kami pergi makan kenduri ke Sik, Kedah. Rumah PakDin bekas drebar BPM semasa aD menjadi pengurus bank di sana. Tahun lalu mereka kenduri pun kami pergi juga. Banyak budi PakDin ni pada keluarga mM khususnya yang melibatkan anak2.

Kesihatan mM pun sejak beberapa minggu kebelakangan ni tak begitu bagus. Mungkin faktor cuaca juga yang menyumbang keadaan ini. mM asyik batuk, sudah macam2 ubat dan petua tapi masih tak reda2. Jadi redha je lah. Pasrahhhhh gitu! hehheee..

Akibat dari batuk ni, tak dapatlah mM nak keluar ber'gardening' takut2 lagi melarat, maklumlah dengan habuk serta debunga dan sebagainya tu.

mM sebenarnya banyak menghabiskan masa dengan menjahit sekarang ni. Adalah juga sikit2 tempahan.

Ada 1 kartun dari facebook yang mM nak kongsikan di sini...
Betulkan.....100% TRUE; motherhood ia equal to NO SLEEP.

Bulan Disember ni, bulan menyambut harijadi mM dan beberapa orang kawan.
Ni, ada birthday wishes yang menyentuh perasaan...hehehee macam terperasan laaa pulak.....


Wednesday, November 27, 2013

siap juga akhirnya

Agak lama juga mM tak mengupdate blog ni. Banyak sebenarnya cerita2 yang nak ditulis tetapi apa nak dibuatkan; selalu saja tak cukup masa. Dan bila ada masa, terlupa pula cerita yang hendak ditulis.

Biarlah hari ni kita cerita fasal jahit-menjahit je...rilek sikit!

Lama sangat dah mM memotong kain ni, cuma dok terperap buat pekasam pulak di bawah meja menjahit tu...
2-3 hari apalagi sementara tak mengasuh cucu2 (sempena cuti sekolah); mM pun pulun lahhhhhh...(ada yang tak tahu makna pulun?) Ertinya seperti 'bekerja keras lah.
Dan inilah hasilnya....
set tilam bayi


 set bakul bayi
nursing pillow
Ini semua stock tersedia.
Jadi, kalau ada yang nak order, dipersilakan.....

Saturday, October 26, 2013

bercuti di Cameron Highland

12hb. Okt. 2013; mM sekeluarga: bersama anak2menantu2cucu2 telah ber'vacation' ke Cameron Highland. Sebenarnya ini memang percutian tahunan keluarga..(hehheee..tahunan la sangat!) Kami memang buat collection bulanan setiap kepala; khas untuk penginapan & makan-minum saja. Shopping-mopping tanggung sendiri.
Asal2nya tahun ni cadang nak pergi ke Pulau Langkawi; tapi bila dikira2 balik...banyak makan modal loolll. Jadi, pilihan yang ada, di Cameron Highland saja lah. 2 anak-menantu dari Tg.Malim dah dekat dah nak sampai ke sana, anak-menantu dari Johor Baharu pun kiranya on the way dah nak balik kampung. Kami yang lain pun tak lah jauh sangat nak travel dari Bg. Serai. Lagipun, selesai bercuti tu, masing2 bila turun dari sanan dengan mudah dah boleh sampai ke kampung masing2 di Grik dan Slim River serta Bg Serai untuk sambut Hari Raya Aidil Adha keesokan harinya.
sikecil ni tak sabar2 ...nak jadi imam ke?




Semuga dapat bercuti bersama2 lagi di lain masa....AMINNN.

rombongan pertunangan

Agak lama juga mM tak meng'update' blog ni; bukanlah sibuk sangat pun. Hari2 buka lappy & jenguk facebook. Cuma tak sempat nak tulis post baru je. Asyik menengok blog orang lain sampai terlupa nak jenguk blog sendiri.

6hb. Okt 2013
Ikut rombongan pinang-meminang ke Bukit Selambau, Sg. Petani, Kedah.
Majlis pertunangan sepupu mM; anak pakteh Jo & makteh Mah. Sebenarnya ni pangkat aje sepupu mM tapi umur sebaya anak2 mM: maklumlah pakteh Jo tu tua setahun je dari mM manakala makteh Mah tu pula lebih muda usianya dari mM.
perbincangan
menyarungkan cincin
hantaran
mM & makteh Mah
antara barang hantaran yang mM buat
 gula putih digubah jadi sesisir pisang

kek coklat dengan bunga ros sugar-paste

 cup-cake bersama sekuntum ros

bekas cincin
Alhamdulillah, walaupun hujan lebat turun sejak tengahari sebelum kami bertolak pergi dari Nibung Tebal, Seberang Prai sehingga habis majlis dan mM sampai rumah di Bagan Serai, Perak malam tu; segala2nya tetap dipermudahkan Allah.

Sunday, September 29, 2013

macam2 hal...

Malam ni nak cerita sikit kat u ols....bukan apa, sebelum berakhirnya tarikh 28/9 ni. Kalau disimpan lama2...alamat terlupalah pulak nanti.

Padan muka ko mM!
Seperti biasa, selalunya kalau hari cuti sekolah serta tak ada apa2 program-awal pagi; selepas solat subuh dan ngaji seperti kelazimannya; mM akan tidur semula sekejap sampai 7-7.30 pagi.

AMARAN KERAS: Korang janganlah ikut cara orangtua bernama mM, ok. Pendek rezeki dan menjadi pantanglarang besar aruah2 tok-nenek mM, tau. Selain tu....lansung tak ikut sunnah nabi, wei..jangan sesekali tiru macam saya!
Sepatutnya, lepas solat subuh tu, pergilah joging ke, masak breakfast ke....
Habis tu mM tak masak ke?

Ssssyyyy.....mM minum Nesvita atau makan oat je pepagi ni; itulah yang malas nak masak tu! AbahDin je yang setiap sejam dua nak makan...kita ni nak bantu dia turunkan berat badan, kawal obesiti dan kolestrol, tapi dia sikit pun tak beri kerjasama. Manakala anak2 pun begitu, makan berat masa tengahari je. Kadang2 tu, makanan yang dibeli aD tu terbuang ja....tak ada sesiapa pun usik. Tak pun aD lah yang kasi clear.
Dia tu pukul 5 pagi keluar pergi masjid, sebelum atau selepas subuh sudah cari kedai mamak nasi kandar. Yang mM ni tak masak di rumah, dia makan kedai; kita masak kurangkan gula dan garam, dia cari kedai juga sebab kena seleranya...memanglah sedap! Bercukup2 rasa, kan! Kalau tak pun, dia tambah kicap atau sos atau gula sendiri...
Habis tu, siapa tak terkilan.....daripada nak tambah pahala berbakti dengan suami berakhir dengan kecik hati ja....kerana malas nak menambah dosa lah, last2 tak payah susah2 masak. Lantaklah, beli ja kat kedai. Itu bab makan pagi, samalah makan malam. Setakat nak makan nasi sesenduk tu, kami yang lain ni makan lauk telur ja pun dah ok. Cuma aD ni ja...Adoi, susahnya nak jaga orang yang sakit tapi tak nampak sakitnya ni....

Program selepas cerah di tanah, pagi ni nak mengkekabukan bantal dan tilam. Jadi, tak mandi pagilah...siap dengan uniform malam; baju kelawar paling buruk (sebab nipis & tak panas) Selesa you!

Dalam pada tengah dok menyediakan kekabu dan sarung untuk diangkut keluar rumah....tiba2 cikguNaemah memanggil2. Adoiiiii, sikit punya malu, weeee! Muka orang bangun tidur, baju bukan main lawa lagi, rambut yang beruban pula kusutmasai (tak mengerbang laaaa sebab mM berambut pendek)
Berderai ketawalah kami anakberanak pagi ni.

Apa2pun, selamat juga siapnya....
 Bantal dan tilam selesai kekabu.....

jemur dulu
siap....order dari Gerik
makan kenduri masuk rumah baru & bertunang
Tengahari tu mM dengan kakMah pergi makan kenduri; jiran yang baru berpindah masuk rumah baru. Menu specialnya kurma kambing. Bila makan daging kambing, mesti mM teringat2 masakan emak mM dulu2!
Yang kesiannya, mM tak ngajak pun cikguNaemah tu sebab ingatkan dia pergi mesyuarat.
Petang tadi, baru aD bagitau suami cikguNaemah kata tak jadi menghantar cucunya balik kampung.
Alahaiiii, minta maaflah kawanku! Tak ngajak pergi kenduri tadi....

pergi library dan rumah makteh
Lepas makan kenduri tu, selesai solat zohor, mM dengn aD ke Jawi, Nibong Tebal.
Pergi ke Perpustakaan Awam nak memulangkan buku2 yang dipinjam tempohari.
Rupa2nya, dah terlebih hari...terpaksalah bayar 'dam'! 10sen sehari setiap buku....
Isssssisssyyyyy, macammana boleh terlupa? Tak perasan pula tarikh hari ini...adoi, ya Allah, janganlah bagi penyakit LUPA tu melanda diriku!

Kemudian pergi ke rumah makteh yang anaknya nak bertunang minggu depan. Nak tengoklah persiapannya dan apa2 yang boleh mM bantu.
mM kan pakar hantaran....hehehehhhh.
MasyaAllah, rupanya tak siap apapun lagi.
Ooooohhhhh....
(?????)

Biarlah menjadi tandatanya buat sementara.
inilah kesukaanku....







Tuesday, September 24, 2013

KAU LAH ALLAH...

Sebak mendengar lagu2 ni......terasa betapa kerdilnya diri...
Lebih sebak lagi....terasa betapa kosongnya rumah kini....
Dulu, sekitar 1989-99; lagu2 inilah samada yang english version mahupun versi melayu, mengongsi keriuhan suasana di dalam rumah dan kereta bersama anak2.....
Dan, semuga sekarang cucu2 serta anak2-ngasuh (yg pernah membesar serta pernah mewarnai kanvas kehidupan mM sejak 1991 hingga sekarang) pula akan menghayati lagu2 ini.....

mM pernah order cd lagu ni dari syarikat di Singapura hanya kerana jenuh mencari di kawasan sekitar KL, tapi tak berjumpa.

You are ALLAH (+playlist)

Monday, September 23, 2013

selesai sudah.....

Hujung minggu lepas, sabtu, sebaik pulang dari makan kenduri di Kuala Kurau; mM pun memulakan projek menjahit yang konon2nya nak dibuat sebelum Hari Raya Haji.

Kenduri tu kenduri aqiqah baby girl; meriah...tumbang seekor lembu katanya. Yang menambah meriahnya lagi, kedua ibubapanya menanti hampir 11 tahun untuk mendapatkannya! Kuasa Allah Ta'ala; tiada siapa dapat menafikannya. Subhanallah.

Projek mM sabtu & ahad lepas...
1) memasukkan kekabu untuk bantal2 dan tilam...
2) menjahit sarung bantal2, sarung tilam dan selimut....
Muat2 dalam baby-cot

Wednesday, September 4, 2013

siap sudah..

Untuk dihantar ke Seremban....
Terimakasih Diana;
 set tilam...
 set bakul bayi...

Sunday, August 25, 2013

kenduri aqiqah

Tengahari semalam, mM ke Taman Kaya, Taiping. (mesti orang taman ni kaya2 belaka, kan?)
mM pergi ke rumah Mahanie Bunga Kedekai (nama di facebook). Mahanie ni polis sementara suaminya pula seorang tentera.... haahhh, patut sangatlah dok rumah di Taman Kaya, gerenti penyangak takut sebab anggota pasukan keselamatan yang ada di kawasan ni!

Mahanie ni baru je dapat cucu. Tu yang buat kenduri kesyukuran, aqiqah dan marhaban/berzanji sebagainya tu.

Mahanie ni kawan sekolah mM semasa di SMJK(I), Bg. Serai dulu.  Junior mM setahun dari 1976-19977. Runner & Olahragawati sekolah niiiii.
cucu & opah
Di kenduri tu semalam, makanannya sedap2.
Macam2 ada. Dengan sambal udang petai dan siap berulam sambal belacan lagi!
macam2 ulam ada
sambal udang & petai
Semuga Allah memberkati seisi keluarga khasnya sicomel tu....

Friday, August 23, 2013

terasa kehilangan..

Musim cuti raya dah lepas;
back to normal...
baru terasa kehilangan
dan rindu juga.
Terasa sunyi pula bila rumah dah kosong semula.
Rindukan keriuhan semasa cuti berhariraya tempohari.
Apa2pun, terpaksalah terima hakikat...
Teringat kat Muhammad Aqil Iskandar





Mujur Nur Eirdina Zaheerah dekat je...


 Aqilah, anak ngasuh mM pun lama dah tak datang. Sejak sebulan sebelum mamanya bersalin lagi sampai sekarang; maklumlah mamanya ambil cuti bersalin 3 bulan...+ + cuti sekolah lagi. Lama juga,  mM akan merinduinya.

 Menggayakan baju kurung yang baru mM siap jahit.



Dan 2 hari lepas, sempena harijadi mamanya Zaheerah; 
SELAMAT HARI JADI ANGAH
....dan mM terasa sayu serta sebak, setiap kali Ramadhan dan Syawal menjelma. Aruah ayah mM sakit 2-3 hari menjelang raya dan pergi selamanya subuh raya ke3. (mM pun dah lupa, betul ke tidak!) 
mM memang tak mahu mengingati hari pemergiannya...sebab terasa beliau seakan-akan masih di sisi. AlFatihah.